Lokasi: My Sweet Home
Bahan2
3 pot beras@ cawan
1/2 kg daging lembu (potong sedang tidak terlalu kecil atau besar)
Bahan menumis
3 sudu besar minyak sapi
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
halia (sebesar ibu jari)
bunga lawang
kulit kayu manis
3 tangkai daun kari
2 sudu besar rempah kari (alagapas)
1 sudu besar serbuk perencah sup
1 sup bunjut
3 sudu besar sos cili @ 2 sudu besar tomato puri
1 cwn susu sejat
air utk merebus
Cara2
Tumbuk bawang+halia, kemudian tumis dgn minyak sapi sehingga wangi dan masukkan daun kari+bunga lawang dan kulit kayu manis.
Setelah agak kuning masukkan rempah kari+serbuk perencah sup dan sedikit air. Masak hingga naik minyak. Kemudian masukkan daging dan air. Rebus hingga daging empuk (20-30 min). Jika perlu ditambah air..sila tambah air.
Setelah agak empuk, masukkan garam dan sos (tomato puri).Anggaran kuah stok yg dapat (2 pot@cawan) Tutup api.
Basuh beras dan toskan. Masukkan dlm rice cooker. Asingkan daging dan kuah. masukkan daging dalam beras tadi dan sukat stok kuah tadi (2 cawan). masukkan 1 cawan susu sejatdan tambah 1 cawan air. Tekan lah rice cooker..tunggu hingga masak.
Siap utk dihidangkan dgn air asam (tomato+bawang), acar nenas dan timun, daging masak hitam dan jugak ayam panggang berlada! =)
p/s: Gunakan sukatan yg sama utk beras dan cecair. Lebihkan 1 sukatan cecair dgn beras.Contoh: (beras 3 cawan: cecair 4 cawan)
Selamat mencuba!