Asal: Nak dijadikan cerita pergi melawat baby fatih yasir anak kepada kwn UiTM, fauzi... km dihidangkn dengan kuih yg tgk sekali mcm kuih gandum or cucur bawang. Tp bila mkn mmg smp licin! Malu sebenaq nya nk makan banyak2.. sedap punya pasal mmg terlupa sudah km ni kat umah org...heheheh... apa2 pun terima kasih kepada pn kalsum, mak kak ani sebab mmg ikhlas bg resepi ni... alhamdulillah menjadi.. buat 1/2 kg ja tapi boleh goreng 3 kali dgn kuantiti yg banyak! Kuih ni dikenali oleh kebanyakkn org terangganu sebagai kuih kayu keramat atau kuih kudus. Terima kasih jugak bekalkn km dengan serbuk soda bikarbonat yg diimport dr terangganu ye makcik kalsum! =).. Moga Allah sentiasa melimpahi rahmat, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yg baik kepada mak cik Kalsum...
BAHAN2
2kg tepung gandum
4 biji telur gred A
2sudu besar majerin
1/2 kg gula
1/2 tin susu
1sudu kecil Garam
1 sudu besar soda bikarbonat (dilarutkan dgn sedikit air)
2 Mug air suhu bilik
Cara2
Soda bikarbonat larutkn dlm air. Semua bhn letak dlm mixer kenwood or boleh ja uli guna tangan.2 mug air suhu bilik. Ulilah sehingga tak melekat kat tangan. Dalam proses akhir itu tambahkan sedikit tepung gandum utk adunan tidak melekat ditangan. Bolehlah biar utk 30 min-1 jam seblm menggoreng. Dari pemerhatian yg telah dibuat, lagi lama adunan disimpan lg gebu dan lembut kuih ini. Jika tak habis digoreng boleh disimpan didalam peti sejuk suhu 10 degree C ( bukan bhgn ais ye!).
Kuih ini boleh juga dicicah dgn susu atau sambal. Ikut citarasa msg2.
No comments:
Post a Comment