Ahlan Wasahlan Wa Bimarhabam Bikum!

Bismillah Hirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhuwah!

Selamat melayari laman blog "My Sweet Home" yang menempatkan perkongsian resepi-resepi dan hobi-hobi seorang yang bergelar Puteri @ Wanita! Laman ini dihasilkan bagi berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat kepada sahabat, kawan dan rakan..teristemewa kepada yg bergelar Puteri @ Wanita!

Diharapkan sahabat-sahabat dapat memberi komen2 dan idea2 yang baru bagi menambahbaikan blog ini dimasa depan..agar lebih menarik dan memupuk minat kita menjadi seorang Puteri @Wanita serba boleh disamping menjadi anak, isteri dan ibu yang solehah di masa depan..

Selamat Melayari "My Sweet Home" semoga hari-hari anda sentiasa indah bak bulan purnama dan sentiasa ceria bak sinar mentari pagi!


Sunday, January 26, 2014

Apom Polkadot..dot..dot..

Asal: 3 hb Januari 2014.. sibuk sgt dok buat dot2 ni.. sempena majlis kenduri adik.. sayangnya.. tak sempat pun nak take pictures.. cantik sgt doorgift tu.. berpuas hati.. resepi ni asal dr kakak sulong, kak not yg kat putrajaya.. Apa lg semalam dengan SIL.. kami pun berdot2 la.. eh.. panjang pulak ceritanya..ahaks! Jom tengok resepi pastu sila2 buat yaaa. =)
Credit juga untuk Blog Masam manis kak ita.. tqvm!

Bahan-bahan

3 biji telur sejuk-dr peti ais
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus (mesin hingga halus)
150 ml susu segar low fat milk/ susu cair.
3 sudu teh baking powder (sudu kfc)
1 sudu kecil ovalette (sudu kfc)
filling-blueberry / strawberry @ ape2 ikut citarasa
Pewarna

Cara-cara


1. Pukul Putih telur hingga kembang, kemudian masukkan ovalette dan telur kuning, pukul lagi hingga kembang.

2. Masukkan tepung +baking powder yang telah diayak berselang seli dengan susu cair. adun hingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
4. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-
6.Letakkan filling secukupnya-nak senang masuk dlm plastik @ sudukan jer..
7. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan...

tarra ini gambarnya =)




SELAMAT MENCUBA!!!

No comments:

Post a Comment