Ahlan Wasahlan Wa Bimarhabam Bikum!

Bismillah Hirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhuwah!

Selamat melayari laman blog "My Sweet Home" yang menempatkan perkongsian resepi-resepi dan hobi-hobi seorang yang bergelar Puteri @ Wanita! Laman ini dihasilkan bagi berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat kepada sahabat, kawan dan rakan..teristemewa kepada yg bergelar Puteri @ Wanita!

Diharapkan sahabat-sahabat dapat memberi komen2 dan idea2 yang baru bagi menambahbaikan blog ini dimasa depan..agar lebih menarik dan memupuk minat kita menjadi seorang Puteri @Wanita serba boleh disamping menjadi anak, isteri dan ibu yang solehah di masa depan..

Selamat Melayari "My Sweet Home" semoga hari-hari anda sentiasa indah bak bulan purnama dan sentiasa ceria bak sinar mentari pagi!


Tuesday, June 24, 2014

KEK COKLAT LEMBAB SIMPLE VERSI BAKAR

Asal: Tengok tv..crita masak2.. tp dh tak ingat tajuk apa rancangan tvnya.. simple sgt2..bahan pun amatlah mudah.. dlm 1 jam siap kek ni.. 
Janji perlu ditepati, jadi masuk lah dapur jam 12 mlm buat kek ni utk seorg sahabat ni... jasamu pasti dikenang hingga bila2.. terima kasih kak siti nor! Jom kita tgk resepi.. 


Lokasi: MOM'S KITCHEN

bahan-bahan 
2 cawan tepung gandum cap sauh or faiza pun boleh 
3/4 cawan serbuk koko jenama vanhauntan 
1 sudu teh soda bikarbonat (sudu putih kcf) 
1sudu teh baking power 
semua bhn2 di atas diayak 2 hingga 3 kali 
1 tin susu pekat manis cap apa2 pun boleh 
1 cawan air 
1 cawan minyak sayur atau corn oil atau palm oil 
1 biji telur gred B 
cara-cara 
Campur semua bahan di atas ke dalam mangkuk pengadun dan sebatikan dengan pemukul telur. Masukkan dlm loyang yang telah dilapik dengan kertas turas..atau kertas minyak utk memudahkan kek ini dikeluarkan setelah masak. Panaskan oven dalam 5 minit pada suhu 160 degree C dan bakar selama 45 minit. Cucuk kek dengan lidi untuk memastikan kek masak sempurna.. jika blm masak lebihkan 5 minit lagi. Boleh juga dimasukkan dlm cup cake dan masak dalam 20 minit sahaja. 




3 comments:

  1. ya, resepi topping coklat ada di kek coklat lembab.. boleh tgk kat situ.

    ReplyDelete
  2. How to withdraw from your winnings with no - DRMCD
    How 의정부 출장안마 to withdraw 충청북도 출장샵 from your 춘천 출장안마 winnings 여주 출장안마 with no 당진 출장안마 deposit required

    ReplyDelete