Ahlan Wasahlan Wa Bimarhabam Bikum!

Bismillah Hirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhuwah!

Selamat melayari laman blog "My Sweet Home" yang menempatkan perkongsian resepi-resepi dan hobi-hobi seorang yang bergelar Puteri @ Wanita! Laman ini dihasilkan bagi berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat kepada sahabat, kawan dan rakan..teristemewa kepada yg bergelar Puteri @ Wanita!

Diharapkan sahabat-sahabat dapat memberi komen2 dan idea2 yang baru bagi menambahbaikan blog ini dimasa depan..agar lebih menarik dan memupuk minat kita menjadi seorang Puteri @Wanita serba boleh disamping menjadi anak, isteri dan ibu yang solehah di masa depan..

Selamat Melayari "My Sweet Home" semoga hari-hari anda sentiasa indah bak bulan purnama dan sentiasa ceria bak sinar mentari pagi!


Sunday, May 1, 2011

Nasi Jagung berkismis

Resepi Asal: MRSM Beseri, Perlis.
Cadangan Lauk: Ayam goreng rempah, Daging masak hitam, ayam masak merah
Nasi Jagung Berkismis 

Bahan2
1) 3 Cawan Beras (brasmathi pun lg sedap)
2) 3/4 tin jagung manis (beli ja kat kedai..yg fresh corn lg sedap!)
3) 11/2 cawan susu sejat (creamer @ santan pun ok jugak)
4) 2 1/2 cawan air
5) secubit garam (secukup rasa..bg rasa lemak2 sikit)
6) 3 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, sedikit halia
7) minyak@ buttercup utk menumis (canola oil lg bagus)
8) Kismis, bawang goreng utk hiasan
9) Daun pandan jika ada..kat hypermarket pun dh ada jual :)


Cara2
Cair dan panaskan buttercup atau minyak, tumis bahan2 no 6.
biar garing dan naik bau wanginya. masukkan beras yg telah dibasuh bersih 3 kali dan ditoskan bersama selawat nabi. ;)
gaulkan biar sebati utk 2 min.masukkan susu sejat dan air. seterusnya masukkan jagung manis dan kacau utk sebatikan semua bahan td.masukkan kan daun pandan utk lebih wangi dan harum. tutup rice cooker ..sekali sekala..kacau @ bolak balikkan nasik untuk jagung tak ada diatas ja..letakkan jugak kismis diatas nasik tadi..tunggu lah hingga rice cooker tu bg sign.."nasik dh masak"..dlm 30min nasik sedia dihidangkan.. memang menyelerakan..yum2!


p/s:
petua..jika 3 cawan beras lebihkan 1 cawan air..contoh, 3 cawan beras,(1 1/2 susu+2 1/2 air=4 cawan cecair) kalo nk 4 cawan beras,(2 cawan susu+3 cawan air).
masak dlm rice cooker lah paling selamat dan sedap!
garam letak biarlah berasa masin..jgn terlalu masin..jika tawar tak berapa sedap..
sedap dimakan dgn ayam goren,daging masak hitam,ayam masak ros..dan apa2 menu yg sedap2..

Selamat Mencuba Nasi Jagung..
Teringat masa kat MRSM bESERI..ari jumaat nasik jagung+ayam goreng+sos+sup kaki ayam! marbeless!!

No comments:

Post a Comment