Ahlan Wasahlan Wa Bimarhabam Bikum!

Bismillah Hirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhuwah!

Selamat melayari laman blog "My Sweet Home" yang menempatkan perkongsian resepi-resepi dan hobi-hobi seorang yang bergelar Puteri @ Wanita! Laman ini dihasilkan bagi berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat kepada sahabat, kawan dan rakan..teristemewa kepada yg bergelar Puteri @ Wanita!

Diharapkan sahabat-sahabat dapat memberi komen2 dan idea2 yang baru bagi menambahbaikan blog ini dimasa depan..agar lebih menarik dan memupuk minat kita menjadi seorang Puteri @Wanita serba boleh disamping menjadi anak, isteri dan ibu yang solehah di masa depan..

Selamat Melayari "My Sweet Home" semoga hari-hari anda sentiasa indah bak bulan purnama dan sentiasa ceria bak sinar mentari pagi!


Sunday, May 1, 2011

Mee Kari

Seingat akulah..mee kari yg paling sedap pernah makan adalah waktu kat maktab (mrsm b) kat DS..waktu tu minggu aktiviti..rindu plak..setiap homeroom kena masuk mcm2 pertandingan..ingat ari tu ada pertandingan hias meja kat DS...menu makcik DS yg sedia "mee kari" wah memang sedap lah smp ke hari nie tak lupa... pg td p kedai tgk tak ada apa yg menarik selain mee..so..terus amik keputusan masak mee kari..kebetulan ari nie kakak sepupu..kak zizah dtg keja..bleh lah belajaq dgn dia..champion masak menu2 dasyat2 dlm kgku..hehe. every weekend is cooking class..cukup setahun..memang terrerrr masak


Bahan2
1) mee kuning direbus sekejap
2) 2 labu bawang besar
3) 3 ulas bawang putih
4) 4 bji ubi keledek (sedang2 ja)
5) 1 liter santan pekat (first time press)
6) 2 liter santan cair (second and third time press)
7) 1 1/2 paket serbuk kari ikan cap alagappas
8) 1/2 ekor ayam
9) 5 ketul fish kek

Hiasan
10) tauhu digoreng
11) taugeh, cili merah, bawang goreng, limau nipis, telur rebus
12) lobak hijau & kacang panjang(dicelur)

Cara2
Ubi keledek dipotong dadu dan direbus hingga empuk, dikisar samp halus..+air waktu dikisar. bawang besar+putih dikisar jugak. panaskan 4 sudu besar minyak, masukkan 3 sudu besar bawang kisar td..goreng smp kuning, masukkan rempah kari yg telah dibancuh dgn air..goreng smp naik minyak..masukkan ayam tunggu 5 min..masukkan santan, bawang kisar, ubi keledek kisar, tambah air..jika terlalu pekat. tunggu hingga mendidih..biar lah 2-3 kali mendidih..masukkan gula, garam dan perisa tambahan jika suka (aji naik moto). masukkan fish kek yg dipotong kecil2 keping2 nipis.. lepas tu rasalah..kalo mcm kat kedai tu betul lah..hehhehe..rupanya..mudah ja..pakai masuk2 ja..dalam 2 jam siap dimakan..

sedia dihidang dan dimakan.. selamat mencuba..
p/s: untuk hidangan 12-15 org..(1 big family lah)

No comments:

Post a Comment