Kek Marble Puteri Mahsuri!
Bahan2
- 300 g mentega, pada suhu bilik
- 280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)*
- 1 camca teh serbuk penaik*
- 1 camca besar susu tepung@cofeemate*(*disatukan dan diayak)
- 5 biji telur Gred A
- 250 g gula kastor
- 1 camca besar Ovallate
- 30 g susu pekat (timbg jugak)
- 20 g susu cair (timbang jgk)
- 1/2 camca teh esev vanilla
- 1/2 camca teh strawberi emulco
- 1 camca teh coklat emulco
- Pukul mentega hingga kembang. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Gaul rata dgn mentega. Ketepikan.
- Dalam mangkuk yg kering dan bersih. Satukan telur, gula dan ovallate.
- Menggunakan kelajuan yg tinggi, pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti adunan kuih baulu.(15 min)
- Perlahankan speed, masukkan adunan mentega dan tepung tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga susu pekat dan susu cair. Gaul hingga rata.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dicampur dgn coklat emulco, satu lagi dgn strawberi emulco dan satu yg adunan kosong dicampur dgn esev vanila. (Perisa bergantung pada kehendak masing2).
- Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x3 ) inci dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Tuang setiap adunan secara berselang seli hingga habis.
- Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit, bergantung pada oven masing2. Jika selepas 45 minit dan apa bila dicucuk dgn lidi satu dibhg tgh2 kek dan tak melekat apa2 kat lidi tu. siap..keluarkan dr loyang dgn terbalikkan ke atas pinggan leper dan terbalikkan kan kembali ke keadaan asal.
- Selamat mencuba! rasanya mcm kek span pandn jual kat kedai kek..lembut..selembut org yg membuatnya AHAKS!
No comments:
Post a Comment