Ahlan Wasahlan Wa Bimarhabam Bikum!

Bismillah Hirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhuwah!

Selamat melayari laman blog "My Sweet Home" yang menempatkan perkongsian resepi-resepi dan hobi-hobi seorang yang bergelar Puteri @ Wanita! Laman ini dihasilkan bagi berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat kepada sahabat, kawan dan rakan..teristemewa kepada yg bergelar Puteri @ Wanita!

Diharapkan sahabat-sahabat dapat memberi komen2 dan idea2 yang baru bagi menambahbaikan blog ini dimasa depan..agar lebih menarik dan memupuk minat kita menjadi seorang Puteri @Wanita serba boleh disamping menjadi anak, isteri dan ibu yang solehah di masa depan..

Selamat Melayari "My Sweet Home" semoga hari-hari anda sentiasa indah bak bulan purnama dan sentiasa ceria bak sinar mentari pagi!


Friday, July 1, 2011

Apum Polka Dot

Asal: tgk dalam wall suhana..dan sue dh siap buat pun..teringin sgt nk try, dan hari nie tak out of station..:) itu yg tercipta apam polka dot nie..heheh

Ala2 macam pau..coz ada inti dalam nya..boleh jadikan sajian bukak puasa nanti.. =) marilah mencuba beramai2!!!

Bahan-bahan ( 50 biji Cup Sederhana Besar )

5 biji telur (saiz kecil)
250gm tepung gandum
300gm gula
2 camca teh ovallate
1 camca teh baking powder
250ml susu cair @susu segar @santan
Pewarna (hijau,merah,biru)
jem strawbery, blueberry, or kaya

Cara-cara.

1.Pukul telur, gula dan ovallate hingga kembang dan gebu.
2. Masukkan susu cair@ santan, tepung gandum+baking powder yg telah diayak. Adun hingga sebati dan nampak gebu. 
3.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ,titiskan pewarna mengikut citarasa.
4. Panaskan kukusan. api biar kecil ja..
5. Masukkan semua adunan berbagai warna kedalam piping bag or plastik bag bersih. dan picitkan kedalam acuan kertas @acuan kek kertas 1/4 penuh.
6. Picitkan blueberry @ kaya filling secukupnya
7. Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan
8. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 7 - 10 minit.
9. Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah
10. Boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka.

Selamat Mencuba :)

No comments:

Post a Comment