Asal resepi: Kak Amirah My opismate
Ini dah kali ke-3, alhamdulillah..kali nie amat berpuas hati dan memang berjaya. tq akak!
Sempat jugak bagi kawan2 uitm rasa.. :)
Kepada kawan2 resepi nie memang amat2 mudah..kucai,kacau ja..hehhe last kukus..3K..
Bahan2
Bahan A(masak atas api yg kecil dan sejukkan)
1 cwn serbuk koko(venhounthen)
1 cwn susu cair
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak masak
1 cwn gula
Bahan B(di ayak)
1 1/4 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Bahan C
3 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
Bahan D (Topping)
1/2 cwn susu pekat
1/2 cwn serbuk coklat
1/4 cwn minyak
(semuanya perlu dimasak)
Cara2
Masak atas api yg kecil semua bahan A. Kemudian sejukkan bahan A. pukul bahan C dan campur dgn bahan A tadi. dah sebati masukkan bahan B. kacau dan adun hingga sebati or homogenize.
Panaskan kukusan dan balut tudung pengukus dgn kain bersih.(supaya wap air tak jatuh atas kek nanti)
sapu loyang dengan butter or planta, masukkan adunan td dan kukus dlm pengukus selama 1 jam 15 min. jgan bukak sampailah 1 jam 15 min. setelah siap masak cucuk dgn lidi yg berseih atau penyucuk sate..kalau tak melekat tu kira dah masak lah..tunggu sejuk dan boleh dipotong dan dimakan..yummy!!!
SELAMAT MENCUBA!
No comments:
Post a Comment