Ahlan Wasahlan Wa Bimarhabam Bikum!

Bismillah Hirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhuwah!

Selamat melayari laman blog "My Sweet Home" yang menempatkan perkongsian resepi-resepi dan hobi-hobi seorang yang bergelar Puteri @ Wanita! Laman ini dihasilkan bagi berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat kepada sahabat, kawan dan rakan..teristemewa kepada yg bergelar Puteri @ Wanita!

Diharapkan sahabat-sahabat dapat memberi komen2 dan idea2 yang baru bagi menambahbaikan blog ini dimasa depan..agar lebih menarik dan memupuk minat kita menjadi seorang Puteri @Wanita serba boleh disamping menjadi anak, isteri dan ibu yang solehah di masa depan..

Selamat Melayari "My Sweet Home" semoga hari-hari anda sentiasa indah bak bulan purnama dan sentiasa ceria bak sinar mentari pagi!


Friday, August 26, 2011

Fruits Tart

Asal Resepi : Ija (Bawak buah tangan berbuka puasa kat rumah..memang sedap!)
Lokasi: Guar Nangka


Bahan-bahanya:-

A) Bahan Pastry
250gm butter (biarkan pada suhu bilik)
500gm tepung gandum (ayak banyak kali)
100gm gula icing (kurangkan kepada 50gm sahaja sbb buah2an dah manis)
1 tsp esen vanilla
2 biji telur (biarkan pada suhu bilik)

Cara membuatnya:-

1. Ayak tepung bersama gula icing beberapa kali
2. Masukkan butter dan ramas sehingga jadi serbuk roti.
3. Masukkan esen vanilla dan gaul rata.
4. Pecahkan telur dalam bekas lain dan pukul mengunakan whisk tangan sehingga kembang
5. Masukkan telur kedalam bekas tepung dan gaul sehingga menjadi doh yang lembut.
6. Panaskan oven dengan kepanasan 180 c (bergantung pada oven anda) api atas bawah.
7. Ambil sedikit doh dan bentukkan dalam acuan tartlet sebelum dibakar selama 10-15 minit atau sehingga ianya perang (bergantung kepada oven anda)
8. Tart shell boleh dibuat terlebih dahulu dan disimpan dalam bekas kedap udara

P/S:
Tujuan tepung diayak berkali-kali bersama gula icing adalah untuk mendapatkan kulit tart yang cantik dan licin. Jika kulit tart nampak mengerutu....itu bermakna bancuhan doh anda tidak begitu menjadi.
- Pastikan butter dan telur berada dalam suhu bilik sebelum digunakan. Jangan terus guna butter atau telur yang dikeluarkan dari peti ais. Jika guna buttercup, sila masukkan sedikit garam dalam bancuhan. Jika guna butter jenama lain....tak perlu masukkan garam.


B) Custard

1 biji telur
200gm gula halus
2 sudu makan custard (pastikan ia bumbun)
1/2 kotak susu segar / 500ml susu segar

Cara-caranya:-

1. Pukul telur bersama gula sehingga kembang. pukul guna whisk tangan sahaja. Tak perlu sampai gebu....cukup sehingga kembang sahaja.
2. Masukkan custard dan kacau sehingga rata
3. Masukkan susu segar dan kacau rata
4. Masukkan bahan-bahan yang disatukan ini kedalam periuk dan masak atas api dengan api sederhana.
5. Kacau perlahan-lahan sehingga berkilat dan kelihatan pekat.
6. Angkat dan terus sudukan kedalam kulit tart dengan segera kerana custard cepat mengeras.
7. Susun buah-buahan hiasan diatasnya
P/S:Jika ingin berkilat, sapukan kunyaku jelly yang dicairkan atas buah-buahan (optional sahaja)

Hiasan:
Semua jenis buah-buahan dengan warna yang di sukai seperti strawberry, anggur, kiwi, nenas dan buah-buahan dalam tin seperti buah peach.
- Susun buah atas custard untuk hiasan

- Letakkan tart atas kertas cupcake


Hasil air tangan Sendiri  =)



1 comment:

  1. nmpak sedap miss..nnt nk cubela..tp klau miss de resepi blueberry cheese tart lg sedap.. =)

    ReplyDelete