Lokasi: Bandar Baru Guar Nangka! =)
Bahan2
3 Pot/Cawan beras (dibasuh dan ditos)
Bahan A (Direbus hingga ayam empuk)
6 ketul ayam
2 sudu besar rempah kurma
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
lada hitam
5 cawan air
Bahan B (Ditumis)
1 sudu minyak sapi
kulit kayu manis
bunga cengkih
bunga lawang
buah keras
halia
bawang merah
bawang putih
Cara2
(Bahan C)
Rebus Bahan A hingga ayam empuk. Tapis bawang, halia dan lada hitam dari sup tadi. kemudian mesin bahan yg ditapis td dengan 1 cwn sup td. tumis Bahan B hingga wangi dan masukkan bahan yg dimesin td. masak hingga naik minyak. kemudian masukkan lebihan sup ayam td. masak hingga mendidih.
(Dalam rice cooker)
Susun beras berselang dgn ayam hingga habis. Kemudian masukkan Bahan C dengan menyukat sup atau kuah menggunakan pot/cawan yg digunakan utk menyukat beras tadi. pastikan sup lebih 1 pot/cawan dari sukatan beras td. Jika sup kurang tambahkan dgn air, asalkan lebih satu cawan dr beras.
P/S: Jika 3 cawan beras, 4 cawan air+ sup.
Masaklah nasi arab nie hingga masak..=) boleh juga letak kismis dan kacang peas.
Nasi arab ini boleh dimakan dgn Ayam goreng berempah dan acar timun+nenas+carrot (acar darat= org perlis panggil)
Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment