Ahlan Wasahlan Wa Bimarhabam Bikum!

Bismillah Hirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhuwah!

Selamat melayari laman blog "My Sweet Home" yang menempatkan perkongsian resepi-resepi dan hobi-hobi seorang yang bergelar Puteri @ Wanita! Laman ini dihasilkan bagi berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat kepada sahabat, kawan dan rakan..teristemewa kepada yg bergelar Puteri @ Wanita!

Diharapkan sahabat-sahabat dapat memberi komen2 dan idea2 yang baru bagi menambahbaikan blog ini dimasa depan..agar lebih menarik dan memupuk minat kita menjadi seorang Puteri @Wanita serba boleh disamping menjadi anak, isteri dan ibu yang solehah di masa depan..

Selamat Melayari "My Sweet Home" semoga hari-hari anda sentiasa indah bak bulan purnama dan sentiasa ceria bak sinar mentari pagi!


Tuesday, May 24, 2011

Kek kukus Jagung


Asal resepi : Kak Amirah opismate.
lama sungguh nk buat, tapi tak terterbuat2, isnin, tah dr mana cik mood dtg..balik kerja terus buat..Alhamdulillah menjadi..sekejap ja..cuma nk kukus tu..takes time..
mak pun sukerr!

Bahan2
120gm mentega
70gm gula caster
2 butir telur
120ml susu segar atau susu cair
100gm krim jagung
225gm tepung naik sendiri
Kismis hitam utk hiasan

pewarna merah dan hijau

Cara-cara: 1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Gunakan mixer dgn kelajuan tinggi.
2. Masukkan telur sebutir demi sebutir. Pukul hingga sebati.
3. Gaulkan krim jagung dengan sebahagian tepung. Masukkan ke dalam adunan
mentega dan kacau rata.
4. Masukkan susu segar di selang-seli dengan lebihan tepung. Kaup balikkan
menggunakan spatula.

(bahagikan aduanan ke 2 bahagian kecil dan letaklah warna merah dan hijau)
5. Sementara itu panaskan kukusan. Balutkan tudung kukusan dgn kain supaya
air dari bhg dalam tudung tidak menitis ke atas apam.
6. Isikan adunan ke dalam acuan yg sesuai dan cambur sedikit warna2 tadi(agak menarik), hiaskan dgn kismis hitam dan
kukus selama 15minit.
7. Sejukkan apam terlebih dahulu sebelum dikeluarkan dari acuan.

Saturday, May 21, 2011

Popia Goreng Ayam


Assalamualaikum wbt

Hari ini Ahad, 22 May 2010
Tetiba rasa nk habiskan kulit popia kt dlm peti sejuk nie..
a'ha! buat popia goreng lah..memang sedap!

Bahan2 inti
1 mangkuk kecil isi ayam yg dipotong dadu
1 mangkuk besar kubis dipotong halus2
1 mangkuk taugeh
1 mangkuk kecil carrot yg disagat/ dipotong halus panjang2
1 cili besar merah
1/2 sudu besar lada sulah
1/2 kuib pati ayam knorr
2 camca besar minyak masak
2 ulas bawang putih untuk menumis
Kulit popia (beli ja kat supermarket)

CARA2
Masak inti dulu..tumis bawang dan masukkan isi ayam, masukkan kuib pati ayam, masukkan semua sayur2 tadi sedikit ja air dan lada sulah..goreng hingga semua sayur tu layu sedikit. 10 min siap.

balut lah popia nie panjang2 letak air utk jdkan gam utk kemaskan balutan popia nie.. mesti pandaikan semua tak perlu diajarkan. ;)
setelah siap semua mulalah menggoreng dgn minyak banyak dan panas..goreng biarlah kuning keemasan..biar kulit popia tu ranggup. sedia di makan! sila2 dah tak perlu letak sos dah..coz dah rasa seeedap!

Tuesday, May 10, 2011

Mee Rebus Mak!

Asal Resepi: Mak, Pn Noryah Ahmad
Menu pada bulan puasa..
Anak-anak mak semua dh master buat mee nie..dan termasuk cik! ;)

Bahan2
bahan utk menumis
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 cm halia
3 kumtum bunga lawang
2 keping kulit kayu manis

bahan2 utk dikisar
10 ulas cili kering direbus
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
50 gm udang kering
6 biji ubi kentang (derebus dan dimesin)

bahan2 hiasan
fish cake (digoreng)
tauhu(digoreng)
bwg goreng
daun bawang dan daun sup
cili besar merah
limau nipis
telur rebus
daging rebus
taugey direbus
mee dicelur
500gm daging dan 500gm tulang direbus dan dibuat stok.

Cara2
tumis bhn2 utk memumis diatas dgn minyak sehingga bau wangi dan garing. kemudian, masukkan bahan2 yg dikisar tadi (tidak termasuk ubi) masak sehingga naik minyak. kemudian masukkan stok daging yg telah buat tadi.masukkan ubi yg telah dimesin tadi.tambah air utk kuahnya..tetapi jgn terlalu cair atau terlalu pekat. masukkan 3 keping asam gelugur, masukkan garam dan gula dan bhn perisa (jika suka). masak sehingga 2-3 kali mendidih. rasa lah sedap ke tak..sedia di makan.

Sedia dihidang..sesuai utk seisi keluarga dan jamuan rumah terbuka.
Memang terangkat lah!
Inilah resepi ibuku...;)
Gambar blm diupload..maap yer..nanti akan diupload..dh lupa bila sedap makan tadi.. :)

Monday, May 9, 2011

Makaroni Bakar

Asal Resepi: first time makan..kenangan master 2006
Dedikasi utk: amie, suhana dan zimah



MAKARONI BAKAR

BAHAN2

1 TOP-WARE (TAUFUFAH)- MAKARONI KERING
1 TOP-WARE (TAUFUFAH)-MIX-VEGETABLE
1 /2 TOP-WARE (TAUFUFAH)-ISI AYAM
6 ketul Sosej cheese/mushroom
1 LABU BAWANG BESAR
3 ULAS BAWANG PUTIH
1 KUIB PATI AYAM
1 PAKET 40 SEN PASTI SEDAP
LADA SULAH
5 BIJI TELUR
3/4 SUSU CAIR SEJAT
1 PAKET SERBUK KURMA
2 SUDU CILI MESIN


CARA2
Tumis bawang putih hingga garing, masukkan (isi ayam+kuib pati ayam+cili mesin+serbuk kurma+air). Masak sehingga pecah minyak + sosej.

Masukkan mix vegetable+macaroni yang telah direbus. Masak hingga kering.(mcm mee goring) last, masuk bawang besar yang telah dipotong dadu.

Masukkan dalam Loyang, padatkan macaroni goreng.

Pecah telur+lada+pasti sedap(pukul hingga sebati)+ susu cair.

Tuangkan dalam Loyang berisi macaroni tadi.

Panaskan oven selama 10 min pada suhu 180 C

Bakar selama 50 min pada suhu ini.

Setelah keemasan(masak), tuang sos, ratakan sos dan tabor bahan2 hiasan seperti bawang goreng, cabai besar/capsicum, daun sup dan mayonis.
 Tambah sedikit pamesan cheesee..
Sedia di makan.

Selamat mencuba!!!!

7 November 2010
-Puteri Mahsuri-

Makaroni Bakar

Friday, May 6, 2011

Ayam Panggang Lada Hitam

9 January 2011

Hari nie nk share dgn kawan2 especially to Sue, amie and zimah! (Kaki masak :) )

Resepi nie, memang dh establish lah since 2001 lg..maksudnya dh 10 tahun lah.hikhikhik..InsyaAllah menjadi..

Ayam panggang lada hitam (refer gambar sebelah ye)



Bahan A (paste lada hitam):
1) 1 sudu besar lada hitam (nk lagi pedas letak la 2 sudu)
2) 1 sudu besar rempah biji
3) 10 ulas bawang putih
4) 3 sudu besar gula perang @ gula merah
5) 2 sudu besar gula putih
6) 1 sudu besar garam (ikut citarasa..sapa nk masin letak la 1 1/2 sudu)
(utk seekor ayam @ sekilo daging)
Bahan B:
1) Ayam @ daging (beef or lamb) :)

Cara2:

Tumbuk semua bahan2 A tadi hingga menjadi paste.
(guna lesung batu la kalo nk asli..hikhikhik.. kalo malas..guna ja mesin kisar yg utk kering)
Pastu ayam dan daging yg siap di basuh, dikesat (ayam guna cuka, daging guna tepung gandum) dan akhir sekali di selawat ye.. :) perap lah selama 2-3 jam..nk lg sedap..malam ni perap..tgh ari esok baru bakar (simpan dlm peti sejuk)..yummy! kelar2 sikit ayam dan daging tu supaya bhn2 tadi masuk dlmnya..baru urhmmph!

kalo guna oven..20 minit, suhu 20 degree celcius. selesai..siap dimakan bersama apa2 jenis sos lada hitam atau..air asam kerisik..perrghh!

Pastikan ulamnya..timun yg direndam dgn garam agar lebih ranggup(petua dr seorg kawan :))..coz..korang pun tau kan kenapa..(bleh potong carbon2 yg terhasil dr pembakaran bhn organic yg boleh menyebabkan cancer...hehheh..maap..masuk chemistry sikit..ahaks!)
Makan plak dgn nasi putih panas!

SELAMAT MENCUBA!
Pasti memikat hati yg tersayang ahaks! (dituju khas kpd sue)
p/s: paste yg lebih boleh disimpan dlm freeze..bila nk makan..amik ja kan.. :)

menu hari nie..ayam dan daging panggang lada hitam + air asam kerisik+ kangkung goreng belacan dan rendang daging rebung..alhmdlh..(dpt sambutan hebat oleh adik2ku)!

Puteri Ayu @ Puteri Mahsuri


Setelah bercubaan demi percubaan..Akhirnya menjadi! Alhamdulillah..


Bahan-bahan ( 40 biji (bergantung pada saiz acuan) )

· 5 biji telur (saiz kecil)
· 250gm tepung gandum
· 300gm gula
· 2 camca teh ovallate
· 1 camca teh baking powder
· 250ml santan
· Pewarna hijau
· 2 camca teh paste pandan
· Kelapa putih secukupnya (digaul dengan sedikit garam dan tepung ubi)

Cara-cara
1. Panaskan kukusan.
2. Pukul telur, gula dan ovallatte hingga kembang dan gebu.
3. Masukkan santan, tepung gandum, baking powder, paste pandan dan pewarna. Kacau lagi hingga sebati.
4. Sapu sedikit minyak pada acuan. Masukkan kelapa di bahagian bawah acuan dan mampatkan.
5. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 5 minit.
6. Setelah dikeluarkan dari kukusan, tunggu hingga sejuk sikit supaya senang dikeluarkan dari acuan.

Thursday, May 5, 2011

Kek Marble Puteri Mahsuri







 Kek Marble Puteri Mahsuri!
Bahan2
  • 300 g mentega, pada suhu bilik
  • 280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)*
  • 1 camca teh serbuk penaik*
  • 1 camca besar susu tepung@cofeemate*(*disatukan dan diayak)
  • 5 biji telur Gred A
  • 250 g gula kastor
  • 1 camca besar Ovallate
  • 30 g susu pekat (timbg jugak) 
  • 20 g susu cair (timbang jgk)
  • 1/2 camca teh esev vanilla
  • 1/2 camca teh strawberi emulco
  • 1 camca teh coklat emulco
Cara-cara
  1.  Pukul mentega hingga kembang. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Gaul rata dgn mentega. Ketepikan.
      
  2. Dalam mangkuk yg kering dan bersih. Satukan telur, gula dan ovallate.   
  3. Menggunakan kelajuan yg tinggi, pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti adunan kuih baulu.(15 min) 
  4. Perlahankan speed, masukkan adunan mentega dan tepung tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga susu pekat dan susu cair. Gaul hingga rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dicampur dgn coklat emulco, satu lagi dgn strawberi emulco dan satu yg adunan kosong dicampur dgn esev vanila. (Perisa bergantung pada kehendak masing2).
  6.  Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x3 ) inci dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Tuang setiap adunan secara berselang seli hingga habis.
  7.  Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit, bergantung pada oven masing2. Jika selepas 45 minit dan apa bila dicucuk dgn lidi satu dibhg tgh2 kek dan tak melekat apa2 kat lidi tu. siap..keluarkan dr loyang dgn terbalikkan ke atas pinggan leper dan terbalikkan kan kembali ke keadaan asal. 
  8. Selamat mencuba! rasanya mcm kek span pandn jual kat kedai kek..lembut..selembut org yg membuatnya AHAKS!

hasil corak marble yg agak cantik..boleh diimprove lg! :)


Kek Marble PUteri MAhsuri!




Biskut Oat Confleks



 Biskut nie Favourite Mak! Paling senang dan paling mudah..tak pandai pun mesti jadik..kawan2 try lah kalo free2 dan rajin2..:)
Bahan2
1) 250g Butter cup
2)1 1/2 cawan gula pasir (kisar halus)
3) 2 biji telur
4) 3 cawan tepung gandum
5) 3 cawan confleks (dihancurkan or dikisar kasar)
6)2 cawan oat
7) 1 sudu esen vanila
8)1/2 cawan kismis
9) badam cincang dan colour chocolate rice (utk hiasan)
Cara2
Pukul  butter cup dan gula hingga kembang.
masukkan telur dan esen vanila
masukkan tepung gandum dan confleks kasar (selang seli) sehingga habis
masukkan oat dan kismis
bentuk bulat2 dan tekan dengan garfu diatas loyang pembakar. hias dgn badam cincang dan chocolate rice. ceri pun ok jgk...asalkan menarik, cantek dan nampak berselera utk dimakan.
Bakar pada suhu 180 °C selama 20 min je..dalam 2 jam siap lah..
1 ADUNAN=150BIJI (ikut saiz)
Selamat mencuba..pasti rangup dan menyelerakan.

Biskut oatnestum! Request from my luvly mum! :)


Kek Pisang


Assalamualikum wbt memandangkan mlm nie nk release ketegangan membuat carry marks..alhmdlh dh siap..ada mood la nk buat kek..tgk2 ada lah pisang beberapa bijik..pkir..sedap jgk buat kek pisang..tmp biasa google ja..dpt terus respi! Dlm 15 min siap adunan..45 min dibakar..dlm 1 jam kek pisang sedia dimakan..mcm biasa nasul kongsikan resepi ini..
Bahan2
2cawan tepung gandum
1cawan gula pasir
1/2 cawan minyak masak (minyak sayur pun ok)
3 biji pisang
1sudu kecil soda bikarbonat 1sudu kecil baking powder (SUDU KFC YG PUTIH TU)
1/2 sudu kecil esen banana@vanila
2 bji telur
secubit garam..sikit ja bg lemak
cara2
blander telur dan gula hingga kembang, msk pisang mixed lg, msk esen dan minyak..tuang dlm bekas lain dan masukkan tepung yg telah diayak dgn soda bikarbonat da baking powder. Siap di bakr selama 45 min dgn suhu 180 celcius.Sedia dimakan..selamt mencuba!! :)


1 lagi menu hari raya nanti!! ;)


kek pisang..just nk abeskan pisang ja..

Wednesday, May 4, 2011

Mahsuri's Apple Pie

ASAL RESEPI: PENSYARAH SENIOR UITM
RATING:9/10
DAH CUBA 2 KALI..memang SEDAP!!!

Bahan2 Pastry
3 cawan tepun gamdum di ayak
3 sudu besar gula aising
150 gm Mentega@ butter cup

Bahan2 Inti Pie
3 biji Apple
3 sudu besar gula
3 sudu besar gula perang
1/2 cawan air
1 sudu besar tepung jagung
1/2 cawan air dibancuh bersama tepung jagung

Cara2
Gaul mentega bersama tepung gandum dan gula aising.
Jika masih relai (masih tidak menjadi doh), tambah 1 sudu besar (max) air sejuk@ air ais..uli hingga menjadi doh.
Canai doh menjadi 2 kepingan 0.5cm..(jgn terlalu nipis dan jgn terlalu tebal), sapu mentega pada loyang supaya tidak melekat. masukkan doh pertama yg dicanai td kedalam loyang, kemaskan tapak dan tepi loyang..kemudian masukkan inti apple tadi kedalam loyang. Tutup dgn doh kedua ke atas inti aple td..perkemaskan atas dan tepi..potong pastry yg berlebihan, kemudian buat lah bentuk dgn menekat di tepi loyang..biar nampak beralun2..cantik sikit! ;)
Sapu kuning telur keatas pie tadi sebelum bakar,
Bakar guna suhu 190°C selama 40 min..pemanasan upper lower dlm oven..kalo oven sekali dgn dapur tu okey ja..Dekat2 nk masak, bau yg harum dapat dibaulah..pastu tgk sama ada masak atau belum.
Selamat mencuba!

Tuesday, May 3, 2011

Mee gulung

Mee Gulung

Bahan2

  • 3 ulas bawang putih - dihiris nipis

  • 2 sudu besar cili kisar


  •  isi ayam - dipotong kecil


  • 1 kiub pati ayam


  • 4 sudu besar kicap cair/masin


  • 4 cawan air


  • 1 ikat sawi - dikerat


  • 1 batang lobak merah - disagat halus memanjang


  • bunga kobis - dipotong kecil


  • 1 sudu teh serbuk lada sulah


  • garam secukup rasa (optional)


  • 2 biji telur


  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung (dibancuh dgn 1/4 cawan air)


  • minyak untuk menumis




  • Cara2
    1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali (non-stick pan) dan goreng mee kuning dengan kicap pekat hingga warna kicap sekata dan mee elok masak. Ketepikan.
    2. Kemudian gunakan non-stick pan, dan buat telor dadar nipis, bila masak tutup api dan biarkan dadar dalam kuali. Ambil segenggam mee tadi dan letakkan atas telor dadar dan gulung (lipat tepinya seperti kuih dadar). Angkat dan letakkan dalam pinggan, potong-potong sedikit telor dadar yang berisi mee . Buat dadar sehingga habis
    3. untuk kuahnya pula, pamaskan minyak, tumis bawang putih, masukan cili kisar, kemudian ayam dan kuib pati ayam.
    4. lepas 5 min, masukkan sayur-sayur tadi dan tunag air dlm kuali. biar 10 min..agak2 nk masak..masukkan lada sulah, garam (jika blm masin lg).
    5. akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung tadi dan telur..utk memekatkan kuah.
    6. setealh semua masak, masukkan mee dlm pinggan dan tuang kuahnya dia atas mee glung td..hiasa lah dgn cili merah potong dan bawang goreng.
    p/s: penyediaan mengambil masa 45 min  untuk 5 org makan.. :)
    Selamat mencuba!

    Sunday, May 1, 2011

    Mee Kari

    Seingat akulah..mee kari yg paling sedap pernah makan adalah waktu kat maktab (mrsm b) kat DS..waktu tu minggu aktiviti..rindu plak..setiap homeroom kena masuk mcm2 pertandingan..ingat ari tu ada pertandingan hias meja kat DS...menu makcik DS yg sedia "mee kari" wah memang sedap lah smp ke hari nie tak lupa... pg td p kedai tgk tak ada apa yg menarik selain mee..so..terus amik keputusan masak mee kari..kebetulan ari nie kakak sepupu..kak zizah dtg keja..bleh lah belajaq dgn dia..champion masak menu2 dasyat2 dlm kgku..hehe. every weekend is cooking class..cukup setahun..memang terrerrr masak


    Bahan2
    1) mee kuning direbus sekejap
    2) 2 labu bawang besar
    3) 3 ulas bawang putih
    4) 4 bji ubi keledek (sedang2 ja)
    5) 1 liter santan pekat (first time press)
    6) 2 liter santan cair (second and third time press)
    7) 1 1/2 paket serbuk kari ikan cap alagappas
    8) 1/2 ekor ayam
    9) 5 ketul fish kek

    Hiasan
    10) tauhu digoreng
    11) taugeh, cili merah, bawang goreng, limau nipis, telur rebus
    12) lobak hijau & kacang panjang(dicelur)

    Cara2
    Ubi keledek dipotong dadu dan direbus hingga empuk, dikisar samp halus..+air waktu dikisar. bawang besar+putih dikisar jugak. panaskan 4 sudu besar minyak, masukkan 3 sudu besar bawang kisar td..goreng smp kuning, masukkan rempah kari yg telah dibancuh dgn air..goreng smp naik minyak..masukkan ayam tunggu 5 min..masukkan santan, bawang kisar, ubi keledek kisar, tambah air..jika terlalu pekat. tunggu hingga mendidih..biar lah 2-3 kali mendidih..masukkan gula, garam dan perisa tambahan jika suka (aji naik moto). masukkan fish kek yg dipotong kecil2 keping2 nipis.. lepas tu rasalah..kalo mcm kat kedai tu betul lah..hehhehe..rupanya..mudah ja..pakai masuk2 ja..dalam 2 jam siap dimakan..

    sedia dihidang dan dimakan.. selamat mencuba..
    p/s: untuk hidangan 12-15 org..(1 big family lah)

    Asam Pedas Melaka



    Asam Pedas Melaka..


    Menu utk minggu nie pulak adalah 'asam pedas melaka'
    semua resepi yg telah, sedang dan akan diupload adalah makanan kegemaran nasul..
    menu yg tak suka juga akan diupload mengikut request kwn2 yg tanyakan resepi.. jika ada sesiapa nk request apa apa resepi silakan..akan dipertimbangkan utk dikongsi.. '
    Asam Pedas Melaka'
    bahan bahan
    1) 3 ulas bawang puti
    2) 1 labu bawang besar (kecik ja)
    3) 3 ulas bawang merah
    4) 4 sudu besar cili kering mesin @ sebuk cili
    5) belacan (@ 1 kuib pati ikan bilis)
    6) kacang bendi
    7)1 biji tomato
    8) 2 ekor ikan (boleh ganti dgn daging, ayam)
    9) daun kesum
    10) daun limau purut
    11) 1 mangkuk air asam jawa (pakai asli @ adabi)
    12) garam dan gula
    cara2
    kisar bawang+cili kering+belacan hingga homogenise (haluslah). tumis bahan kisar ini dengan minyak..bagus pakailah minyak sunflower@ canola oil.low fat. tumis smp naik minyak dan berwarna merah pekat sikit..(garing). next, masukkan air asam jawa +ikan tambah air jika terlalu pekat.. masukkan kan kacang bendi, tomato, daun kesum dan daun purut.. masukkan garam, gula ..dan apa2 perisa..rasalaah sedap ke tak.. kalo dh sedap tu elok2 lah dimakan terus dgn nasik panas..memang sedap lah! apa nk kata makan pulak dgn ikan goreng..perhh..memang tambahlah nasik..
    Okey selamat mencuba!
    (ari nie dh ada peminat baru asam pedas melaka kak sue.. :) ) terima kasih ed.. ahaks!
    kak! cik pun dh pandai masak sekrg nie yer! sila lah balik rumah dan special cik buat..ahaks!

    Dadih Puteri Mahsuri

    RESEPI ASAL: TERANGGANU
    RATING: 9/10 (Dah diuji di pasaran pelajar-pelajar tuisyen saya)
     
    bahan2

    1) 1/2 tahil agar2

    2) 15 cawan air

    3) 2 1/2 cawan gula

    4) 2 cawan coffeemate(creamer)

    5) 2 cawan air panas (hot water)

    6) 1 1/2 cawan susu segar @ susu low fat dutch lady

    7) 1 sudu teh esen pandan

    8) 1 /2 sudu teh garam (just nk bagi lemak sikit)

    9) pewarna(sirap,jagung,pandan and ect)


    cara2

    Bahan no 1,2 dan 3 (agar2 + air+gula) dimasak hingga larut(larutan A). Bahan 4 dan 5 (coffeemate+ hot water) dibancuh hingga larut dan dimasukkan kedalam larutan A. tunggu sekali atau 2 kali mendidih. kemudian masukkan susu segar dan garam (bahan no 6 dan 8) dan akhir sekali masukkan esen pandan utk wangikan dadih nie..biar dia mendidih sekali.
    selepas itu, asingkan lah mengikut portion2 perisa2.elok2 tu tapislah dulu..takut2 ada precipetate (bahan2)yg tak larut.. nak chocholat, sirap, jagung, pandan semua boleh..ikut selera masing2..masukkan dlm bekas..tunggu sejuk..masukkan dlm peti sejuk..lebih kurang 2 jam...sedia di makan..dadih nie tahanlah utk 3-4 hari..tapi selalu buat malam..esok pagi dh licin..hehehe


    p/s: kalo nk makan ramai2..gandakanlah bahan tadi..pasti sedap hingga makan satu nak lagi.. :D


    SEMOGA BERJAYA MEMBUAT DADIH NIE..

    (sebenarnya resepi ni dah 6 tahun.. kawan kak not, org terengganu yg bagi..nasul selalu buat jual kat budak2 tuisyen dulu2..semestinya dah establish)

    Pancake Jagung + sweet corn ceramel Source

    Pancake Jagung + sweet corn ceramel Source

    Bahan2 pankek

    6 sudu besar tepung gandum
    1 sudu teh soda bicarbonate
    1 cawan susu segar@ ducth lady@ susu sejat
    1 sudu besar planta @ buttercup
    1 biji telur
    3-4 sudu besar sweet corn@ dlm tin
    3 sudu gula@ ikut manis lah

    Bahan2 sweet corn ceramel source
    5 sudu besar sweet corn
    1 sudu besar tepung custard
    3 sudu besar gula

    Cara2 utk pancake
    Pukul planta+telur+gula sehingga sebati. Masukkan susu.Kemudian masukkan tepung gandum dan soda bicarbonate yg telah diayak.pukul hingga sebati.akhir sekali masukkan sweet corn. Pastikan adunan berlipat ketika anda mengangkat adunan..seperti adunan kek..jgn terlalu pekat, dan tidak terlalu cair..jika ikut ukuran adunan nie..okey ja..
    Sedia kan pan yg tidak melekat dan rata..tak perlu letak minyak atau planta..kerana dh ada dlm adunan td.. biarkan ia berlubang2 sebelum membalikkan pancake td..
    Adunan ini bolehlah utk 3-4 org makan..

    Cara2 utk source
    Masukkan semua bahan td dlm kuali@periuk pastikan tepung custard dibancuh dulu dgn sedikit air. Masak diatas api yg kecil hingga pekat. Lebih kurang 10 min..pasti jangan hangus..kerana kastard nie cepat nk jadi hangus..sentiasa kacau hingga masak. Rasa lah kalo tak manis tambah gula lg..kalo tak suka manis kurangkan gula..
    SELAMAT MENCUBA!

    Nasi Jagung berkismis

    Resepi Asal: MRSM Beseri, Perlis.
    Cadangan Lauk: Ayam goreng rempah, Daging masak hitam, ayam masak merah
    Nasi Jagung Berkismis 

    Bahan2
    1) 3 Cawan Beras (brasmathi pun lg sedap)
    2) 3/4 tin jagung manis (beli ja kat kedai..yg fresh corn lg sedap!)
    3) 11/2 cawan susu sejat (creamer @ santan pun ok jugak)
    4) 2 1/2 cawan air
    5) secubit garam (secukup rasa..bg rasa lemak2 sikit)
    6) 3 ulas bawang merah, 3 ulas bawang putih, sedikit halia
    7) minyak@ buttercup utk menumis (canola oil lg bagus)
    8) Kismis, bawang goreng utk hiasan
    9) Daun pandan jika ada..kat hypermarket pun dh ada jual :)


    Cara2
    Cair dan panaskan buttercup atau minyak, tumis bahan2 no 6.
    biar garing dan naik bau wanginya. masukkan beras yg telah dibasuh bersih 3 kali dan ditoskan bersama selawat nabi. ;)
    gaulkan biar sebati utk 2 min.masukkan susu sejat dan air. seterusnya masukkan jagung manis dan kacau utk sebatikan semua bahan td.masukkan kan daun pandan utk lebih wangi dan harum. tutup rice cooker ..sekali sekala..kacau @ bolak balikkan nasik untuk jagung tak ada diatas ja..letakkan jugak kismis diatas nasik tadi..tunggu lah hingga rice cooker tu bg sign.."nasik dh masak"..dlm 30min nasik sedia dihidangkan.. memang menyelerakan..yum2!


    p/s:
    petua..jika 3 cawan beras lebihkan 1 cawan air..contoh, 3 cawan beras,(1 1/2 susu+2 1/2 air=4 cawan cecair) kalo nk 4 cawan beras,(2 cawan susu+3 cawan air).
    masak dlm rice cooker lah paling selamat dan sedap!
    garam letak biarlah berasa masin..jgn terlalu masin..jika tawar tak berapa sedap..
    sedap dimakan dgn ayam goren,daging masak hitam,ayam masak ros..dan apa2 menu yg sedap2..

    Selamat Mencuba Nasi Jagung..
    Teringat masa kat MRSM bESERI..ari jumaat nasik jagung+ayam goreng+sos+sup kaki ayam! marbeless!!