Ahlan Wasahlan Wa Bimarhabam Bikum!

Bismillah Hirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhuwah!

Selamat melayari laman blog "My Sweet Home" yang menempatkan perkongsian resepi-resepi dan hobi-hobi seorang yang bergelar Puteri @ Wanita! Laman ini dihasilkan bagi berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat kepada sahabat, kawan dan rakan..teristemewa kepada yg bergelar Puteri @ Wanita!

Diharapkan sahabat-sahabat dapat memberi komen2 dan idea2 yang baru bagi menambahbaikan blog ini dimasa depan..agar lebih menarik dan memupuk minat kita menjadi seorang Puteri @Wanita serba boleh disamping menjadi anak, isteri dan ibu yang solehah di masa depan..

Selamat Melayari "My Sweet Home" semoga hari-hari anda sentiasa indah bak bulan purnama dan sentiasa ceria bak sinar mentari pagi!


Wednesday, June 25, 2014

Collision theory

ChemFlick1-11CollisionTheory.flv: http://youtu.be/SyznsEFOopg

Tuesday, June 24, 2014

KEK COKLAT LEMBAB SIMPLE VERSI BAKAR

Asal: Tengok tv..crita masak2.. tp dh tak ingat tajuk apa rancangan tvnya.. simple sgt2..bahan pun amatlah mudah.. dlm 1 jam siap kek ni.. 
Janji perlu ditepati, jadi masuk lah dapur jam 12 mlm buat kek ni utk seorg sahabat ni... jasamu pasti dikenang hingga bila2.. terima kasih kak siti nor! Jom kita tgk resepi.. 


Lokasi: MOM'S KITCHEN

bahan-bahan 
2 cawan tepung gandum cap sauh or faiza pun boleh 
3/4 cawan serbuk koko jenama vanhauntan 
1 sudu teh soda bikarbonat (sudu putih kcf) 
1sudu teh baking power 
semua bhn2 di atas diayak 2 hingga 3 kali 
1 tin susu pekat manis cap apa2 pun boleh 
1 cawan air 
1 cawan minyak sayur atau corn oil atau palm oil 
1 biji telur gred B 
cara-cara 
Campur semua bahan di atas ke dalam mangkuk pengadun dan sebatikan dengan pemukul telur. Masukkan dlm loyang yang telah dilapik dengan kertas turas..atau kertas minyak utk memudahkan kek ini dikeluarkan setelah masak. Panaskan oven dalam 5 minit pada suhu 160 degree C dan bakar selama 45 minit. Cucuk kek dengan lidi untuk memastikan kek masak sempurna.. jika blm masak lebihkan 5 minit lagi. Boleh juga dimasukkan dlm cup cake dan masak dalam 20 minit sahaja. 




Wafer Tsunami

Asal: Jalan2 di mydin, terserempak dengan wafer maker, apa lg tangan mencapai walaupun resepi tak ada lagi ditangan.. Tapi niat dah ada kan... Dapatlah resepi drpd kak not! tqvm..

Lama menyepi bukan menghilang, 
sibuk melanda bagai tsunami,
Ini masa ambil peluang,
Menulis resepi wafer Tsunami.

Lokasi: Mom's Kitchen

BAHAN-BAHAN

12 sudu besar tepung gandum (cap sauh)
2 sudu kecil yis kering (instant yis) dibancuh dengan 1/2 cwn air sejuk
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
3 sudu besar mentega (dicairkan)
1 cawan susu segar (suhu bilik)
1 biji telur
air suam secukupnya ( agar adunan tidak terlalu pekat atau cair)
1/2  sudu kecil esen wafer

Cara-cara
1.bancuh yis dengan air sejuk hingga larut biarkan seketika
2. masukkan semua bahan-bahan diatas di dalam bekas dan dimasukkan yis yang telah larut tadi.
3. Campur dengan air suam secukupnya. pastikan adunan tidak pekat atau terlalu cair. lebih kurang 1 cawan.
4. panaskan wafer maker dan setelah agak panas masukkan  bancuhan ke dalam acuan dan tutup.
5. Biarkan 5 minit atau sehingga wafer masak.
6. siap untuk dihidang.

SELAMAT MENCUBA!!!

Sunday, February 16, 2014

Sotong Kangkung

Asal: Turun ja dari genting highland terus ke putrajaya.. blm smp ke rumah singgah dekat maidin beli brg2 ternampak lah pulak sotong utk yong tau fuu... terus teringat sotong kangkung makan kecik2 dulu... apa lagi planlah kami 3 org ni.. kak not, adik dan sy. Mlm tu mencarilah resepi kat blog2 ni... dh tak ingat dh dr blog mana... tapi bahan2 dan cara buat seperti di bawah... lai.. lai... nak try, p beli brg terus masuk dapur okeyyy! Jom layan resepi di bawah.=)

Bahan-bahan

2 ekor sotong kembang@ sotong yong tau fuu
2 ikat kangkung
1 cubit belacan
1 sudu besar otak udang
3 sudu besar cili mesin
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar gula merah@gula perang
1 cawan air
1 sudu besar tepung jagung
Gula dan garam secukup rasa

Cara2
Panaskan sedikit minyak. Tumiskan cili mesin dan belacan hingga garing. Bancuh semua bahan2 diatas dengan air
Dan masukkan semuanya dlm kuali tadi. Masak sehingga pekat lebih kurang 10 min jika terlalu pekat tambahkan sedikit air. Rasalah gula dan garamnya ikut citarasa masing2.
Kangkung dan sotong td rebus hingga masak.
Taburkan kacang tanah yg telah digoreng dan ditumbuk sedikit.
Siap dihidangkan... wah! Marvelouslah=)

Selamat mencuba!

Tuesday, January 28, 2014

Cucur badak

Asal: Tetiba rasa nak makan cucur badak buatan sendiri, serius seumur hidup tak pernah tgk org buat atau pun buat sendiri. Apa lagi tunggu capai tab dan google ja resepi cucuq badak... blog yg dipilih adalah blog mat gebu. Alhmdlh, memang terangkatlah!!!

Daripada suka2 dah menjadi rutin pulak buat cucuq badak jual pagi2...heheh... tak pernah tak habis.. everyday mmg licin. Kepada kwn2 sesiapa nk try buat mmg boleh try resepi ni.. menjadi.. tak pandai buat pun mesti jd pandai... cuma yg penting rajin saja... pasti menjadi... jom tgk resepi =)

Bahan-bahan

Inti Serunding Kelapa
2 cawan kelapa parut
3-4 ulas bawang merah*
2-3 batang serai - hiris nipis*
5-7 biji cili kering - buang biji dan rendam seketika dalam air panas  - toskan*
sedikit serbuk kunyit
1 cawan udang geragau - kisar sedikit kasar
gula, garam secukupnya dan sedikit serbuk perasa (jika suka)

Adunan Kuih
750g ubi keledek isi oren/kuning - jgn guna keledek yg jenis berkulit licin (yg warna ungu tu..sbb keledek tu jenis lembik, nati akan guna banyak tepung dan kuih jadi keras)
1 1/4 cawan tepung gandum - maz guna tepung serbaguna (all purpose flour)
1/4 cawan tepung beras
sedikit garam - gaul dengan 2 jenis tepung diatas.

Cara
1. Inti Serunding Kelapa - Kisar semua bahan yang bertanda * bersama 1 cawan air sehingga lumat.

2. Dalam kuali masukkan semua bahan, garam, gula dan sedikit serbuk perasa. Kacau sebati. Masak sehingga kering dan perasakan secukup rasa. Sejukkan seketika.

3. Untuk Kuih - Kikis kulit keledek, cuci bersih dan rebus sehingga empuk/lembut bersama sedikit garam. Toskan dan tumbuk lumat. Ketepikan biar sejuk seketika.

4. Kemudian gaul sebati tepung dengan keledek agar menjadi doh yang lembut.

5. Ambil doh sebesar bola ping pong, leperkan dan masukkan inti. Kemudian tutup kemas dan tekan sikit ditelapak tangan untuk bentukkan kuih menjadi sedikit leper. Kalau terlalu lembit, sapukan sikit tangan dengan tepung.

6. Susun kuih dalam bekas yang di alas dengan plastik agar kuih tidak melekat dan buat sampai habis.

5. Panaskan minyak dengan api sederhana dan goreng sambil dibalik-balik sekali sekala sehingga sedikit perang dikedua belah.

6. Kuih ni juga boleh disejukbeku (frozen). Pastikan kuih yang hendak disejukbeku dialas dengan plastik agar tidak melekat satu sama lain. Kalau nak goreng kuih yang telah disejukbeku, celupkan dulu kuih dalam air biasa kemudian baru masukkan dalam minyak yang telah dipanaskan sederhana, jangan bimbang ianya tak akan merecip minyak keluar (sentiasa guna api sederhana dan goreng sambil dibalik-balikkan selalu).

Talam Roti


Bahan-bahan
4  keping roti Butterscotch ~ resepi asal roti putih
3 keping roti Choco Raisin ~ resepi asal roti putih
1 biji telur
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
100 ml santan pekat
125 ml air
1/4 sk vanilla essence


Panaskan kukusan
Sediakan loyang bulat berukuran 8 inc
Oleskan minyak makan pada loyang dan lapik dasar loyang dengan plastik.
Oleskan juga minyak pada plastik.

Roti dipotong kecil atau di carik-carik. Ketepikan
Satukan semua bahan-bahan dan kacau dengan whisker hinga sebati
Masukkan roti tadi dalam adunan dan rendam roti selama 30 minit atau sehingga roti lembut dan adunan telah meresap kedalam roti.
Tuangkan adunan dalam loyang.
Tutup loyang dengan aluminium foil atau balut tutup kukusan dengan kain (utk mengelakkan air menitis atas kuih
Kukus adunan selama 25 minit
Sementara menunggu adunan masak kita sediakan lapisan tengah

Sunday, January 26, 2014

Apom Polkadot..dot..dot..

Asal: 3 hb Januari 2014.. sibuk sgt dok buat dot2 ni.. sempena majlis kenduri adik.. sayangnya.. tak sempat pun nak take pictures.. cantik sgt doorgift tu.. berpuas hati.. resepi ni asal dr kakak sulong, kak not yg kat putrajaya.. Apa lg semalam dengan SIL.. kami pun berdot2 la.. eh.. panjang pulak ceritanya..ahaks! Jom tengok resepi pastu sila2 buat yaaa. =)
Credit juga untuk Blog Masam manis kak ita.. tqvm!

Bahan-bahan

3 biji telur sejuk-dr peti ais
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus (mesin hingga halus)
150 ml susu segar low fat milk/ susu cair.
3 sudu teh baking powder (sudu kfc)
1 sudu kecil ovalette (sudu kfc)
filling-blueberry / strawberry @ ape2 ikut citarasa
Pewarna

Cara-cara


1. Pukul Putih telur hingga kembang, kemudian masukkan ovalette dan telur kuning, pukul lagi hingga kembang.

2. Masukkan tepung +baking powder yang telah diayak berselang seli dengan susu cair. adun hingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
4. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-
6.Letakkan filling secukupnya-nak senang masuk dlm plastik @ sudukan jer..
7. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan...

tarra ini gambarnya =)




SELAMAT MENCUBA!!!