Ahlan Wasahlan Wa Bimarhabam Bikum!

Bismillah Hirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhuwah!

Selamat melayari laman blog "My Sweet Home" yang menempatkan perkongsian resepi-resepi dan hobi-hobi seorang yang bergelar Puteri @ Wanita! Laman ini dihasilkan bagi berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat kepada sahabat, kawan dan rakan..teristemewa kepada yg bergelar Puteri @ Wanita!

Diharapkan sahabat-sahabat dapat memberi komen2 dan idea2 yang baru bagi menambahbaikan blog ini dimasa depan..agar lebih menarik dan memupuk minat kita menjadi seorang Puteri @Wanita serba boleh disamping menjadi anak, isteri dan ibu yang solehah di masa depan..

Selamat Melayari "My Sweet Home" semoga hari-hari anda sentiasa indah bak bulan purnama dan sentiasa ceria bak sinar mentari pagi!


Sunday, November 25, 2012

Colourful Lompang

Asal: Kuih apa yg selalu pakai tepung beras??? Ermm.. jawap mak 'lompang dik su..' =) Haa.. apa kata petang nie kita try buat mak.. pastinya harapanku yg menggunung ini tidak dihampakan oleh my luvly Mum ---<@ utk mak..
Mulalah dgn lafaz Bismillahhirrahmannirrahimm.. mulalah memasuki my mom kitchen.. kali nie nk try yg warna warni resepi dr website 'ME,MYSELF AND I' dengan sedikit modification.. TQVM!

LOKASI: Mom's Kitchen


Bahan-bahan:

2 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan gula
4 cawan air (1 1/2 cawan campur dalam tepung, 2 cawan untuk masak dengan gula).
Daun pandan (letak semasa masak air gula)Kelapa parut + garam untuk tabur di atasnya.


1 sudu kecil  kapur makan (bancuh dengan 1/2 cawan air dan biar kapur mendak..ambil air kapur yang jernih dan masukkan dalam adunan)

Cara-cara


1. Bancuh tepung beras dan tepung jagung dgn 1 1/2 cawan air suam dan 1/2 cawan air kapur. 

2. Kemudian, masak Gula dengan 2 cawan air(masukkan juga daun pandan dalamnya). 
3. Masukkan air gula (suam) ke dalam bancuhan tepung. 
4. Kacau rata dan bahagikan kepada beberapa bahagian untuk letak pewarna kesukaan. 
5. Masukkan ke dalam acuan kuih lompang dan kukus selama 15 minit. 
Petua nk mudah lekang dr acuannya: Acuan yg dikeluar dari periuk pengukus direndam dalam air separuh dr acuan dan biar sedikit sejuk, baru dikeluarkan.
6. Taburkan kelapa di atasnya.
7. Sedia di makan..


SELAMAT MENCUBA!