Ahlan Wasahlan Wa Bimarhabam Bikum!

Bismillah Hirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhuwah!

Selamat melayari laman blog "My Sweet Home" yang menempatkan perkongsian resepi-resepi dan hobi-hobi seorang yang bergelar Puteri @ Wanita! Laman ini dihasilkan bagi berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat kepada sahabat, kawan dan rakan..teristemewa kepada yg bergelar Puteri @ Wanita!

Diharapkan sahabat-sahabat dapat memberi komen2 dan idea2 yang baru bagi menambahbaikan blog ini dimasa depan..agar lebih menarik dan memupuk minat kita menjadi seorang Puteri @Wanita serba boleh disamping menjadi anak, isteri dan ibu yang solehah di masa depan..

Selamat Melayari "My Sweet Home" semoga hari-hari anda sentiasa indah bak bulan purnama dan sentiasa ceria bak sinar mentari pagi!


Wednesday, May 4, 2016

KUNCI

Assalamualaikum WBT,

Bismillahirrohmanirrohim..Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, seluruh kerabat baginda, sahabat-sahabat baginda dan semua muslimin dan muslimat.

ALHAMDULILLAH... kembali setelah lebih setahun tidak menulis di sini.. amat rindu untuk mencoret kisah-kisah kehidupan yang penuh dengan warna-warni bak pelangi selepas hujan.

KUNCI.. satu alat yang digunakan untuk membuka sesuatu tempat, pintu, pagar, alat, kotak, hati, kejayaan, keimanan dan seangkatan dengannya.. tapi sedar kah yang setiap tempat yang disebutkan tadi hanya terdapat kunci yang spesifik atau special sahaja??? Contohnya, KUNCI PINTU, pintu 1 dan pintu 2 mempunyai kunci yang berbeza, walau pun luarannya kita nampak sama. Apa yang membezakannya? gigi-gigi kunci tersebut.. apabila diamati betul-betul.. Ya memang tak sama dan serupa!

Begitu juga dengan kunci HATI dan kunci KEJAYAAN. Pernah dengar tak kata-kata cikgu kita zaman sekolah dulu-dulu.."USAHA adalah kunci KEJAYAAN", "KETAKWAAN adalah kunci KEIMANAN" dan "Kau kunci CINTAku di dalam HATImu" lagu Ramlah Ram dulu-dulu.. :D

Objek ini lah yang telah menjadikan kami Huru hara satu petang (6.00ptg-7.00ptg/ 03052016).
Walaupun 1 jam tu tak lah lama mana jika kita tengok crita korea atau hindustan, tapi 1 jam yang telah kami lalui ini telah menjadi panjang dan penuh tragis! hahahahaaa..

Kunci tertinggal dalam kedua-dua makmal tanpa sengaja.. hanya ada kunci kereta Lia (student PhD yang pada tarikh 03052016 adalah hari terakhir secara officialnya di makmal ini) dengan kami. Handphone pun terkunci didalam makmal dan ketika itu jam tangan menunjukkan pukul 6.00petang, pastinya semua pekerja di UiTM ni dah balik rumah.. Ini bukan main-main tapi betul2!!! Speechless!

Kepala ligat dok fikir siapa lagi ada kunci makmal ini, ting! yaa.. Dr Azlan meranggkap Sifu dan Penglipurlara kami.. panggilan akrab kami Che Lan.. Apa lagi stereng kereta Lia terus dipulas menuju ke Bangunan PJI, ofis che Lan.. Alhamdulillah, sign kat pintu masih OPEN..

Kami: Assalamuaalikum,... Kak Ana.. (PA Dr Azlan) Dr Azlan ada? Kereta kat bawah ada..
Kak Ana: uihhhss.. Terkejut!! ingatkan sapa tadi.. Waalaikumussalam.. Dr tak dak.. tapi rasanya tak balik lagi..
Kami: Pinjam Telefon Kak Ana..

Puan Rohana adalah menyelamat kami petang tu.. Malangnya, call che Lan tak angkat.. sms pun tak reply.. setahu km dia adalah org yg sentiasa alert dengan call dan sms.. SABAR... kepala ligat lg fikir.. yup! Izhan!.. Hello izhan kat mana? Giant!!! huhuhu.. ermmm.. ok tk apa.. sorang lg abg long kami.. Fauzi! hello fauzi dah balik ka??? dh ada kat rumah sekarg.. Kenapa??? ermmmm.. tak apa lah.. panjang cerita kalau nk cerita.. entah berapa ringgit dah credit kak ana yang kami dah guna.. terima kasih bnyk2 kak Ana.. JasaMU akan kami kenang dan mohon Allah murahkan rezeki kak Ana lagi.. amin..

Yang amat rasa bersalah sgt sebab Lia nak balik jauh.. Jitra.. Saya dekat ja.. 5 min ja rumah.. Jam ditangan dah tunjuk 10min lagi pukul 7.. waktu ni hanya boleh gelak.. tapi dlm hati menagis dan rasa bersalah sgt! huhuhuhu.. Alhamdulillah berkat USAHA dan SABAR muncul jugak Che Lan depan pintu ofis PJI..Rupa2nya Che Lan ada kelas tadi.. Berakhir juga kisah huru hara kami petang ni..

Moral of the story:

1. Duplicate lah kunci lebih dr satu.. letaklah kat tempat yg mudah untuk ambil..
2. Kalau boleh hafal lah no phone kwn2 kita yg penting dan rapat..
3. Angkatlah telepon walaupun no yang appear tu no yg kita tak kenal.. mungkin kawan kita dlm kesusahan..
4. Sentiasa berhati-hati dan beringat agar hidup tak huru hara..hahah
5. Bantulah sesiapa yg dalam kesusahan kemungkinan satu hari kita ditimpa musibah, pasti akan ada bantuan yang dihantar kepada kita drpdNya..
6. Abang long-abg long kami (Che Lan, fauzi dan izhan) memang THE BEST!
7. SABAR dan DOA sentiasa walaupun dalam keadaan yang amat sukar sebab Allah hanya akan uji hambaNya sesuai dengan kemampuan hambaNya sahaja..
8. Sentiasa berfikiran positif dan selawat Nabi banyak2 bila hidup kita jadi huru hara.. belajar untuk menjadi COOL..

Coretan kali ini khas untuk Nurlia buat kenangan manis terakhir di MAKMAL PENYELIDIKAN BAHAN API UITM PERLIS..

Didoakan semoga perjalanan yang seterusnya dipermudahkan, dimurahkan rezeki (DANA NURLIA) =), berjaya menempuh alam pekerjaan yang penuh dengan cabaran dan sentiasa SABAR dan SOLAT bila masalah berkunjung.. ingat, setiap masalah akan dapat diselesaikan selagi masa itu berjalan.. cuma perlu usaha, sabar dan bertawakkal..

InsyaAllah ada rezeki jumpa lagi.. kalau rindu org2 kat lab ni, dtg2 lah melawat kami.. 2 gambaq ni buat kenangan ya!
 Wassalam..






SELAMAT MAJU JAYA!!



Wednesday, December 23, 2015

Resepi serunding kelapa kerang.

Asal:2001 di asrama Raja Nong Chik . Selalunya bila Lia balik ke kampung nya kalau tak salah Teluk Intan Perak,mesti mak lia akan bekalkan dengan serunding ni yg lagi sedap warnanya kuning. mak lia guna cili api. Kita makan dengan roti 90 sen sama2. 
Credit to norlia my ex-roomate matrikulasi kpm kypm bangi. Maaf ye ada sedikit modifikasi ke atas resepi.


Bahan2
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 btg serai
1 sudu besar ketumbar/biji rempah
1 sudu besar jintan manis
2 sudu besar air asam jawa
1/2 biji kelapa parut digoreng kuning
1/3 kotak santan
10 biji cilibkering dikisar
1 mangkuk isi kerang rebus
Garam dan gula secukup rasa.
Sedikit serbuk cukup rasa utk tambah kesedapan.
Minyak utk menumis.

Cara2
Tumis bahan kisar( bawang putih dan merah, cili kering, jintan, ketumbar dan serai) sehingga naik bau dlm 10 min. Masukkan kerang dan santan, masak lagi. Masukkan gula, garam, serbuk cukup rasa, dan air asam jawa. Masak sehingga agak kering dan masukkan kelapa goreng. Goreng lah sehingga kering utk thn lbh lama. Simpan dlm Tupper ware setelah sejuk. 

Sedap di makan dgn Nasi himpit, ketupat atau roti, Nasi panas pun sedap!

Credit to norlia my ex-roomate matrikulasi kpm kypm bangi. Maaf ye ada sedikit modifikasi ke atas resepi.

Selamat mencuba!

Wednesday, February 11, 2015

Carrot cake

Asal: Mak yang p belajaq kat dewan org ramai kg banggol sena,( kg saya ) dengan cikgu KEMAS.. alih2 anak dia pulak yg gila dok baking malam2..heehee. nak buat mcm mana dh hobby, boleh hilang masalah kalo dok baking cake2 ni..

Lokasi: Dewan Orang Ramai Kg Banggol Sena.

Bahan- bahan:

300 gm butter ( butter cup)
300 gm gula ( mesin halus)
300 gm tepung gandum( cap sauh)
1 sudu besar baking powder ( ayak bersama tepung)
5 biji telur gred A
1 sudu besar ovallate
2 sudu besar perisa oren mandarin sunquick
2 sudu besar susu pekat ( cap apa2 pun ok)
1 sudu kecil esen vanilla
200 gm carrot (diparut halus dan panjang2)
Kacang walnut atau badam

Cara- cara

Pukul butter bersama gula yg dh dikisar halus dengan mixer ( sy pakai kenwood mixer) hingga jd cream gebu.
Dlm masa yg sama pukul telur dan ovallate dengan mixer hingga pekat. ( sy guna 2 mixer) Ala2 nk buat pavlova. Angkat tak jatuh la mixture telur dan ovallate tu.
Kemudian, masukkan campuran telur dan ovallate ke dalam adunan butter dan gula yg telah kembang dan gebu td. Masukkan oren, susu pekat dan esen vanilla. Mixer guna mode perlahan, adun sehingga sebati.
Hentikan mixer, guna kaedah kaup balik guna senduk utk masukkan tepung dan baking powder hingga habis (tepung dan baking powder ni ayak 3 kali).
Akhir sekali, masukkan parutan carrot sedikit demi sedikit hingga habis dan serata.
Masukkan dlm loyang ( empat segi, 8 inci sy guna) dan lapik bawah loyang dgn kertas kek dan grisskan tepi loyang dengan butter.
Taburkan kacang walnut, badam dan lain2 kacang yg suka.
Bakar dlm oven, cara bakar - 30 minit guna api bawah suhu 130-140°C, 21 min atau hingga masak guna api atas bawah. Setelah bau harum satu rumah, elok p jenguk2 la oven di dapur tu.. mungkin dh masak, cucuk kek anda dengan lidi atau besi penyucuk kek. Jika tk melekat tu, dh boleh keluarkan dari oven dan sejukkan dulu sebelum potong.

Tarra dah siap!
Selamat mencuba ☺

Wednesday, June 25, 2014

Collision theory

ChemFlick1-11CollisionTheory.flv: http://youtu.be/SyznsEFOopg

Tuesday, June 24, 2014

KEK COKLAT LEMBAB SIMPLE VERSI BAKAR

Asal: Tengok tv..crita masak2.. tp dh tak ingat tajuk apa rancangan tvnya.. simple sgt2..bahan pun amatlah mudah.. dlm 1 jam siap kek ni.. 
Janji perlu ditepati, jadi masuk lah dapur jam 12 mlm buat kek ni utk seorg sahabat ni... jasamu pasti dikenang hingga bila2.. terima kasih kak siti nor! Jom kita tgk resepi.. 


Lokasi: MOM'S KITCHEN

bahan-bahan 
2 cawan tepung gandum cap sauh or faiza pun boleh 
3/4 cawan serbuk koko jenama vanhauntan 
1 sudu teh soda bikarbonat (sudu putih kcf) 
1sudu teh baking power 
semua bhn2 di atas diayak 2 hingga 3 kali 
1 tin susu pekat manis cap apa2 pun boleh 
1 cawan air 
1 cawan minyak sayur atau corn oil atau palm oil 
1 biji telur gred B 
cara-cara 
Campur semua bahan di atas ke dalam mangkuk pengadun dan sebatikan dengan pemukul telur. Masukkan dlm loyang yang telah dilapik dengan kertas turas..atau kertas minyak utk memudahkan kek ini dikeluarkan setelah masak. Panaskan oven dalam 5 minit pada suhu 160 degree C dan bakar selama 45 minit. Cucuk kek dengan lidi untuk memastikan kek masak sempurna.. jika blm masak lebihkan 5 minit lagi. Boleh juga dimasukkan dlm cup cake dan masak dalam 20 minit sahaja. 




Wafer Tsunami

Asal: Jalan2 di mydin, terserempak dengan wafer maker, apa lg tangan mencapai walaupun resepi tak ada lagi ditangan.. Tapi niat dah ada kan... Dapatlah resepi drpd kak not! tqvm..

Lama menyepi bukan menghilang, 
sibuk melanda bagai tsunami,
Ini masa ambil peluang,
Menulis resepi wafer Tsunami.

Lokasi: Mom's Kitchen

BAHAN-BAHAN

12 sudu besar tepung gandum (cap sauh)
2 sudu kecil yis kering (instant yis) dibancuh dengan 1/2 cwn air sejuk
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
3 sudu besar mentega (dicairkan)
1 cawan susu segar (suhu bilik)
1 biji telur
air suam secukupnya ( agar adunan tidak terlalu pekat atau cair)
1/2  sudu kecil esen wafer

Cara-cara
1.bancuh yis dengan air sejuk hingga larut biarkan seketika
2. masukkan semua bahan-bahan diatas di dalam bekas dan dimasukkan yis yang telah larut tadi.
3. Campur dengan air suam secukupnya. pastikan adunan tidak pekat atau terlalu cair. lebih kurang 1 cawan.
4. panaskan wafer maker dan setelah agak panas masukkan  bancuhan ke dalam acuan dan tutup.
5. Biarkan 5 minit atau sehingga wafer masak.
6. siap untuk dihidang.

SELAMAT MENCUBA!!!

Sunday, February 16, 2014

Sotong Kangkung

Asal: Turun ja dari genting highland terus ke putrajaya.. blm smp ke rumah singgah dekat maidin beli brg2 ternampak lah pulak sotong utk yong tau fuu... terus teringat sotong kangkung makan kecik2 dulu... apa lagi planlah kami 3 org ni.. kak not, adik dan sy. Mlm tu mencarilah resepi kat blog2 ni... dh tak ingat dh dr blog mana... tapi bahan2 dan cara buat seperti di bawah... lai.. lai... nak try, p beli brg terus masuk dapur okeyyy! Jom layan resepi di bawah.=)

Bahan-bahan

2 ekor sotong kembang@ sotong yong tau fuu
2 ikat kangkung
1 cubit belacan
1 sudu besar otak udang
3 sudu besar cili mesin
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar gula merah@gula perang
1 cawan air
1 sudu besar tepung jagung
Gula dan garam secukup rasa

Cara2
Panaskan sedikit minyak. Tumiskan cili mesin dan belacan hingga garing. Bancuh semua bahan2 diatas dengan air
Dan masukkan semuanya dlm kuali tadi. Masak sehingga pekat lebih kurang 10 min jika terlalu pekat tambahkan sedikit air. Rasalah gula dan garamnya ikut citarasa masing2.
Kangkung dan sotong td rebus hingga masak.
Taburkan kacang tanah yg telah digoreng dan ditumbuk sedikit.
Siap dihidangkan... wah! Marvelouslah=)

Selamat mencuba!