Ahlan Wasahlan Wa Bimarhabam Bikum!

Bismillah Hirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhuwah!

Selamat melayari laman blog "My Sweet Home" yang menempatkan perkongsian resepi-resepi dan hobi-hobi seorang yang bergelar Puteri @ Wanita! Laman ini dihasilkan bagi berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat kepada sahabat, kawan dan rakan..teristemewa kepada yg bergelar Puteri @ Wanita!

Diharapkan sahabat-sahabat dapat memberi komen2 dan idea2 yang baru bagi menambahbaikan blog ini dimasa depan..agar lebih menarik dan memupuk minat kita menjadi seorang Puteri @Wanita serba boleh disamping menjadi anak, isteri dan ibu yang solehah di masa depan..

Selamat Melayari "My Sweet Home" semoga hari-hari anda sentiasa indah bak bulan purnama dan sentiasa ceria bak sinar mentari pagi!


Friday, May 31, 2013

Blueberry Cheese Tarts




Asal: Assalamualaikum wbt, hi! lama tak mengepost resepi kat sini.. Alhmdulillah hari nie ada lg satu resepi baru terhasil dr air tangan sendiri.. ahaks! Tetiba je teterima tempahan Kak nisah..my senior kat uitm.. so, apa lagi nak tak nak kena buat lah kan.. happy je kot bila dh dpt buat.. cantik+sedap gak la.. mak kata sedap.. so, InshaAllah sedap la kan.. ;) okey! tak nk cerita panjang2 jom layan resepi nie dulu.. lepas baca buat yer kawan2..=) Kredit to http://www.azlitamasammanis.com/ Kak ita! step by step lg.. sumber inspirasi ku! =)

Lokasi: Mom's Kitchen (bila nk ada SuE's Kitchen?? )

Bahan-bahan:
Resepi kulit tart ni sama dengan fruits tart.


A) Bahan Pastry
250gm butter (biarkan pada suhu bilik)
500gm tepung gandum (ayak banyak kali)
100gm gula icing (kurangkan kepada 50gm sahaja sbb buah2an dah manis)
1 tsp esen vanilla
2 biji telur (biarkan pada suhu bilik)

Cara membuatnya:-
1. Ayak tepung bersama gula icing beberapa kali
2. Masukkan butter dan ramas sehingga jadi serbuk roti. 
3. Masukkan esen vanilla dan gaul rata.
4. Pecahkan telur dalam bekas lain dan pukul mengunakan whisk tangan sehingga kembang
5. Masukkan telur kedalam bekas tepung dan gaul sehingga menjadi doh yang lembut.
6. Panaskan oven dengan kepanasan 180 c (bergantung pada oven anda) api atas bawah.
7. Ambil sedikit doh dan bentukkan dalam acuan tartlet sebelum dibakar selama 10-15 minit atau sehingga ianya perang (bergantung kepada oven anda)
8. Tart shell boleh dibuat terlebih dahulu dan disimpan dalam bekas kedap udara

P/S:
Tujuan tepung diayak berkali-kali (3 KALI)bersama gula icing adalah untuk mendapatkan kulit tart yang cantik dan licin. Jika kulit tart nampak mengerutu....itu bermakna bancuhan doh anda tidak begitu menjadi.

- Pastikan butter dan telur berada dalam suhu bilik sebelum digunakan. Jangan terus guna butter atau telur yang dikeluarkan dari peti ais. Jika guna buttercup, sila masukkan sedikit garam dalam bancuhan. Jika guna butter jenama lain....tak perlu masukkan garam.

B) Cheese
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
blueberry filling

Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Adunan jangan terlalu lembik dan jangan terlalu keras.

Masukkan filling ke dalam kulit tart. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit. 

Kemudian boleh lah kita mulakan proses untuk melorek atas cheese tart tadi.
Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yang kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. Jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidak secantik yang kita inginkan.

Untuk corak bunga ni, masukkan adunan cheese yang telah diwarnakan ke dalam piping bag dan gunting hujungnya kecil aje. Kemudian buatkan corak bunga dengan warna merah jambu dan hijau untuk daun. Untuk tangkainya, gunakan lidi yang halus, celupkan hujung lidi dalam coklat emulco dan tarik dari kudup bunga ke bawah. Tarik lembut-lembut aje..dan mungkin bleh letak flower sugar ready made. 

Bila dah siap semuanya bakar semula dalam ketuhar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Untuk resepi nie.. ratio (A)pastry kepada (B)cheese adalah 1:2. If nak buat 1 adunan pastry kena buat 2 adunan cheese.. baru cukup.. 



Selamat mencuba!