Ahlan Wasahlan Wa Bimarhabam Bikum!

Bismillah Hirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhuwah!

Selamat melayari laman blog "My Sweet Home" yang menempatkan perkongsian resepi-resepi dan hobi-hobi seorang yang bergelar Puteri @ Wanita! Laman ini dihasilkan bagi berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat kepada sahabat, kawan dan rakan..teristemewa kepada yg bergelar Puteri @ Wanita!

Diharapkan sahabat-sahabat dapat memberi komen2 dan idea2 yang baru bagi menambahbaikan blog ini dimasa depan..agar lebih menarik dan memupuk minat kita menjadi seorang Puteri @Wanita serba boleh disamping menjadi anak, isteri dan ibu yang solehah di masa depan..

Selamat Melayari "My Sweet Home" semoga hari-hari anda sentiasa indah bak bulan purnama dan sentiasa ceria bak sinar mentari pagi!


Sunday, July 31, 2011

Siakap Steam

30 July 2011

Assalamualaikum wbt

Taraaa... =) resepi nie sesuai menjadi menu berbuka di ramadhan ini..
Hari nie nk post lg satu resepi yg memang terangkat sedapnyeeerr! ahaks!
Asal resepi: Kak not
Lokasi: Putrajaya


Bahan2
Ikan siakap (di kelar 4 segi) saiz sedang (Jika besar 1/2 ekor pun okey!)
Bahan A(Dihiris nipis2@ mengikut citarasa)
1 batang serai
1 inci halia
4 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
5 biji cili padi (cabai melaka)
1-2 biji tomato
3 helai daun limau purut (carik2kan)
Bahan B
2 biji jeruk asam boi (boleh didapati disuper market jugak)bukan asam boi yg kita makan saja tu
daun sup dan daun bawang(hiasan)
2 cawan air
3 sudu besar sos tiram
sedikit gula
1 sudu besar kicap ikan/sos ikan
1 sudu teh serbuk pasti sedap

cara2
Salut @ Lumur ikan dengan sos tiram dan sedikit gula. masukkan dlm pelengat. Masukkan semua Bahan A yg telah dihiris.masukkan serbuk pasti sedap, sos ikan, sedikit gula, 2 bj jeruk asam boi dan 2 cawan air. panaskan periuk pengukus. masukkan ikan td ke dlm pengukus dan kukus selama 30-40 min..(bergantung kepada saiz ikan..(jika kecil 30 min..jika besar 40 min). Setelah masak hiaslah dgn daun sup dan daun bawang.
Selamat mencuba!

Tuesday, July 26, 2011

Char Keuwtiau

Assalamualaikum wbt.. =)

MENU: Dinner ala cart!
Lokasi : mom's kitchen

Macam biasa, malam nie dh plan nk masak char keuwtiau..so, alhamdlh menjadi..dah tak payah nk beli kat luar lg..sekrg dh pandai buat sendiri..ahaks!

Bahan A |(stok udang)
10 ekor udang saiz sedang besar
4 ulas bawang putih
3 gelas air
(Bahan A dikisar dan dimasak sehingga mendidih)

Bahan B
segenggam Keuwtiau
2 sudu minyak masak
2 ulas bawang putih
5 ekor udang saiz besar
11/2 cwn stock udang
taugeh
daun kucai or daun bawang
6 sudu besar sos char keuwtiau (ada jual kat pasaran)
1 biji telur

Cara-cara
Tumis bawang putih, masukkan udang dan sos char keuwtiau. masukkan segenggam keuwtiau dan stock udang tadi. tunggu mendidih sekali or dua kali. masukkan taugeh+ daun bawang atau daun kucai dan telur yg telah dipukul. akhiri dgn 1 sudu besar kicap cair dan terus angkat.
tips: guna api yg kuat! jgn smp terbakar sudah =)
       perahlah limau nipis dan hias dgn daun bawang!

Selamat mencuba!!! =)

Monday, July 4, 2011

Kek Coklat Lembab (Bakar)

Entry kali nie..bersempena menunaikan janji kpd Siti Hajar Aishah ex-MRSM Beseri
ASAL RESEPI: Kak not yg punyer resepi..dulu tiap2 hari raya dia akn buat..memang menjadi!
:)

Bahan2
450gm mentega@ butter
9 biji telur
600gm gula
450gm tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil garam (jika guna mentega) jika butter tak perlukan garam
125gm serbuk koko vanhunten
325ml air

Topping(masak double boiler)
1 kpg coklat masak
1 tin susu cair

Cara2
Pukul gula dan mentega hingga kembang. masukkan telur sebiji demi sebiji, kemudian Masukkan (tepung gandum+soda bikarbonat-diayak) sedikit demi sedikit. Bancuh serbuk koko dgn air 325 ml kemudian masukkan ke dalam adunan dan kacau sehingga sebati. Bakar (upper lower) dgn 180 degree celcius selama 45 min.

Mudah ja kan!
Selamat mencuba..
Tak pernah sempat nak topping punn..=) dh abih siap dipotong..
p/s: adunan ini akan dpt 2 biji kek..kalo nk buat sebiji..gunakan 1/2 ja adunan di atas.
Maaf gambar tak da lg..tunggu hari raya nie lah! ahaks!

Saturday, July 2, 2011

Ayam Percik Puteri Mahsuri

Asal: Cipta Sendiri dgn mak.. =)
Rate:10/10, rasanya lebih sedap dr ayam percik Ayam Mas! resepi yg patut dicuba!

Bahan2:
1) 1 ekor ayam

Bahan utk perap ayam(A) -semua bahan dikisar halus
1. 5 ulas bawang putih
2. 7 ulas bawang merah
3. 1 inci halia
4. 1 btg serai
5. garam secukup rasa

Bahan utk kuah percik(B)-semua bahan dikisar halus dan dimasak hingga pekat
1. 4 ulas bawang putih
2. 1 labu bawang besar
3. 5 ulas bawang merah
4. semangkuk pati santan
5. 1/2 mangkuk santan cair
6. 3 sudu cili mesin (kalom nk pedas tambah lg..kalo tak nk pedas kurangkan)
7. 1 keping asam keping (asam gelugur)
8. garam dan gula secukupnya.
 
Cara2
Ayam dipotong 12..(ikut suka kalo nk buat seekor tanpa dipotong pun ok jugak..)
perap ayam dengan bahan A selama 30 min. kemudian masukkan dalam periuk bersama 1/2 cawan air. Tutup periuk dgn penutupnya dan masak hingga 15-20 min (sehingga air kering @ empuk ayam tu).
sementara menunggu ayam empuk..buatkan kuah perciknya..
masukkan semua bahan (bawang, halia)yg dikisar kedalam santan cair dalam periuk..masak hingga mendidih. masukkan 3 sudu cili mesin dan pati santan.. masak hingga pekat. masukkan asam keping+gula+garam+pasti sedap @ cukup rasa.
ayam yg telah siap dimasak td dicelupkan kedalam kuah percik dan dibakar. hingga kering kuah perciknya.. (dlm 20 min menggunakan oven bersuhu 200°C).. bakar pakai tradisional pun lg sedap..cuma tak nk buat pencemaran alam jer.. =)

Siap dimakan dgn nasik putih panas pun sedap!
SELAMAT MENCUBA!

Friday, July 1, 2011

Apum Polka Dot

Asal: tgk dalam wall suhana..dan sue dh siap buat pun..teringin sgt nk try, dan hari nie tak out of station..:) itu yg tercipta apam polka dot nie..heheh

Ala2 macam pau..coz ada inti dalam nya..boleh jadikan sajian bukak puasa nanti.. =) marilah mencuba beramai2!!!

Bahan-bahan ( 50 biji Cup Sederhana Besar )

5 biji telur (saiz kecil)
250gm tepung gandum
300gm gula
2 camca teh ovallate
1 camca teh baking powder
250ml susu cair @susu segar @santan
Pewarna (hijau,merah,biru)
jem strawbery, blueberry, or kaya

Cara-cara.

1.Pukul telur, gula dan ovallate hingga kembang dan gebu.
2. Masukkan susu cair@ santan, tepung gandum+baking powder yg telah diayak. Adun hingga sebati dan nampak gebu. 
3.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ,titiskan pewarna mengikut citarasa.
4. Panaskan kukusan. api biar kecil ja..
5. Masukkan semua adunan berbagai warna kedalam piping bag or plastik bag bersih. dan picitkan kedalam acuan kertas @acuan kek kertas 1/4 penuh.
6. Picitkan blueberry @ kaya filling secukupnya
7. Picitkan lagi adunan sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan
8. Masukkan adunan dan kukus selama lebih kurang 7 - 10 minit.
9. Jangan buka api besar semasa mengukus. Nanti merekah
10. Boleh tukar filling (inti) apam ni dengan inti pilihan contoh : sekaya, strawberry, jem, peanut butter, coklat, orange filling dan apa2 yg anda suka.

Selamat Mencuba :)