Ahlan Wasahlan Wa Bimarhabam Bikum!

Bismillah Hirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhuwah!

Selamat melayari laman blog "My Sweet Home" yang menempatkan perkongsian resepi-resepi dan hobi-hobi seorang yang bergelar Puteri @ Wanita! Laman ini dihasilkan bagi berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat kepada sahabat, kawan dan rakan..teristemewa kepada yg bergelar Puteri @ Wanita!

Diharapkan sahabat-sahabat dapat memberi komen2 dan idea2 yang baru bagi menambahbaikan blog ini dimasa depan..agar lebih menarik dan memupuk minat kita menjadi seorang Puteri @Wanita serba boleh disamping menjadi anak, isteri dan ibu yang solehah di masa depan..

Selamat Melayari "My Sweet Home" semoga hari-hari anda sentiasa indah bak bulan purnama dan sentiasa ceria bak sinar mentari pagi!


Sunday, November 25, 2012

Colourful Lompang

Asal: Kuih apa yg selalu pakai tepung beras??? Ermm.. jawap mak 'lompang dik su..' =) Haa.. apa kata petang nie kita try buat mak.. pastinya harapanku yg menggunung ini tidak dihampakan oleh my luvly Mum ---<@ utk mak..
Mulalah dgn lafaz Bismillahhirrahmannirrahimm.. mulalah memasuki my mom kitchen.. kali nie nk try yg warna warni resepi dr website 'ME,MYSELF AND I' dengan sedikit modification.. TQVM!

LOKASI: Mom's Kitchen


Bahan-bahan:

2 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1 cawan gula
4 cawan air (1 1/2 cawan campur dalam tepung, 2 cawan untuk masak dengan gula).
Daun pandan (letak semasa masak air gula)Kelapa parut + garam untuk tabur di atasnya.


1 sudu kecil  kapur makan (bancuh dengan 1/2 cawan air dan biar kapur mendak..ambil air kapur yang jernih dan masukkan dalam adunan)

Cara-cara


1. Bancuh tepung beras dan tepung jagung dgn 1 1/2 cawan air suam dan 1/2 cawan air kapur. 

2. Kemudian, masak Gula dengan 2 cawan air(masukkan juga daun pandan dalamnya). 
3. Masukkan air gula (suam) ke dalam bancuhan tepung. 
4. Kacau rata dan bahagikan kepada beberapa bahagian untuk letak pewarna kesukaan. 
5. Masukkan ke dalam acuan kuih lompang dan kukus selama 15 minit. 
Petua nk mudah lekang dr acuannya: Acuan yg dikeluar dari periuk pengukus direndam dalam air separuh dr acuan dan biar sedikit sejuk, baru dikeluarkan.
6. Taburkan kelapa di atasnya.
7. Sedia di makan..


SELAMAT MENCUBA!

Thursday, October 18, 2012

Apam Pisang Coklat Chip

Asal: Ceritera tersebutlah kisah, si pisang emas berkawan dengan si coklat chip. Berfikir bagaimana utk bersatu dan berpadu, berbagai cara dan idea telah difikirkan, akhirnya kata sepakat bersetuju untuk bersatu dalam sebuah mahligai apum yang gebu lagi sedap! =)
Ahaks, cerita yg direka semata-mata.. :D. Nak share dgn semua kawan2 resepi yg diambil dari blog masam manis kak ita http://fromintankitchen.blogspot.com/search/label/APAM.. Suka sgt cuba resepi kak ita nie.. alhmdlh semuanya menjadi! tak percaya??? cuba lah sendiri ..hehehe

Lokasi: Mom's Kitchen

Bahan2

5 biji pisang emas ~ kalau pisang besar dlm 3 biji
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh esen pisang
secubit garam
70 ml minyak masak
1/2 cawan gula perang
2 biji telur ~ gred A
1 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh ovelate
3 sudu besar coklat urai
Cara2
Panaskan kukusan
Balut tutup kukus dengan kain
Sediakan acuan kecil atau loyang
Oleskan acuan atau loyang dengan sedikit minyak masak

Blendkan pisang hinga halus, kemudian tambahkan esen pisang dan soda bikarbonat ~ ketepikan
Dalam bekas lain satukan tepung gandum, garam dan baking powder.
Kemudian ayak ~ ketepikan
Masukkan telur, ovelate, gula perang dan minyak ke dalam blender tadi.
blend adunan sehingga pekat dan berkerim
Masukkan dalam bekas.
Kemudian masukkan tepung+garam+baking powder kedalam bekas adunan pisang td.
Kacau sebati
Akhir sekali masukkan coklat urai, dan gaul sempurna

Tuangkan adunan ke dalam acuan atau loyang
Kukus adunan selama 20 ~ 25 minit jika menggunakan acuan kecil dan 45 minit jika menggunakan loyang
Keluarkan apam dari acuan setelah masak.
Bolehlah di makan bersama kelapa parut yang di gaulkan dengan sedikit garam
Enak juga di makan begitu sahaja

P/S: Makan dgn nyioq(kelapa) parut pun lg sedap!

Selamat mencuba!
 
Ini gambarnya =)
 


Tuesday, September 11, 2012

Puteri Bersiram =)

Asal: Lepas sudah Ramadhan menjelma lah syawal, yg pasti satu resepi pun masih tak diupload utk syawal ini. Maaf ya kawan2, terbusy dan terhilang sedikit mood..hari nie si Mood sudah pun kembali seperti sediakala =)). Semlm nk mengembirakan hati, apa lg buatlah puteri bersiram nie (nama baru..lebih sopan gitu). Yang pasti berwarna-warni sesuai dgn kehidupan sekrg ini yg lebih warnanya ceria sentiasa selama2nya, Malaysia Maju Negaraku..heheheh (baca ikut rentak lagu yer!). Okey tak mau celoteh banyak2 nk share resepi dgn kwn2. yang pasti mudah dan mak sy suka!

Lokasi: Mom's Kitchen

Bahan2
Bahan A
2 senduk tepung pulut
Air secukupnya
Pewarna merah,hijau dan kuning

Bahan B

2 ketul Gula melaka (gula gerek: nama org perlis panggil) yg jd inti buah melaka.
3 sudu gula pasir
air

Bahan C

Santan (sy pakai santan kotak ja)
sedikit garam
air.

Cara-cara

Bahan A (puterinya)

Tepung diuli dgn air sehingga dpt bentuk bulat2 (mcm nk buat buah melaka)
bahagi kepada 3 bhgn. letak warna kepada setiap adunan. buatkan bulat2 macam guli dan tekan ditgh.. tgk sekali mcm hemoglobin bentuknya.. leper gitu. panaskan air dalm periuk dan masukkan tepung yg dibentukkan ini. tunggu hingga ia timbul ke atas. dan pindahkan ke Bahan C.

Bahan C (kuah santan)

Masak santan dengan air (jika guna santan kotak) dan letak sedikit garam. jgn terlalu pekat. masak dgn api yg perlahan. masukkan Bahan A yg telah masak dan masak utk 5-7 min. (bergantung pada kuantiti).

Bahan B (gula merah)

Masak gula melaka dgn gula pasir bersama sedikit air utk buat air gula merahnya. ikut kepada citarasa msg2 lah. nak pekat pun boleh. nak cair pun boleh. saya buat agak pekat. jadi sedikit ja kita masukkan bila nk makan nanti.

sedia untuk dihidangkan! Sendukkan kedalam bekas dan letak sedikit gula merah tadi. Boleh dimakan ketika panas atau pun sejuk.. sy suka sejuk! rasa mcm cendol..tapi ala2 chewing gum. =)

Tak best plak tak tunjuk gambarkan so.. Taraa!! Ini gambarnyer!



Selamat Mencuba!

Sunday, August 5, 2012

Gulai Ketam bersama Nenas

Asal: Dah 16 Ramadhan hari nie.. cepatnya masa berlalu. maka skill masak pun kena semakin hebatlah. Alhamdulillah hari nie dapat resepi dari bondaku lagi! Terima kasih mak =) Ternyata skill masak2 gulai2 nie dh lepas.. hari nie ke sungai baru, kuala perlis. Sea food tak yah crita lah..memang fresh2.. ada ketam, udang, sotong, kerang, kepah, siput lala, siput retak seribu dan ikan besaq2 lah.. Ikan termenung (ikan kembung) pun memang baru naik dr bot.. air pasang sebab bulan penuh, kata mak, nak beli ketam elok waktu bulan penuh..isi banyak.. memang sah! isi dan lemak ketam nie memang terbaikkk lah =). Menu berbuka puasa hari nie, gulai ketam dgn nenas, ikan termenung bakar, air asam, kangkung goreng belacan dan kuih masalodeh. Alhamdulillah. Tak sabaq nak tunggu adik fauzan balik nak makan ayam golek..hehehe lagi 7 hari. =)

Lokasi: Mom's Kitchen

Bahan2
8 ekor ketam saiz kecil/4 ekor saizz besar
1 biji nenas saiz kecil
1/2 biji kelapa (perah santannya)

Bahan Tumis
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
1 sudu teh halba campur
1 tangkal daun kari
1 paket sebuk kari alagapas ikan/udang/ketam

Cara2
Tumis bawang putih, bawang merah, daun kari dan halba campur hingga kuning dan naik bau.
Masukkan serbuk kari dan masukkan sedikit air. masak hingga naik minyak.
Masukkan ketam dan nenas diikuti dengan santan.
Biar mendidih dan masukkan garam secukup rasa.
Masak hingga ketam masak dan biar mendidih sekali dua.

Dah siap! =) ready utk dihidangkan. Ingatkan susah, rupanya memang mudah. Semua org boleh masak yang penting anda kena rajin mencuba.. tak menjadi tak apa usaha lagi.. kan usaha itu tangga kejayaan.. lama2 terrer lah kan. Selamat mencuba kawan2!

Ini gambar yang sempat diambil setelah berbuka tadi.

Saturday, August 4, 2012

Buahulu Manggis =)

Asal: Hari ini 15 Ramadhan.. menu apa pulak yer nk try.. pastinya menu baru laaa =). Tepung pulut hitam lebihan buat kuih koci 1 ramadhan ari tu masih berbaki. apa lagi dah cantek sangatlah kan.. Ari nie kena overtime ptg..so, buahulu nie di buat ditghari lah..awal dari biasa.. selalu masuk dapur pukul 6 lepas balik keja.. ini lah rutin hidup org yg beker-ja-ya- huhuhu. Apa2 pun enjoy ja memasak di bulan puasa nie =). Resepi nie sy ambil dari blog mat gebu..thank yer!'Dapur Tanpa Sempadan' dah jadi blog kegemaran sudah..ehehe memang menjadi!

Lokasi: Mom's Kitchen. 

BAHAN-BAHANNYA :
 2 biji telur gred A
70 gram gula pasir
1 camca teh ovallate (mat tambah)
1/2 camca teh baking powder
120 gram tepung pulut hitam
50 ml minyak sayur
70 ml santan pekat
Secubit garam
3/4 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :
Panaskan kukusan, lenser acuan2 kecil dengan mentega, tabur sedikit tepung dalam acuan tadi dan ketuk keluar lebihannya. Ketepikan.
Putar gula dengan ovallate hingga rata.
Masukkan baking powder, garam dan telur, putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat seperti adunan boulu. Matikan mesin pengadun.
Ayak tepung pulut hitam tadi ke dalam adunan dan gaul dengan kaedah kaup balik, gunakan spatula, hingga rata.
Masukkan esen vanilla, santan dan minyak sayur, gaul hingga rata dan sebati.
Isi dalam acuan tadi 3/4 penuh, kemudian kukus dengan api sederhana selama 10 - 12 minit.
Keluarkan boulu, biarkan suam dan boleh keluarkan dari acuan. Hias ikut suka dan boleh hidangkan.

Ini lah hasilnya: memang fresh dari Mom's Kitchen lah!
Selamat mencuba!

Monday, July 30, 2012

Mee Bandung Udang

Asal: Dah 10 hari kita berpuasa .. Nasi berlauk ja yang menjadi menu utama.. Jadi petang Isnin nie nak ubah selera sikit.. nak makan mee bandung.. ayam atau daging dah habis stok.. yang tinggal udang kering ja.. apa2 pun nak makan punya pasai.. apa yang ada modified ja =).

Lokasi: Mom's Kitchen

Bahan2
1/2 bungkus mee kuning
100g udang kering (udang isi yang dikeringkan)
kobis
carrot
daun sup/daun bawang
Bunga kobis
lobak/ sawi
( boleh ja letak apa2 sayur yang sesuailah)
fish cake/ fish ball
2 biji telur ayam

bahan2 menumis
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cili mesin
1 sudu besar serbuk cili
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap manis
2 sudu teh pasti sedap
1 sudu teh garam
3 sudu besar gula (ikut sedap)

Cara2
Tumis bawang putih sehingga wangi. masukkan cili mesin dan serbuk cili letakkan air sikit. masukkan udang kering yang telah ditumbuk sedikit. masukkan sos cili dan kicap masukkan air ikut sukatan sendiri (4-5 gelas sy letak).
Biarkan mendidih seketika. masukkan semua bahan perisa(gula+garam+ serbuk pasti sedap) mengikut citarasa. pastikan ia sedikit masin, manis dan masam. masukkan sayur2. mungkin carrot dan bunga kobis boleh diletak awal dan diakhiri dengan kobis dan lobak.
Seblm angkat pecahkan 2 biji telur yang dicampur lada sulah dan biar beberapa minit tanpa kacau kuahnya.
Rebus mee dlm periuk lain dan toskan. setelah siap semuanya sedia untuk dimakan.
Boleh dihias dgn bawang goreng daun sup/daun bawang, cili merah dan limau kasturi.

Tarra dah siap nie gambarnnya!
Selamat Mencuba!

Wednesday, July 25, 2012

Ayam Goreng Ala Melayu

Asal: Menu untuk berbuka puasa ptg nie adalah ayam goreng penyet ala melayu =) di modified sikit dr ayam penyet yang sebelum nie. Alhmdlh..menjadi jgk la.. adik ed kata macam beli kat kedai lah kak..ahaks! =))

Lokasi: Mom's Kitchen

Bahan2
4 ketul ayam (diletak garam kunyit)
sebuk pasti sedap/serbuk cukup rasa

bahan kisar/tumbuk
1 btg serai
2 biji bawang merah
3 buji bawang putih
4 biji cili hijau/ cabai melaka
1/2 inci halia
1 sudu kecil jintan manis

Cara2
Tumbuk atau kisar bahan2 kisar diatas. ayam diletak garam kunyit secukupnya. semua bahan ini dilumur kpd ayam yg telah dikelar. Perap utk 30min -1 jam. setelah diperap, ayam ini di masukkan kedalam periuk dan sedikit air (1/2 cwn air) dan ditutup. masak sehingga air sedikit kering.
tunggu biar ayam sejuk sedikit, letakkan tepung jagung+serbuk pasti sedap (selup/salut ayam tadi dgn tepung jagung) biar tepung melekat dengan sempurna kat ayam tersebut.
Kemudian, sedia utk digoreng dgn minyak kelapa sawit sehingga golden brown. seblm mkn potong2kan ayam2 ini..(isinya memang lembut). Ayamnya pun rangup. Sedia utk dimakan.

Selamat mencuba!
taraa! nie gambaqnya =)

Monday, July 9, 2012

Lontong

Asal: Terasa nk makan lontong .. baru2 nie kak rohaiza ada masakkan lontong waktu meeting..sedap! jadi mengambil inisiatif sendiri masak bersama bondaku.. =) Alhmdlh.. agak menjadi .nasul ambil dr my resepi dan modified sikit2..

Lokasi: Mom's kitchen

Bahan2
 
Bahan-bahan ( 10 orang )
Bahan yg dikisar halus * :-
  • *10 tangkai cili kering
  • *2 biji bawang besar  
  • *2 ulas bawang putih  
  • *1 jari kunyit hidup  
  • *1 hiris halia  
  • *2 sudu udang kering  
  • *2 sudu ikan bilis  
  • *sedikit belacan - jika suka  
  • *2 sk jintan kasar - sangar 
  •  
  • 2 batang serai - dititik
  •  4 helai daun salam  
  • 1/2 jari lengkuas - diketuk  
  • 200 g udang hidup yg dikupas kulit
  •  
  • Bahan sayur di potong kecil ikut cara masing2 :-
  •  
  • 1/2 biji kobis  
  • 8 batang kacang panjang  
  • 1 batang lobak merah  
  • 1 biji sengkuang kecil  
  • 1 biji terung panjang  
  • 1 keping tahu kering - rendam  
  • 4 biji kentang  
  • 4 keping tauhu - di potong kecil dan goreng  
  • 4 keping tempe - dipotong dan digoreng  
  • 2 ikat su'un - direndam  
  • lada merah dan hijau - dipotong serong  
  • 2 ltr santan pekat dan cair - drpd 3 biji kelapa  
  • air secukupnya  
  • garam secukup rasa  
  • 1/4 cawan minyak utk menumis 
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi.Masukkan udang dan tumis lagi dan masukkan santan,daun salam,lengkuas dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan sayur2an bermula dgn yg keras dulu dan tambah air secukupnya hingga sayur tenggelam. Bubuh garam secukup rasa dan masak lagi hingga mendidih dan sayur lembut.
   3.    Hidang sayur lodeh dgn lontong,ketupat atau nasi himpit dan juga sambal tumis dan serunding.
P/S:
Nasul buat utk 1/3 dr resepi nie ja.. pakai 1 biji kelapa ja. nasul lebihkan udang kering dan ikan bilis.
Cara2 dia pun senang sgt.. cuma prepare sendiri lah nasi impit tu.. nasul letak beras yg dh basuh dlm plastik dan seal pakai lilin. buat lubang kat plastik tu dgn garfu.. pastu masak dlm periuk dgn air yg agak banyak lah..boleh jugak pakai ketupat sate NONA.
Sambal tumis plak buat mcm sambal tumis ikan bilis makan dgn nasi lemak tu.. ikan bilis nasul tak campur..rangup lg sedap!
Taraa.. dh siap! =)


Wednesday, June 20, 2012

Anion bread


Asal: Tetiba ja teringat nk makan anion bread nie..pasangan yang ngam iaitu mushroom soup dr office td.. meeting agro hari ni..lebih banyak.. thanks to kak rohaiza siap bawakkan plastik utk bawak balik..i like!

Lokasi: mom's Kitchen

Bahan2
Roti potong
serbuk oregano
butter
1 ulas kecil bawang putih (cincang halus)

Cara2
roti potong bakar dalam pembakar roti.
mixkan butter, serbuk oregano dan bawang putih
sapu mixed butter nie kat roti yg panas2 tadi.
Tarra siap di makan!

Credit to Amie atas resepi yang 6 tahun lepas..(kenangan master, kat umah kak ampa =))

Saturday, June 2, 2012

Ayam masak Lada Hitam

Asal: Tetiba ja dpt idea nk masak ayam black pepper.. lg pun nk menghabiskan sos lada hitam dalam freeze.. tak sangka pulak menjadi! ahaks! senang ja.. masak ala2 papric ayam cuma warna ja black2 sikit.. =)

Lokasi: Mom's Kitchen ( bila la nk ada nasul's Kicthen :p)

Bahan2
1/2 ekor ayam (letak garam kunyit dan goreng separuh masak)
bunga kobis (ikut suka)
bonkoli (ikut suka)
2 biji tomato
1 labu bawang besar (dipotong bulat2)
2-3 helai daun limau purut
5-6 sudu besar soso lada hitam
2 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap manis
1 sudu teh pasti sedap
1 susu teh gula
sedikit air
3-4 biji cili kecil (cabai melaka-dibelah2/ tindik)
cili benggala pun bleh letak jugak.

bahan utk menumis
2 ulas bawang putih
sedikit halia.

cara2
Tumis bahan tumis hingga garing. masukkan sos lada hitam+sos tiram+kicap manis+air+pasti sedap+gula. masukkaan semua sayur2+daun limau purut. rasa biar cukup rasa (ikut sedap). masukkan ayam goreng tadi dan masak lebih kurang 5-8 min lagi. akhirnya masukkan bawang besar untuk 1 min dan siap utk dihidangkan! =)
taraa.. =) ini hasilnya..

Monday, May 21, 2012

Chiffon Roll Cake

Asal: Dah lama rasanya tak berkongsi resepi baru yer.. sibuk jer memanjang dan selalu buat tak menjadi air tangan nie. tetiba ja mulakan balik hobi lama =) i like! Terjumpa buku di sebuah kedai menjual bhn kek "resepi kek gulung" simple ja nama buku nie. tapi meletup! booomb! hehehe..


Lokasi: Mom's Kitchen <3

Bahan-bahan
100g tepung putih lagi halus(blue key warna oren)
4 biji telur
70 g gula castor
1/2 sudu cream of tar-tar
1/2 sudu sodabikarbonat
1/2 sudu esen pandan/ vanilla
60 g minyak (sunflower oil, corn oil or any seeds oils)
80 g air masak (suhu bilik)

Cara-cara membuatnya
asingkan putih telur dan kuning telur, masuk dlm bekas berasingan.

Bekas A (MARIQUE)
Masukkan putih telur dan putar selama seminit dgn kelajuan yg tinggi. kemudian masukkan 1/2 sudu kecil cream of tar-tar dan gula castor (gula yg dah dimesin). putar sehingga ia berpuncak ( jika terbalikkan bekas itu marique tu tak jatuh kebawah).

Bekas B
masukkan kuning telur+(tepung putih lagi halus+1/2 sodabikarbonat)ayak 3 kali, air dan minyak ke dalam bekas B ini. gunakan pemukul telur, pukul campuran ini (pukul manja2 ja ya) sehingga sebati dan cantik (tak berbintil2).

Seterusnya...
masukkan marique dari bekas A ke dalam bekas B secara sedikit demi sedikit hingga habis. pukul guna tangan ja(pukul manja2 jugak). kemudian masukkan esen pandan or vanilla atau perisa blue berry..ikut citarasa. Setelah semuanya sebati, asingkan memngikut warna pilihan, jika ingin membuat gambar anggur bahagikan kepada 2 warna (ungu dan hijau-sedikit ja utk dibuat lukisan). adunan yang selebihnya letak lah warna basic yang pudar sedikit.

menggunakan loyang empat segi dan kertas minyak, mula melukis titik2 ungu dan daun hijau di atas kertas minyak tersebut. kemudian masukkan dalam ketuhar 160 degree celcius selama seminit untuk lukisan tadi keras sedikit supaya tidak bercampur dengan adunan banyak tadi. setelah seminit keluarkan loyang dari ketuhar dan letakkan adunan yang lebih ke atasnya dan ratakan supaya lukisan tadi tertutup keseluruhannya. masak selama 20 minit lagi. Setelah itu keluarkan dari ketuhar dan terbalikkan ke atas kertas minyak yang baru. lekangkan kertas minyak dari kek tadi dan terbalikkan seperti asal.
tunggu 2 minit dan buat 2 potongan jgn sampai putus dibahagian hujung kek (hujung yg berhadapan dgn kita). sapukan jem/cream atas kek dan mula menggulung dgn kemas. tarraaaa!

Maka terhasillah Chiffon Roll Cake!!
SELAMAT Mencuba!

Tuesday, March 13, 2012

Puding Sago bersantan Gula Melaka

Asal: Setelah mata berpinaq2 dan otak agak semakin tepu.. mula lah mata nk membuka blog2 masak2 nie.. =) bila stress elok makan benda yg sweet2 supaya hormon gembira terhasil.. pelikkan.. makan pun bleh gembira.. apa2 ja lah... nie nk kongsi resepi yg diambil dr internet gak la.. google ja.. sesiapa pun bleh masak asalkan R.A.J.I.N.. betul tak??? =) Nak kata rajin.. tak lah jugak.. bila masa2 mcm nie mula nk cuba resepi baru.. taraaa nie resepi nya!

Lokasi: Mom's Kitchen
Puding Sago bersantan Gula Melaka
Bahan2

300gm sago biji
2 liter air
1 sudu teh paste pandan

Santan
1 cwn santan pekat dan 1 cawan air + sedikit garam (jika pakai santan kotak masak selama 5-7 min)
atau boleh ja pakai santan fresh dr coconut.. =) + sedikit garam jugak (tak perlu lah masak jika fresh coconut milk)

Gula
1-2 keping gula melaka
1/2 cwn gula putih dan 1 cwn air. masak hingga larut semua gula ini.
sejukkan dulu seblm makan yer!


Cara2
didihkan air dalam periuk dan masukkan sago dan 1 sudu teh paste pandan..
kalo ada daun pandan letak lah sekali. masak hingga jadi jernih.. maksudnya tak nampak putih2 lagi. tunggu lah 2-3 min dan basuh dgn air untuk buang kanjinya menggunakan penapis. setelah dh habis dibuang kanjinya.. sago ni akan nampak dan rasa sebiji2..
toskan airnya dan masukkan dalam acuan2 yg suka.. ikut citarasa lah.. kalo malas, masuk ja dlm loyang ..bila nk makan ceduk ja dgn sudu or camca.. nasul agak rajin lah hehehh.. masukkan dalam acuan apum..
Kemudian masukkan dalam peti sejuk selama 1 jam.. dan sedia di makan dgn santan dan air gula melaka.
memang yummy lah! terasa gembira makan bersama mak tercinta! =)
Gemuklah lama2 mak saya..heheh

Selamat mencuba!

Tuesday, February 21, 2012

Roti Jala & Serawa Ubi Jagung

Asal: Terkenangkan kuih jala yg mkn kat depan sekolah derma dkt dgn hospital tunku fauziah... sedap bangat! smp teringat2..(mimpi2..=)) rasanya yg agak lembut didlm dan agak rangup diluar dah menambat hati  supaya mencuba buat mcm kuih jala nie.. Kes nak habis kan serawa ubi+jagung yg mak buat kelmarin, makanya terciptalah kuih jala Puteri Mahsuri nie =)..

Lokasi: Mom's Kitchen

Bahan2

11/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung jagung
1 cwn susu cair/ susu segar
1 cwn air
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 biji telur
sedikit pewarna kuning@ kunyit

Cara2

Campurkan tepung gandum dan tepung jagung dlm bekas. Masukkan gula dan garam. masukkan susu cair dan air, telur yg telah dipukul. pukul dgn tgn sehingga sebati jgn berketul2.. kalo berketul2 tapis lah dulu. masukkan pewarna kuning (mengikut citarasa mata masing2 =)).
Siap utk di tebarkan jala2 nyer! nasul guna daun pisang buat mcm corong dan mula melukis2 jala tu mengikut kreativiti sendiri.. ini kes acuan lubang roti jalanya besar sgt lah =p. cara tradisional..coz kat kg kan..pokok pisang kat belakang rumah jer.. pada yg tinggal kat bandar tu.. mungkin bleh guna plastik atau cara lain yg bersesuaian lah.. tebarlah jala nyer atas non-stick pan. sapu minyak sikit seblm tebar tu..
Tunggu hingga agak garing dan kekuningan sikit.. mulalah melipat2. taraaa! dah siap!
ni gambar nyer..

p/s: boleh dimakan dgn gulai sardin, kari daging or kuah dal. nasul makan dgn serawa nie lah.. sedap!
Dan bleh ckp perfect lah! sesuai dgn citarasa mak saya! =)

Wednesday, February 8, 2012

Bun Lembut Puteri Mahsuri =)

Asal: Pagi -pagi dh makan bun jual kat punch card.. cheese bun..sedap dan amat lembut! Apa lagi nk makan punya pasal..google lah.. terjumpa lah "Bun Lembut Osaka"..
misi yg seterusnya pegi beli lah kat Kedai Kek Yumi tepung roti.. baru tau yg tepung roti nie tak sama langsung dgn tepung gambum dr structure particle nya..  heheh ala2 chemistry gitu! Lepas ja tgk gemersik kalbu.. dan refreshment mula lah membuat doh roti nie.. dlm hati risau gak takut2 tak jadi!..

Alhmdlh..menjadi jugak.. cuma kelembutan roti nie tak boleh capai kelembutan bun pagi tadi.. kena bnyk improve lg nie.. huhuhhu rasanya lepas nie kena tambah bread softener.. mak suka! itu yg penting =) berbunga2 hati..ahaks!

Thanks to kak not jugak lah memberi idea2 martin steward... Kek karemal pun amat2 sedap! =)walaupun 2 pagi sempat lg membuat kuah laksa..heheh.. maacam nak raya pulak! bersemangat mak sambut anak and menantu sulung dia!!! bertuahnya ampa... =)

Lokasi: Mom's Kitchen with Chef Not!

Resepi nie di ambil dr blog ni:Tqvm kak ros!
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya ( Untuk Doh)
300gram tepung roti
80gram tepung gandum
2sudu besar water roux
1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss nanti)
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
1/3 sudu kecil garam
2 sudu kecil yis
160 ml air suam
* untuk gliss*
baki telur + 2 sudu besar susu
resepi water roux, ros buat separuh adunan je, adunan penuh di blog MamaFami, thankyou Mama
25 gram tepung gandum
125 ml air

cara-cara untuk membuat water roux masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)

Cara-caranya ( Doh Roti)
1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 16 bahagian kecil, dan bulat-bulatkan kemudian susun atas dulang pembakar atau dalam acuan bulat 18cm. Boleh juga susun dalam acuan petak. Pastikan dulang pembakar di alas dengan baking sheet atau digliss dahulu dengan marjerin.
5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dengan baki telur+susu tadi,  akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun. Selamat Mencuba.
SELAMAT MENCUBA


Sunday, January 15, 2012

Banana Chocolate Chip Cake

Asal Resepi: Weekend Activity.. apa lg buat lg new recipe! =) Buat dgn sokongan mak dan adik2ku.. kiranya diorg lah ketua chefnya.. komen okey ke tak... apa2 pun enjoy ja weekend nie dgn resepi baru dpt di link seperti berikut.. google.. ja  =)
BANANA CHOCOLATE RICE CAKE ..tapi dh diubah suai kepada chocolate chip =)) Buku Lovely Butter Cakes oleh Amy Wong & KS Lee

Lokasi: Mom's Kitchen
BANANA CHOCOLATE CHIP CAKE
Bahan A:-
150 gm butter cup
150 gm gula kastor
3 biji telur
100 gm susu segar
100 gm pisang ranum yang dilecek

Bahan B:-
200 gm tepung tepung naik sendiri (BLUE KEY kotak warna pink)
30 gm chocolate chip or rice 
1/4 sudu teh soda bikarbonat
Hiasan:-
chocolate rice
hirisan badam

Cara-Cara:-
Pukul marjerin (mentega) dan gula hingga nampak keputihan.
Masukkan telor satu per satu (*pukul telur hingga bercampur rata, baru dimasukkan yang berikutnya.) Pukul hingga sebati.
Secara berselang seli, masukkan bahan B dan susu, adun rata.
Perlahan-lahan masukkan pula pisang lecek dan gaul sebati dengan spatula.
Tuangkan ke dalam loyang saiz 8x3x3 inci yang telah digris dan dialas ATAU masukkan adunan ½ penuh kedlm paper cup cake mcm gambar dibawah.
Ratakan adunan dan susun hirisan pisang di atasnya. (akak tabur jugak hirisan badam). Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170°C selama 25 minit/hingga masak.

SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, January 11, 2012

Potato Tart

Asal Resepi: google punya google..terjumpa lah resepi nie.. mai lah kongsi sama2.. pastinya sedap dan mengenyangkan =)


Lokasi: Bandar Baru Guar Nangka




Bahan-bahannya* 5 biji kentang dikupas basuh bersih dan diparut halus* 1 biji karot di kupas dibasuh dan diparut halus* 1/2 biji bawang besar juga dipotong dadu* sedikit potongan daun bawang dan daun sup* 5 sosej mushroom ayamas* 1/4 cawan susu* 3 biji telur* 1/2 cwn mozzarella cheese
* serbuk pasti sedap atau serbuk cukup rasa dan serbuk lada putih secukup rasa.



Cara2

1- Campurkan parutan kentang dan carrot  dalam satu bekas.Perah keluar airnya sebanyak yang boleh. masukkan bawang, lada sulah, daun sup dan daun bawang, sosej yg dipotong dadu.
2- Susu dipukul bersama telur dan serbuk perasa (pasti sedap atau cukup rasa) tuangkan ke dalam campuran kentang tadi.kacau rata.Masukkan cheese mozarela dan gaul sebati. rasa biar cukup masin nya.
3- Sapukan butter atau minyak masak sekeliling muffin pan.Masukkan sesudu besar adunan kedalam acuan dan letakkan sedikit cheese mozarella diatasnya.
4- Bakar dgn kepanasan 190C selama lebih kurang 20 minit atau sampai cheese bertukar keperangan.Sejukkan seketika sebelum dikeluarkan . 
5- Siap dihidang bersama sos pilihan atau makan begitu sahaja. makan ketika panas lg best! terasa mozarella cheese nya.. =)



Ini hasil kreativiti dan air tgnku.. =)





Tuesday, January 10, 2012

Cendawan Goreng Puteri Mahsuri

Asal Resepi: Weekend yg amat best! Siap boleh berkelah di belakang rumah =) Try and error punya resepi..Last2 menjadi jugak..Alhamdulillah =)
Lokasi: Dapur bonda =)
Bahan2
3 Sudu besar tepung naik sendiri
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu kfc soda baking powder
1 sudu Kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk lada sulah
2 sudu kecil pasti sedap atau cukup rasa.
Cendawan
Cara2
Satukan dan gaulkan semua bahan2 di atas kecuali cendawan. ayak semua campuran ini supaya sebati. Basuh dan toskan cendawan. kemudian carik2 kan cendawan ini menjadi sedikit kecil. Salutkan cendawan ini dengan tepung campuran ini dan sedia digoreng dgn minyak panas.
 Kemudian siap utuk dimakan..makan saja tanpa sos pun sedap! tambah2 ada sos!=)
Ini hasilnya..dptlah sepinggan cendawan goreng.

Mayonnaise Pancake

Asal Resepi: Setelah berpinar2 mata membaca jurnal2..nk refresh la mata nie..apa lg blog mat gebu menjadi pilihan =) Credit to blog masak2 mat gebu.
Lokasi: Mom's Kitchen

Bahan2
3/4 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
1/2 camca teh baking powder
1 biji telur gred "
A
"
1 1/2 camca besar gula halus
30 g buttercup, dicairkan
1 camca besar mayonnaise
1/2 cawan susu cair (susu sejat)
1/2 camca teh esen vanilla
Mentega, madu dan buah2 segar untuk dimakan bersama pancake
Letak banana & honey jer!
CARA MEMBUATNYA :-)
1.       Satukan tepung naik sendiri, baking powder dan garam halus, gaul rata dan ayak. Dalam satu bekas, masukkan telur, gula, mentega cair dan mayonnaise, kacau dengan whisk sehingga semua sebati dan rata.
2.       Masukkan susu, kacau dan tambah tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan rehatkan adunan 20 minit.
3.       Panaskan non-stick frying pan(mat guna saiz 4 inci) pada api sederhana. Lenser dengan sedikit minyak (mat sapu permukaan kuali tadi dengan paper towel bersih yang dicelup sedikit minyak). Sudukan anggaran 4 camca besar adunan tadi. Ratakan.
4.       Tutup pan tadi dengan tudung periuk sekejap. Bila permukaan pancake berbuih2 dan kelihatan agak kering, perlahan2 terbalikkan. Masak lagi untuk 1 minit atau hingga keperangan. Alih dalam bekas sesuai dan buat kaedah yang sama untuk baki adunan.
5.       Hidangkan bersama mentega, buah2an segar dan curahan madu
Ini hasil air tanganku ;)

SELAMAT MENCUBA!