Ahlan Wasahlan Wa Bimarhabam Bikum!

Bismillah Hirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhuwah!

Selamat melayari laman blog "My Sweet Home" yang menempatkan perkongsian resepi-resepi dan hobi-hobi seorang yang bergelar Puteri @ Wanita! Laman ini dihasilkan bagi berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat kepada sahabat, kawan dan rakan..teristemewa kepada yg bergelar Puteri @ Wanita!

Diharapkan sahabat-sahabat dapat memberi komen2 dan idea2 yang baru bagi menambahbaikan blog ini dimasa depan..agar lebih menarik dan memupuk minat kita menjadi seorang Puteri @Wanita serba boleh disamping menjadi anak, isteri dan ibu yang solehah di masa depan..

Selamat Melayari "My Sweet Home" semoga hari-hari anda sentiasa indah bak bulan purnama dan sentiasa ceria bak sinar mentari pagi!


Monday, July 30, 2012

Mee Bandung Udang

Asal: Dah 10 hari kita berpuasa .. Nasi berlauk ja yang menjadi menu utama.. Jadi petang Isnin nie nak ubah selera sikit.. nak makan mee bandung.. ayam atau daging dah habis stok.. yang tinggal udang kering ja.. apa2 pun nak makan punya pasai.. apa yang ada modified ja =).

Lokasi: Mom's Kitchen

Bahan2
1/2 bungkus mee kuning
100g udang kering (udang isi yang dikeringkan)
kobis
carrot
daun sup/daun bawang
Bunga kobis
lobak/ sawi
( boleh ja letak apa2 sayur yang sesuailah)
fish cake/ fish ball
2 biji telur ayam

bahan2 menumis
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cili mesin
1 sudu besar serbuk cili
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap manis
2 sudu teh pasti sedap
1 sudu teh garam
3 sudu besar gula (ikut sedap)

Cara2
Tumis bawang putih sehingga wangi. masukkan cili mesin dan serbuk cili letakkan air sikit. masukkan udang kering yang telah ditumbuk sedikit. masukkan sos cili dan kicap masukkan air ikut sukatan sendiri (4-5 gelas sy letak).
Biarkan mendidih seketika. masukkan semua bahan perisa(gula+garam+ serbuk pasti sedap) mengikut citarasa. pastikan ia sedikit masin, manis dan masam. masukkan sayur2. mungkin carrot dan bunga kobis boleh diletak awal dan diakhiri dengan kobis dan lobak.
Seblm angkat pecahkan 2 biji telur yang dicampur lada sulah dan biar beberapa minit tanpa kacau kuahnya.
Rebus mee dlm periuk lain dan toskan. setelah siap semuanya sedia untuk dimakan.
Boleh dihias dgn bawang goreng daun sup/daun bawang, cili merah dan limau kasturi.

Tarra dah siap nie gambarnnya!
Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment