Ahlan Wasahlan Wa Bimarhabam Bikum!

Bismillah Hirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhuwah!

Selamat melayari laman blog "My Sweet Home" yang menempatkan perkongsian resepi-resepi dan hobi-hobi seorang yang bergelar Puteri @ Wanita! Laman ini dihasilkan bagi berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat kepada sahabat, kawan dan rakan..teristemewa kepada yg bergelar Puteri @ Wanita!

Diharapkan sahabat-sahabat dapat memberi komen2 dan idea2 yang baru bagi menambahbaikan blog ini dimasa depan..agar lebih menarik dan memupuk minat kita menjadi seorang Puteri @Wanita serba boleh disamping menjadi anak, isteri dan ibu yang solehah di masa depan..

Selamat Melayari "My Sweet Home" semoga hari-hari anda sentiasa indah bak bulan purnama dan sentiasa ceria bak sinar mentari pagi!


Thursday, October 18, 2012

Apam Pisang Coklat Chip

Asal: Ceritera tersebutlah kisah, si pisang emas berkawan dengan si coklat chip. Berfikir bagaimana utk bersatu dan berpadu, berbagai cara dan idea telah difikirkan, akhirnya kata sepakat bersetuju untuk bersatu dalam sebuah mahligai apum yang gebu lagi sedap! =)
Ahaks, cerita yg direka semata-mata.. :D. Nak share dgn semua kawan2 resepi yg diambil dari blog masam manis kak ita http://fromintankitchen.blogspot.com/search/label/APAM.. Suka sgt cuba resepi kak ita nie.. alhmdlh semuanya menjadi! tak percaya??? cuba lah sendiri ..hehehe

Lokasi: Mom's Kitchen

Bahan2

5 biji pisang emas ~ kalau pisang besar dlm 3 biji
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh esen pisang
secubit garam
70 ml minyak masak
1/2 cawan gula perang
2 biji telur ~ gred A
1 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh ovelate
3 sudu besar coklat urai
Cara2
Panaskan kukusan
Balut tutup kukus dengan kain
Sediakan acuan kecil atau loyang
Oleskan acuan atau loyang dengan sedikit minyak masak

Blendkan pisang hinga halus, kemudian tambahkan esen pisang dan soda bikarbonat ~ ketepikan
Dalam bekas lain satukan tepung gandum, garam dan baking powder.
Kemudian ayak ~ ketepikan
Masukkan telur, ovelate, gula perang dan minyak ke dalam blender tadi.
blend adunan sehingga pekat dan berkerim
Masukkan dalam bekas.
Kemudian masukkan tepung+garam+baking powder kedalam bekas adunan pisang td.
Kacau sebati
Akhir sekali masukkan coklat urai, dan gaul sempurna

Tuangkan adunan ke dalam acuan atau loyang
Kukus adunan selama 20 ~ 25 minit jika menggunakan acuan kecil dan 45 minit jika menggunakan loyang
Keluarkan apam dari acuan setelah masak.
Bolehlah di makan bersama kelapa parut yang di gaulkan dengan sedikit garam
Enak juga di makan begitu sahaja

P/S: Makan dgn nyioq(kelapa) parut pun lg sedap!

Selamat mencuba!
 
Ini gambarnya =)
 


Tuesday, September 11, 2012

Puteri Bersiram =)

Asal: Lepas sudah Ramadhan menjelma lah syawal, yg pasti satu resepi pun masih tak diupload utk syawal ini. Maaf ya kawan2, terbusy dan terhilang sedikit mood..hari nie si Mood sudah pun kembali seperti sediakala =)). Semlm nk mengembirakan hati, apa lg buatlah puteri bersiram nie (nama baru..lebih sopan gitu). Yang pasti berwarna-warni sesuai dgn kehidupan sekrg ini yg lebih warnanya ceria sentiasa selama2nya, Malaysia Maju Negaraku..heheheh (baca ikut rentak lagu yer!). Okey tak mau celoteh banyak2 nk share resepi dgn kwn2. yang pasti mudah dan mak sy suka!

Lokasi: Mom's Kitchen

Bahan2
Bahan A
2 senduk tepung pulut
Air secukupnya
Pewarna merah,hijau dan kuning

Bahan B

2 ketul Gula melaka (gula gerek: nama org perlis panggil) yg jd inti buah melaka.
3 sudu gula pasir
air

Bahan C

Santan (sy pakai santan kotak ja)
sedikit garam
air.

Cara-cara

Bahan A (puterinya)

Tepung diuli dgn air sehingga dpt bentuk bulat2 (mcm nk buat buah melaka)
bahagi kepada 3 bhgn. letak warna kepada setiap adunan. buatkan bulat2 macam guli dan tekan ditgh.. tgk sekali mcm hemoglobin bentuknya.. leper gitu. panaskan air dalm periuk dan masukkan tepung yg dibentukkan ini. tunggu hingga ia timbul ke atas. dan pindahkan ke Bahan C.

Bahan C (kuah santan)

Masak santan dengan air (jika guna santan kotak) dan letak sedikit garam. jgn terlalu pekat. masak dgn api yg perlahan. masukkan Bahan A yg telah masak dan masak utk 5-7 min. (bergantung pada kuantiti).

Bahan B (gula merah)

Masak gula melaka dgn gula pasir bersama sedikit air utk buat air gula merahnya. ikut kepada citarasa msg2 lah. nak pekat pun boleh. nak cair pun boleh. saya buat agak pekat. jadi sedikit ja kita masukkan bila nk makan nanti.

sedia untuk dihidangkan! Sendukkan kedalam bekas dan letak sedikit gula merah tadi. Boleh dimakan ketika panas atau pun sejuk.. sy suka sejuk! rasa mcm cendol..tapi ala2 chewing gum. =)

Tak best plak tak tunjuk gambarkan so.. Taraa!! Ini gambarnyer!



Selamat Mencuba!

Sunday, August 5, 2012

Gulai Ketam bersama Nenas

Asal: Dah 16 Ramadhan hari nie.. cepatnya masa berlalu. maka skill masak pun kena semakin hebatlah. Alhamdulillah hari nie dapat resepi dari bondaku lagi! Terima kasih mak =) Ternyata skill masak2 gulai2 nie dh lepas.. hari nie ke sungai baru, kuala perlis. Sea food tak yah crita lah..memang fresh2.. ada ketam, udang, sotong, kerang, kepah, siput lala, siput retak seribu dan ikan besaq2 lah.. Ikan termenung (ikan kembung) pun memang baru naik dr bot.. air pasang sebab bulan penuh, kata mak, nak beli ketam elok waktu bulan penuh..isi banyak.. memang sah! isi dan lemak ketam nie memang terbaikkk lah =). Menu berbuka puasa hari nie, gulai ketam dgn nenas, ikan termenung bakar, air asam, kangkung goreng belacan dan kuih masalodeh. Alhamdulillah. Tak sabaq nak tunggu adik fauzan balik nak makan ayam golek..hehehe lagi 7 hari. =)

Lokasi: Mom's Kitchen

Bahan2
8 ekor ketam saiz kecil/4 ekor saizz besar
1 biji nenas saiz kecil
1/2 biji kelapa (perah santannya)

Bahan Tumis
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
1 sudu teh halba campur
1 tangkal daun kari
1 paket sebuk kari alagapas ikan/udang/ketam

Cara2
Tumis bawang putih, bawang merah, daun kari dan halba campur hingga kuning dan naik bau.
Masukkan serbuk kari dan masukkan sedikit air. masak hingga naik minyak.
Masukkan ketam dan nenas diikuti dengan santan.
Biar mendidih dan masukkan garam secukup rasa.
Masak hingga ketam masak dan biar mendidih sekali dua.

Dah siap! =) ready utk dihidangkan. Ingatkan susah, rupanya memang mudah. Semua org boleh masak yang penting anda kena rajin mencuba.. tak menjadi tak apa usaha lagi.. kan usaha itu tangga kejayaan.. lama2 terrer lah kan. Selamat mencuba kawan2!

Ini gambar yang sempat diambil setelah berbuka tadi.

Saturday, August 4, 2012

Buahulu Manggis =)

Asal: Hari ini 15 Ramadhan.. menu apa pulak yer nk try.. pastinya menu baru laaa =). Tepung pulut hitam lebihan buat kuih koci 1 ramadhan ari tu masih berbaki. apa lagi dah cantek sangatlah kan.. Ari nie kena overtime ptg..so, buahulu nie di buat ditghari lah..awal dari biasa.. selalu masuk dapur pukul 6 lepas balik keja.. ini lah rutin hidup org yg beker-ja-ya- huhuhu. Apa2 pun enjoy ja memasak di bulan puasa nie =). Resepi nie sy ambil dari blog mat gebu..thank yer!'Dapur Tanpa Sempadan' dah jadi blog kegemaran sudah..ehehe memang menjadi!

Lokasi: Mom's Kitchen. 

BAHAN-BAHANNYA :
 2 biji telur gred A
70 gram gula pasir
1 camca teh ovallate (mat tambah)
1/2 camca teh baking powder
120 gram tepung pulut hitam
50 ml minyak sayur
70 ml santan pekat
Secubit garam
3/4 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :
Panaskan kukusan, lenser acuan2 kecil dengan mentega, tabur sedikit tepung dalam acuan tadi dan ketuk keluar lebihannya. Ketepikan.
Putar gula dengan ovallate hingga rata.
Masukkan baking powder, garam dan telur, putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat seperti adunan boulu. Matikan mesin pengadun.
Ayak tepung pulut hitam tadi ke dalam adunan dan gaul dengan kaedah kaup balik, gunakan spatula, hingga rata.
Masukkan esen vanilla, santan dan minyak sayur, gaul hingga rata dan sebati.
Isi dalam acuan tadi 3/4 penuh, kemudian kukus dengan api sederhana selama 10 - 12 minit.
Keluarkan boulu, biarkan suam dan boleh keluarkan dari acuan. Hias ikut suka dan boleh hidangkan.

Ini lah hasilnya: memang fresh dari Mom's Kitchen lah!
Selamat mencuba!

Monday, July 30, 2012

Mee Bandung Udang

Asal: Dah 10 hari kita berpuasa .. Nasi berlauk ja yang menjadi menu utama.. Jadi petang Isnin nie nak ubah selera sikit.. nak makan mee bandung.. ayam atau daging dah habis stok.. yang tinggal udang kering ja.. apa2 pun nak makan punya pasai.. apa yang ada modified ja =).

Lokasi: Mom's Kitchen

Bahan2
1/2 bungkus mee kuning
100g udang kering (udang isi yang dikeringkan)
kobis
carrot
daun sup/daun bawang
Bunga kobis
lobak/ sawi
( boleh ja letak apa2 sayur yang sesuailah)
fish cake/ fish ball
2 biji telur ayam

bahan2 menumis
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cili mesin
1 sudu besar serbuk cili
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap manis
2 sudu teh pasti sedap
1 sudu teh garam
3 sudu besar gula (ikut sedap)

Cara2
Tumis bawang putih sehingga wangi. masukkan cili mesin dan serbuk cili letakkan air sikit. masukkan udang kering yang telah ditumbuk sedikit. masukkan sos cili dan kicap masukkan air ikut sukatan sendiri (4-5 gelas sy letak).
Biarkan mendidih seketika. masukkan semua bahan perisa(gula+garam+ serbuk pasti sedap) mengikut citarasa. pastikan ia sedikit masin, manis dan masam. masukkan sayur2. mungkin carrot dan bunga kobis boleh diletak awal dan diakhiri dengan kobis dan lobak.
Seblm angkat pecahkan 2 biji telur yang dicampur lada sulah dan biar beberapa minit tanpa kacau kuahnya.
Rebus mee dlm periuk lain dan toskan. setelah siap semuanya sedia untuk dimakan.
Boleh dihias dgn bawang goreng daun sup/daun bawang, cili merah dan limau kasturi.

Tarra dah siap nie gambarnnya!
Selamat Mencuba!

Wednesday, July 25, 2012

Ayam Goreng Ala Melayu

Asal: Menu untuk berbuka puasa ptg nie adalah ayam goreng penyet ala melayu =) di modified sikit dr ayam penyet yang sebelum nie. Alhmdlh..menjadi jgk la.. adik ed kata macam beli kat kedai lah kak..ahaks! =))

Lokasi: Mom's Kitchen

Bahan2
4 ketul ayam (diletak garam kunyit)
sebuk pasti sedap/serbuk cukup rasa

bahan kisar/tumbuk
1 btg serai
2 biji bawang merah
3 buji bawang putih
4 biji cili hijau/ cabai melaka
1/2 inci halia
1 sudu kecil jintan manis

Cara2
Tumbuk atau kisar bahan2 kisar diatas. ayam diletak garam kunyit secukupnya. semua bahan ini dilumur kpd ayam yg telah dikelar. Perap utk 30min -1 jam. setelah diperap, ayam ini di masukkan kedalam periuk dan sedikit air (1/2 cwn air) dan ditutup. masak sehingga air sedikit kering.
tunggu biar ayam sejuk sedikit, letakkan tepung jagung+serbuk pasti sedap (selup/salut ayam tadi dgn tepung jagung) biar tepung melekat dengan sempurna kat ayam tersebut.
Kemudian, sedia utk digoreng dgn minyak kelapa sawit sehingga golden brown. seblm mkn potong2kan ayam2 ini..(isinya memang lembut). Ayamnya pun rangup. Sedia utk dimakan.

Selamat mencuba!
taraa! nie gambaqnya =)

Monday, July 9, 2012

Lontong

Asal: Terasa nk makan lontong .. baru2 nie kak rohaiza ada masakkan lontong waktu meeting..sedap! jadi mengambil inisiatif sendiri masak bersama bondaku.. =) Alhmdlh.. agak menjadi .nasul ambil dr my resepi dan modified sikit2..

Lokasi: Mom's kitchen

Bahan2
 
Bahan-bahan ( 10 orang )
Bahan yg dikisar halus * :-
  • *10 tangkai cili kering
  • *2 biji bawang besar  
  • *2 ulas bawang putih  
  • *1 jari kunyit hidup  
  • *1 hiris halia  
  • *2 sudu udang kering  
  • *2 sudu ikan bilis  
  • *sedikit belacan - jika suka  
  • *2 sk jintan kasar - sangar 
  •  
  • 2 batang serai - dititik
  •  4 helai daun salam  
  • 1/2 jari lengkuas - diketuk  
  • 200 g udang hidup yg dikupas kulit
  •  
  • Bahan sayur di potong kecil ikut cara masing2 :-
  •  
  • 1/2 biji kobis  
  • 8 batang kacang panjang  
  • 1 batang lobak merah  
  • 1 biji sengkuang kecil  
  • 1 biji terung panjang  
  • 1 keping tahu kering - rendam  
  • 4 biji kentang  
  • 4 keping tauhu - di potong kecil dan goreng  
  • 4 keping tempe - dipotong dan digoreng  
  • 2 ikat su'un - direndam  
  • lada merah dan hijau - dipotong serong  
  • 2 ltr santan pekat dan cair - drpd 3 biji kelapa  
  • air secukupnya  
  • garam secukup rasa  
  • 1/4 cawan minyak utk menumis 
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi.Masukkan udang dan tumis lagi dan masukkan santan,daun salam,lengkuas dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan sayur2an bermula dgn yg keras dulu dan tambah air secukupnya hingga sayur tenggelam. Bubuh garam secukup rasa dan masak lagi hingga mendidih dan sayur lembut.
   3.    Hidang sayur lodeh dgn lontong,ketupat atau nasi himpit dan juga sambal tumis dan serunding.
P/S:
Nasul buat utk 1/3 dr resepi nie ja.. pakai 1 biji kelapa ja. nasul lebihkan udang kering dan ikan bilis.
Cara2 dia pun senang sgt.. cuma prepare sendiri lah nasi impit tu.. nasul letak beras yg dh basuh dlm plastik dan seal pakai lilin. buat lubang kat plastik tu dgn garfu.. pastu masak dlm periuk dgn air yg agak banyak lah..boleh jugak pakai ketupat sate NONA.
Sambal tumis plak buat mcm sambal tumis ikan bilis makan dgn nasi lemak tu.. ikan bilis nasul tak campur..rangup lg sedap!
Taraa.. dh siap! =)