Ahlan Wasahlan Wa Bimarhabam Bikum!

Bismillah Hirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhuwah!

Selamat melayari laman blog "My Sweet Home" yang menempatkan perkongsian resepi-resepi dan hobi-hobi seorang yang bergelar Puteri @ Wanita! Laman ini dihasilkan bagi berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat kepada sahabat, kawan dan rakan..teristemewa kepada yg bergelar Puteri @ Wanita!

Diharapkan sahabat-sahabat dapat memberi komen2 dan idea2 yang baru bagi menambahbaikan blog ini dimasa depan..agar lebih menarik dan memupuk minat kita menjadi seorang Puteri @Wanita serba boleh disamping menjadi anak, isteri dan ibu yang solehah di masa depan..

Selamat Melayari "My Sweet Home" semoga hari-hari anda sentiasa indah bak bulan purnama dan sentiasa ceria bak sinar mentari pagi!


Tuesday, January 28, 2014

Cucur badak

Asal: Tetiba rasa nak makan cucur badak buatan sendiri, serius seumur hidup tak pernah tgk org buat atau pun buat sendiri. Apa lagi tunggu capai tab dan google ja resepi cucuq badak... blog yg dipilih adalah blog mat gebu. Alhmdlh, memang terangkatlah!!!

Daripada suka2 dah menjadi rutin pulak buat cucuq badak jual pagi2...heheh... tak pernah tak habis.. everyday mmg licin. Kepada kwn2 sesiapa nk try buat mmg boleh try resepi ni.. menjadi.. tak pandai buat pun mesti jd pandai... cuma yg penting rajin saja... pasti menjadi... jom tgk resepi =)

Bahan-bahan

Inti Serunding Kelapa
2 cawan kelapa parut
3-4 ulas bawang merah*
2-3 batang serai - hiris nipis*
5-7 biji cili kering - buang biji dan rendam seketika dalam air panas  - toskan*
sedikit serbuk kunyit
1 cawan udang geragau - kisar sedikit kasar
gula, garam secukupnya dan sedikit serbuk perasa (jika suka)

Adunan Kuih
750g ubi keledek isi oren/kuning - jgn guna keledek yg jenis berkulit licin (yg warna ungu tu..sbb keledek tu jenis lembik, nati akan guna banyak tepung dan kuih jadi keras)
1 1/4 cawan tepung gandum - maz guna tepung serbaguna (all purpose flour)
1/4 cawan tepung beras
sedikit garam - gaul dengan 2 jenis tepung diatas.

Cara
1. Inti Serunding Kelapa - Kisar semua bahan yang bertanda * bersama 1 cawan air sehingga lumat.

2. Dalam kuali masukkan semua bahan, garam, gula dan sedikit serbuk perasa. Kacau sebati. Masak sehingga kering dan perasakan secukup rasa. Sejukkan seketika.

3. Untuk Kuih - Kikis kulit keledek, cuci bersih dan rebus sehingga empuk/lembut bersama sedikit garam. Toskan dan tumbuk lumat. Ketepikan biar sejuk seketika.

4. Kemudian gaul sebati tepung dengan keledek agar menjadi doh yang lembut.

5. Ambil doh sebesar bola ping pong, leperkan dan masukkan inti. Kemudian tutup kemas dan tekan sikit ditelapak tangan untuk bentukkan kuih menjadi sedikit leper. Kalau terlalu lembit, sapukan sikit tangan dengan tepung.

6. Susun kuih dalam bekas yang di alas dengan plastik agar kuih tidak melekat dan buat sampai habis.

5. Panaskan minyak dengan api sederhana dan goreng sambil dibalik-balik sekali sekala sehingga sedikit perang dikedua belah.

6. Kuih ni juga boleh disejukbeku (frozen). Pastikan kuih yang hendak disejukbeku dialas dengan plastik agar tidak melekat satu sama lain. Kalau nak goreng kuih yang telah disejukbeku, celupkan dulu kuih dalam air biasa kemudian baru masukkan dalam minyak yang telah dipanaskan sederhana, jangan bimbang ianya tak akan merecip minyak keluar (sentiasa guna api sederhana dan goreng sambil dibalik-balikkan selalu).

Talam Roti


Bahan-bahan
4  keping roti Butterscotch ~ resepi asal roti putih
3 keping roti Choco Raisin ~ resepi asal roti putih
1 biji telur
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
100 ml santan pekat
125 ml air
1/4 sk vanilla essence


Panaskan kukusan
Sediakan loyang bulat berukuran 8 inc
Oleskan minyak makan pada loyang dan lapik dasar loyang dengan plastik.
Oleskan juga minyak pada plastik.

Roti dipotong kecil atau di carik-carik. Ketepikan
Satukan semua bahan-bahan dan kacau dengan whisker hinga sebati
Masukkan roti tadi dalam adunan dan rendam roti selama 30 minit atau sehingga roti lembut dan adunan telah meresap kedalam roti.
Tuangkan adunan dalam loyang.
Tutup loyang dengan aluminium foil atau balut tutup kukusan dengan kain (utk mengelakkan air menitis atas kuih
Kukus adunan selama 25 minit
Sementara menunggu adunan masak kita sediakan lapisan tengah

Sunday, January 26, 2014

Apom Polkadot..dot..dot..

Asal: 3 hb Januari 2014.. sibuk sgt dok buat dot2 ni.. sempena majlis kenduri adik.. sayangnya.. tak sempat pun nak take pictures.. cantik sgt doorgift tu.. berpuas hati.. resepi ni asal dr kakak sulong, kak not yg kat putrajaya.. Apa lg semalam dengan SIL.. kami pun berdot2 la.. eh.. panjang pulak ceritanya..ahaks! Jom tengok resepi pastu sila2 buat yaaa. =)
Credit juga untuk Blog Masam manis kak ita.. tqvm!

Bahan-bahan

3 biji telur sejuk-dr peti ais
275 gm tepung gandum
220 gm gula halus (mesin hingga halus)
150 ml susu segar low fat milk/ susu cair.
3 sudu teh baking powder (sudu kfc)
1 sudu kecil ovalette (sudu kfc)
filling-blueberry / strawberry @ ape2 ikut citarasa
Pewarna

Cara-cara


1. Pukul Putih telur hingga kembang, kemudian masukkan ovalette dan telur kuning, pukul lagi hingga kembang.

2. Masukkan tepung +baking powder yang telah diayak berselang seli dengan susu cair. adun hingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
4. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag @ plastik bersih
5. Picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-
6.Letakkan filling secukupnya-nak senang masuk dlm plastik @ sudukan jer..
7. Picit lagi adunan yang sama @ berlainan warna sehingga 3/4 penuh . Kemudian dot-dotkan dengan warna pilihan...

tarra ini gambarnya =)




SELAMAT MENCUBA!!!