Ahlan Wasahlan Wa Bimarhabam Bikum!

Bismillah Hirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhuwah!

Selamat melayari laman blog "My Sweet Home" yang menempatkan perkongsian resepi-resepi dan hobi-hobi seorang yang bergelar Puteri @ Wanita! Laman ini dihasilkan bagi berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat kepada sahabat, kawan dan rakan..teristemewa kepada yg bergelar Puteri @ Wanita!

Diharapkan sahabat-sahabat dapat memberi komen2 dan idea2 yang baru bagi menambahbaikan blog ini dimasa depan..agar lebih menarik dan memupuk minat kita menjadi seorang Puteri @Wanita serba boleh disamping menjadi anak, isteri dan ibu yang solehah di masa depan..

Selamat Melayari "My Sweet Home" semoga hari-hari anda sentiasa indah bak bulan purnama dan sentiasa ceria bak sinar mentari pagi!


Tuesday, February 12, 2013

Creaker Caramel Pudding

Asal: Sempena cuti raya cina nie, aktiviti masak memasak menjadi2 la.. =) Selain tu jugak sempena majlis pembukaan lay-field paintball park adik ed.. penat masak2 menu utama laksa, kuih2, kek coklat, pizza, kek karemal, pavlova, dan yg tak sempat nk serve dh abih,, Creaker Caramel Pudding.. rupanya biasa2 ja..tapi sedapnya level tinggi hhehehe.. resepi drpd mak tam pulau langkawi.. terima kasih mak tam! =D

Lokasi: Mom's Kitchen

Bahan-bahan

12 keping biskut cream creaker
6 biji telur
3/4 cwn gula castor
1 sudu besar tepung kastat
1 susu teh esen vanila
1/2 sudu kfc garam halus
1 tin susu cair
3/4 tin air

Bahan gula hangus
1/2 cawan

Cara-cara membuat gula hangus
Masukkn gula dalam loyang dan panaskan hingga cair. biar sejuk seketika.

Cara-cara
Patah-patahkan biskut kepada 4 bahagian.
Masukkan telur, gula, tepung kastat, esen vanila,garam,susu cair dan air dalam blender dan blend hingga sebati.
Dalam loyang yang telah tersedia gula hangus tadi, susun biskut yg dah dipatah2kan selapis dan tuang semua adunan tadi. Atas adunan tadi susun biskut yang lebih tadi.
Kukus selama 40-45 min. Cucuk kat tengah-tengah puding dengan lidi pastikan tidak melekat. jika dh masak tutuplah api.
sedia dihidang atau masukkan dulu dalam peti sejuk.. biar sejuk baru sedap makan! =)


No comments:

Post a Comment