Ahlan Wasahlan Wa Bimarhabam Bikum!

Bismillah Hirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhuwah!

Selamat melayari laman blog "My Sweet Home" yang menempatkan perkongsian resepi-resepi dan hobi-hobi seorang yang bergelar Puteri @ Wanita! Laman ini dihasilkan bagi berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat kepada sahabat, kawan dan rakan..teristemewa kepada yg bergelar Puteri @ Wanita!

Diharapkan sahabat-sahabat dapat memberi komen2 dan idea2 yang baru bagi menambahbaikan blog ini dimasa depan..agar lebih menarik dan memupuk minat kita menjadi seorang Puteri @Wanita serba boleh disamping menjadi anak, isteri dan ibu yang solehah di masa depan..

Selamat Melayari "My Sweet Home" semoga hari-hari anda sentiasa indah bak bulan purnama dan sentiasa ceria bak sinar mentari pagi!


Saturday, September 28, 2013

Kuih Kayu Keramat@ kuih kudus

Asal: Nak dijadikan cerita pergi melawat baby fatih yasir anak kepada kwn UiTM, fauzi... km dihidangkn dengan kuih yg tgk sekali mcm kuih gandum or cucur bawang. Tp bila mkn mmg smp licin! Malu sebenaq nya nk makan banyak2.. sedap punya pasal mmg terlupa sudah km ni kat umah org...heheheh... apa2 pun terima kasih kepada pn kalsum, mak kak ani sebab mmg ikhlas bg resepi ni... alhamdulillah menjadi.. buat 1/2 kg ja tapi boleh goreng 3 kali dgn kuantiti yg banyak! Kuih ni dikenali oleh kebanyakkn org terangganu sebagai kuih kayu keramat atau kuih kudus. Terima kasih jugak bekalkn km dengan serbuk soda bikarbonat yg diimport dr terangganu ye makcik kalsum! =).. Moga Allah sentiasa melimpahi rahmat, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yg baik kepada mak cik Kalsum...

BAHAN2

2kg tepung gandum

4 biji telur gred A

2sudu besar majerin

1/2 kg gula

1/2 tin susu

 1sudu kecil Garam

1 sudu besar soda bikarbonat (dilarutkan dgn sedikit air)

2 Mug air suhu bilik

 

Cara2

Soda bikarbonat  larutkn dlm air. Semua bhn letak dlm mixer kenwood or boleh ja uli guna tangan.2 mug air suhu bilik. Ulilah sehingga tak melekat kat tangan. Dalam proses akhir itu tambahkan sedikit tepung gandum utk adunan tidak melekat ditangan. Bolehlah biar utk 30 min-1 jam seblm menggoreng. Dari pemerhatian yg telah dibuat, lagi lama adunan disimpan lg gebu dan lembut kuih ini. Jika tak habis digoreng boleh disimpan didalam peti sejuk suhu 10 degree C ( bukan bhgn ais ye!).
Kuih ini boleh juga dicicah dgn susu atau sambal. Ikut citarasa msg2.

Monday, July 15, 2013

Durian Crepe

Asal: Tahun nie durian tak pernah putus.. ada ja yg memberi.. terima kasih diucapkn. Apa la nak buat dengan raja buah nie.. bubur, serawa, pulut durian semua dh.. ada satu ja lg.. Durian Crepe.. seblm nie buat harumanis crepe... Weekend yg ada digunakan sebaik mungkin utk menghasilkn crepe yg sedap dan comel2! (perasaan ja).. =) juadah berbuka puasa ini dapat juga jadi kenduri.. apa nak kata mmg nikmat lah! Tak nak crita panjang.. jom tgk resepi! ;)

Lokasi: Mom's Kitchen

Bahan2 (kulit crepe)
2 sudu besar (SB) tepung gandum
2SB tepung hongkong (boleh ja ganti dgn tpg gandum jika tak ada)
4 SB tepung ubi
2 SB tepung kastard
2 SB tepung jagung
2 SB gula halus
2 SB minyak (minyak jagung sedap)
1 cwn susu Full cream (dutch lady/ marigold)
1/2 cwn air
2 biji telur gred B
sedikit pewarna kuning telur

Bahan2 (filling)
1/2 cwn krim putar non diary
1 SB gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
isi durian

Cara2 (kulit crepe)
Ayak semua tepung, masukkan gula. masukkan air, minyak, susu, telur dan pewarna kuning. Sebatikan dan tapis semua campuran. Guna fry pan yg tak melekat tu.. saiz ikut citarasa.. sy pakai yg kecil ja utk dpt crepe yg comel2. tak perlu letak minyak atas fry pan tu.. nampak dh lekang kat tepi2 terbalikkan dalam dulang.
P/S: jangan tindih2kan kulit crepe ini waktu panas, dh sejuk boleh la nak tindih2kan, bukan apa.. nanti melekat. Buat mcm kita buat ketayap.. cuma nipiskan kulit crepe ini utk kesedapan yg lebih sedap!

Cara2 (filling)
Putar krim putar non diary hingga kental ( terbalikkan kebawah, mmg tak jatuh la). masukkan gula dan esen vanila.

Cara2 melipat crepe
Kulit crepe yg licin biarkan disebelah luar, letak cream putar,isi durian dan cream putar (ala2 sandwich). lipat la crepe nie bentuk ulas2 durian atau bentuk bantal.. semua nya comel dan cantik! simpan dalam peti sejuk..sebelum tu masukkan dlm tupperware dulu..agar crepenya tak mengering (dry).

Taraaa!!! dah siap. dah boleh ngap! yum..yum..yum..

SELAMAT MENCUBA!

Friday, May 31, 2013

Blueberry Cheese Tarts




Asal: Assalamualaikum wbt, hi! lama tak mengepost resepi kat sini.. Alhmdulillah hari nie ada lg satu resepi baru terhasil dr air tangan sendiri.. ahaks! Tetiba je teterima tempahan Kak nisah..my senior kat uitm.. so, apa lagi nak tak nak kena buat lah kan.. happy je kot bila dh dpt buat.. cantik+sedap gak la.. mak kata sedap.. so, InshaAllah sedap la kan.. ;) okey! tak nk cerita panjang2 jom layan resepi nie dulu.. lepas baca buat yer kawan2..=) Kredit to http://www.azlitamasammanis.com/ Kak ita! step by step lg.. sumber inspirasi ku! =)

Lokasi: Mom's Kitchen (bila nk ada SuE's Kitchen?? )

Bahan-bahan:
Resepi kulit tart ni sama dengan fruits tart.


A) Bahan Pastry
250gm butter (biarkan pada suhu bilik)
500gm tepung gandum (ayak banyak kali)
100gm gula icing (kurangkan kepada 50gm sahaja sbb buah2an dah manis)
1 tsp esen vanilla
2 biji telur (biarkan pada suhu bilik)

Cara membuatnya:-
1. Ayak tepung bersama gula icing beberapa kali
2. Masukkan butter dan ramas sehingga jadi serbuk roti. 
3. Masukkan esen vanilla dan gaul rata.
4. Pecahkan telur dalam bekas lain dan pukul mengunakan whisk tangan sehingga kembang
5. Masukkan telur kedalam bekas tepung dan gaul sehingga menjadi doh yang lembut.
6. Panaskan oven dengan kepanasan 180 c (bergantung pada oven anda) api atas bawah.
7. Ambil sedikit doh dan bentukkan dalam acuan tartlet sebelum dibakar selama 10-15 minit atau sehingga ianya perang (bergantung kepada oven anda)
8. Tart shell boleh dibuat terlebih dahulu dan disimpan dalam bekas kedap udara

P/S:
Tujuan tepung diayak berkali-kali (3 KALI)bersama gula icing adalah untuk mendapatkan kulit tart yang cantik dan licin. Jika kulit tart nampak mengerutu....itu bermakna bancuhan doh anda tidak begitu menjadi.

- Pastikan butter dan telur berada dalam suhu bilik sebelum digunakan. Jangan terus guna butter atau telur yang dikeluarkan dari peti ais. Jika guna buttercup, sila masukkan sedikit garam dalam bancuhan. Jika guna butter jenama lain....tak perlu masukkan garam.

B) Cheese
250gm cream cheese
50gm gula kastor / gula halus
1 biji telur Saiz B
½ sudu teh esen vanilla / esen lemon
blueberry filling

Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai ke suhu bilik.
Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
Adunan jangan terlalu lembik dan jangan terlalu keras.

Masukkan filling ke dalam kulit tart. Untuk memudahkan kita gunakan kaedah yg sama untuk letakkan filing tadi. Dimana kita masukkan dalam piping bag dan picitkan di atas filing dalam shell tadi. Letak penuh supaya ia cantik membuncit. 

Kemudian boleh lah kita mulakan proses untuk melorek atas cheese tart tadi.
Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yang kita suka. Kacau rata sehingga warna bergaul sempurna. Proses untuk melorek dilakukan ketika cheese tadi masih lembut. Jangan biarkan cheese terlalu lama nanti dia dah mula mengering dan proses melorek tidak secantik yang kita inginkan.

Untuk corak bunga ni, masukkan adunan cheese yang telah diwarnakan ke dalam piping bag dan gunting hujungnya kecil aje. Kemudian buatkan corak bunga dengan warna merah jambu dan hijau untuk daun. Untuk tangkainya, gunakan lidi yang halus, celupkan hujung lidi dalam coklat emulco dan tarik dari kudup bunga ke bawah. Tarik lembut-lembut aje..dan mungkin bleh letak flower sugar ready made. 

Bila dah siap semuanya bakar semula dalam ketuhar selama 5 minit pada suhu 170C. Sentuh cream dengan hujung jari. Jika tidak melekat, maknanya telah masak. Jika tidak, bakar dalam seminit lagi.

Untuk resepi nie.. ratio (A)pastry kepada (B)cheese adalah 1:2. If nak buat 1 adunan pastry kena buat 2 adunan cheese.. baru cukup.. 



Selamat mencuba!

Friday, March 8, 2013

Pavlova fruity

Asal: Pernah sekali buat tapi tak memikat hati langsung.. usaha perlu diteruskan... kata org nak seribu daya.. kalo dh tak nak tu macam2 lah alasan yer.. ye tak??? heheh ni nak bercerita pasal pavlova laa.. bukan crita lain.. Alhmdulillah.. syukur.. akhirnya berjaya juga buat dengan jayanya..atas dorongan dan sokongan rakan sekerja uitm.. nani.. tq very much.. jika tak memang tak menjadilah.. hehehe
Setelah berjaya sekali..nk buat lagi lah kan..siap buat kenduri lagi.. ramai yg suka! suka hati lah sy.. =). Tak mau cerita panjang2.. jom tk resepi..

Lokasi: Mom's Kitchen =)

Bahan-bahan:

4 putih telur (mat guna telur gred A)

3/4 cawan gula halus

1 camca besar tepung jagung

1 camca teh cuka makan

1 camca teh esen vanilla

 
Buah2an segar seperti stroberi, kiwi, peach, anggur, blueberry, raspberry dan mangga

 

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 180C, buat satu bulatan berukuran 9 inci pada kertas minyak. Kemudian terbalikkan kertas tadi dan alas kan pada loyang pembakar (gunakan bayang bulatan tadi sebagai ukuran pavlova nanti). Ketepikan.
  2. Putar putih telur hingga berbuih, guna kelajuan tinggi, masukkan gula halus sedikit demi sedikit hingga habis dan terus putar hingga menjadi meringue yang kental dan berkilat. Ayak tepung jagung, kacau rata dengan spatula.
  3. Masukkan esen vanilla dan cuka makan, gaul rata. Tuang atas kertas minyak tadi dan bentukkan seperti lingkaran pada kertas tadi. Bentukkan bulat dan tinggi sedikit, tak perlu kemas2 sangat.
  4. Turun suhu oven pada 130C dan bakar pavlova selama 1 jam 20 minit, guna api atas dan bawah. Bila pavlova nampak pucat dan sedikit perang, matikan api oven, renggangkan sedikit pintunya dan biar pavlova sejuk sendiri dalam oven.
  5. Bila sejuk, berhati2, alihkan pavlova tadi ke dalam pinggan sesuai. Putar non-dairy whipping cream + gula +esen vanilla hingga kembang dan kental (pastikan ia sejuk). Kemudian tuang dan ratakan atas pavlova tadi. Hias dengan buah2 segar seperti dalam gambar, hidangkan dan simpan dalam peti sejuk jika tidah habis dimakan...

Topping:
(Bahan ini perlu dipukul bersama)
1 Cawan Whipping Cream putar hingga kembang.
1 1/2 teh gula halus
1/2 sudu teh vanila
Buah-buahan segar - buah kiwi dan strawberri, peach,anggur


Credit to Blog masak2 mat gebu! suka sgt blog beliau!

Tara!! ni hasilnya setelah dilakukan modification sesuka hati..asal bahagia! =)

SELAMAT MENCUBA!!

Wednesday, February 13, 2013

Black pepper Chicken Wings (Grill version)

Asal: Akibat terlupa pegi ambil ayam yg dipesan kat kedai td.. dpt semua 1 kg chicken wings ..nk wat apa lah banyak2 kan.. got the idea! apa kata buat chicken wing ala2 pizza hut.. maka terciptalah resepi baru yg agak marvelous.. adik fauzan jgn jeles ok..hehehe.. next holiday kak su buat yer!.. Apa2 pun layanlah dulu resepi dan gambar nie... 

Lokasi: Mom's Kitchen

Bahan2
5 chicken wings
1/2 sudu besar lada hitam
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis (sy pakai kicap 3A chef Zam)
2 sudu teh pasti sedap
2 sudu besar air asam limau or lemon
minyak utk memanggang (grill)

Cara-cara
Bersihkan chicken wing (guna cuka makan+ air utk hilangkan bau)
lada hitam tu tmbuk smp jadi powder (serbuk).
Masukkan semua bahan2 diatas ke dalam chicken wings td dan perap lah selama 4-5 jam (overnight lagi bagus)
Sesiapa yg dh beli dan telah memiliki pemanggang ajaib cap IKAN or Vantage boleh ja grill dlm nie.. sebelum grill letak sedikit minyak (tak letak pun tak pa ..lemak ayam tu akan keluar nanti).
Lebih kurang 15-20 min alih2 kan chicken wings tu dan siap dimakan =))

Layanlah sekejap gambar nie!
Selamat mencuba kawan2! =D

Tuesday, February 12, 2013

Creaker Caramel Pudding

Asal: Sempena cuti raya cina nie, aktiviti masak memasak menjadi2 la.. =) Selain tu jugak sempena majlis pembukaan lay-field paintball park adik ed.. penat masak2 menu utama laksa, kuih2, kek coklat, pizza, kek karemal, pavlova, dan yg tak sempat nk serve dh abih,, Creaker Caramel Pudding.. rupanya biasa2 ja..tapi sedapnya level tinggi hhehehe.. resepi drpd mak tam pulau langkawi.. terima kasih mak tam! =D

Lokasi: Mom's Kitchen

Bahan-bahan

12 keping biskut cream creaker
6 biji telur
3/4 cwn gula castor
1 sudu besar tepung kastat
1 susu teh esen vanila
1/2 sudu kfc garam halus
1 tin susu cair
3/4 tin air

Bahan gula hangus
1/2 cawan

Cara-cara membuat gula hangus
Masukkn gula dalam loyang dan panaskan hingga cair. biar sejuk seketika.

Cara-cara
Patah-patahkan biskut kepada 4 bahagian.
Masukkan telur, gula, tepung kastat, esen vanila,garam,susu cair dan air dalam blender dan blend hingga sebati.
Dalam loyang yang telah tersedia gula hangus tadi, susun biskut yg dah dipatah2kan selapis dan tuang semua adunan tadi. Atas adunan tadi susun biskut yang lebih tadi.
Kukus selama 40-45 min. Cucuk kat tengah-tengah puding dengan lidi pastikan tidak melekat. jika dh masak tutuplah api.
sedia dihidang atau masukkan dulu dalam peti sejuk.. biar sejuk baru sedap makan! =)


Monday, January 7, 2013

Murtabak Chef Mamee

Asal: Mak: Malam nie kita nk makan apa ya? apa kata kamu p buat murtabak maggie yang kakak kamu buat tu..
PM:(dalam hati: huhu.. nk tgk AJL27...) Okeyy.. mak.. 10 minit!
Dalam masa 10 minit ja lg dh nk start AJL.. demi mak yg palingku sayangi.. mengatur jugak langkahku ke Mom's Kitchen.. Ikhlas2... Credit to Kak Not, sebab dh bagi resepi.. tu pun mak yg crita balik mcm mana nk buat.. Faham mak dh letih nk masak sekrg nie.. so, tugas anak perempuan sorang nie lah kena buat.. Jom kita tgk resepinya..

Bahan2
1 Bungkus Maggie (sy guna chef mamee..siap ada udang dan sayur tu!)
3 biji telur
4 ketul mushroom sosej ayamas
carrot potong dadu
1/2 biji bawang besar

Cara2
Rebus maggie dan udang+sayur+carrot dadu+sosej (toskan)
pecahkan telur dan masukkan perencah magie tadi pukul sehingga sebati.
Masukkan maggie+udang+sayur +carrot dan bawang besar potong dadu.
Sosej tu lepas rebus baru potong kecil2..ikut size yg disukailah.
Sesiapa ada pemanggang ajaib jenama IKAN.. bolehlah masukkan dalam tu.. letak minyak dulu or planta yer dan tutup buat seketika..dan terbalikkan bila dah garing.. garingkan sebelah lagi. dalam 5 min rasanya dh garing.. sekejap ja.
Bukan alasan tak boleh buat kepada sesiapa yg tidak ada pemanggang ini. guna ja fry pan yang dok buat kuih ketayap tu..Buat lah bentuk bulat atau 4 segi..ikut citarasa lah. alihkan dan siap utk dimakan.

Hiasan: mayonis dan sos.. makan mcm tu pun dh best!
Nak tgk hasilnya?? taraaaa!!!