Ahlan Wasahlan Wa Bimarhabam Bikum!

Bismillah Hirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhuwah!

Selamat melayari laman blog "My Sweet Home" yang menempatkan perkongsian resepi-resepi dan hobi-hobi seorang yang bergelar Puteri @ Wanita! Laman ini dihasilkan bagi berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat kepada sahabat, kawan dan rakan..teristemewa kepada yg bergelar Puteri @ Wanita!

Diharapkan sahabat-sahabat dapat memberi komen2 dan idea2 yang baru bagi menambahbaikan blog ini dimasa depan..agar lebih menarik dan memupuk minat kita menjadi seorang Puteri @Wanita serba boleh disamping menjadi anak, isteri dan ibu yang solehah di masa depan..

Selamat Melayari "My Sweet Home" semoga hari-hari anda sentiasa indah bak bulan purnama dan sentiasa ceria bak sinar mentari pagi!


Thursday, October 27, 2011

Nasi Arab

Asal: Sebab adik fauzan nk balik (hantu Ayam) =) buat lah special tuk dia.. Kebetulan pulak rajin dan semua bahan ada ja..

Lokasi: Bandar Baru Guar Nangka! =)

Bahan2
3 Pot/Cawan beras (dibasuh dan ditos)

Bahan A (Direbus hingga ayam empuk)
6 ketul ayam
2 sudu besar rempah kurma
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
lada hitam
5 cawan air

Bahan B (Ditumis)
1 sudu minyak sapi
kulit kayu manis
bunga cengkih
bunga lawang
buah keras
halia
bawang merah
bawang putih

Cara2
(Bahan C)
Rebus Bahan A hingga ayam empuk. Tapis bawang, halia dan lada hitam dari sup tadi. kemudian mesin bahan yg ditapis td dengan 1 cwn sup td. tumis Bahan B hingga wangi dan masukkan bahan yg dimesin td. masak hingga naik minyak. kemudian masukkan lebihan sup ayam td. masak hingga mendidih.

(Dalam rice cooker)
Susun beras berselang dgn ayam hingga habis. Kemudian masukkan Bahan C dengan menyukat sup atau kuah menggunakan pot/cawan yg digunakan utk menyukat beras tadi. pastikan sup lebih 1 pot/cawan dari sukatan beras td. Jika sup kurang tambahkan dgn air, asalkan lebih satu cawan dr beras.
P/S: Jika 3 cawan beras,  4 cawan air+ sup.
Masaklah nasi arab nie hingga masak..=) boleh juga letak kismis dan kacang peas.

Nasi arab ini boleh dimakan dgn Ayam goreng berempah dan acar timun+nenas+carrot (acar darat= org perlis panggil)

Selamat mencuba!

Monday, October 17, 2011

Kerabu Apple

Asal: Al-kisahnya 2 puteri dr kayangan telah pergi bersiar2 ke negeri jelapang padi.. hanya utk mencari nasi lauk pauk yg sedap. Tersinggahlah kedua2nya ke Satu singgahsana utk bersantap..malangnya dh terlupa namanya.. Dihidangkanlah satu menu yg jarang2 ditemui "kerabu Apple"! Sedap sehingga bawa bekalan balik ke negeri kayangan..kuikuikui..(itulah kisahnya tercipta resepi nie..heheh)

Lokasi: Mom's Kitchen

Bahan2

1 biji apple saiz besar (2 biji jika saiz kecil)-hijau or merah tak kisah..
1 labu kecil bawang besar
1/2 bunga kantan (potong mayang)
4 biji cili melaka(cabai melaka)
2 biji limau kasturi kalo apple merah, kalo hijau 1 biji pun cukup dh.
2 sudu besar kacang tanah yg dh ditumbuk kasar.
1 sudu besar gula
2 sudu teh garam
sedikit sos ikan(kicap ikan) or kicap cair
sedikit bawang goreng

Cara2
Campur ja semua bahan2 nie pastu rasa lah..sedap ke tak..mesti terangkatlah! cuba2
Resepi plg mudah 15 min siap! mkn saja pun dh marvelous!
nie picturer nyerr!
SELAMAT MENCUBA! =)

Thursday, October 13, 2011

Kek Karemel


Asal: Resepi sebelum nie tak berapa nk jadi..tapi kali nie Alhamdulillah..amat menjadi! Ija telah memberi inspirasi..amik kat blog jugak..thanks to Munirah Baharum atas resepi anda.. 
Sebenaqnya amat2 suka Puding Karemel nie..last2 dpt Kek Karemel..lg advance! =) syukur2! Bila dh pandai buat nk ajak kwn2 pun rajin dan pandai buat jugak..sebenaqnya bukan tak pandai tapi cuma kita semua tak ada MASA..kan..
Dapatlah jugak kwn2 uitm merasa.. 
Lokasi: Mom's Kitchen =)  
Kaedah:
Gula Hangus
2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan
Bahan Karemel
3/4 tin susu cair
100g gula castor
1 sudu teh esen vanilla
6 biji kuning telur

1 sudu besar tepung jagung

Kacau susu, tepung jagung dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )
Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder (sudu kfc ja)

Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.
Merinque 
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.

Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja. pakai kaedah steam bath.

Kaedah Steam Bath

Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.
 Jika menggunakan loyang yg berpatri. Jangan lupa untuk balut dasar loyang dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air masuk dalam adunan kek.
Atau letakkan tapak pada loyang air panas untuk mengelakkan air masuk dalam loyang.
Jika menggunakan oven gas kedudukan loyang air panas di letak di bahagian bawah dan loyang kek di sebelah atas.

Hiasan:
Guna lah serbuk jelly jenama apa2 pun tak pa..asal halal..(bukan serbuk agar2 tau)
untuk melekatkan buah-buahan atas karamel nie.. dan nampak berkilat gitu.. sy guna buah peach, anggur. ceri, dan kiwi.. nk letak stawbery pun ok jgk! nie gambar setelah diimprove resepinya..



SELAMAT MENCUBA!

Tuesday, October 4, 2011

Mubattan Kusha

Asal: Terjumpa gambaq yg menarik dalam fb kwn MRSM, basyiroh  =) so, apa lagi mintaklah..mcm menarik sgt! dia bgtau pun faveret dia mubattan kusha nie..nasul share kat sini na syiroh! thanks..sedap bangat!

Lokasi: Mom's Kitchen

Bahan A

500g daging cincang
2 labu bawang besar (potong dadu)
2 sudu besar serbuk lada hitam
2 ulas bawang putih
1 inci halia
sedikit kulit kayu manis
1 biji tomato (potong dadu)
2 pokok daun bawang + bawang sup
2 sudu besar cili mesin
3 sudu teh pasti sedap/ cukup rasa
2 sudu teh gula
6 biji kentang (potong keping2)
5 ketul sosej cheese ayamas
sedikit mozarella cheese

Bahan B

4 biji telur gred A
daun bawang dan sup
1 sudu teh pasti sedap
2 sudu besar tepung gandum
sedikit serbuk lada hitam

Cara2
Potong kentang slice2..dan panggang atas pan dengan minyak jagung. 

Bahan A
Gaulkan daging cincang dgn bawang besar+ serbuk lada hitam+serbuk cukup rasa/pasti sedap+sedikit bawang putih.(perap 10-15min)
Tumis bawang putih+sedikit bawang besar+halia+kulit kayu manis hingga kekuningan. Kemudian masukkan cili mesin, biar pecah minyak. masukkan campuran daging tadi. masak hingga air daging yg keluar tadi kering. kemudian masukan tomato dan bawang besar+ daun bawang dan daun sup. masukkan sedikit gula. tutup api dan ketepikan dulu.

Bahan B (Campurkan semuanya)
Susun kepingan kentang dalam loyang. pastikan tapak loyang ditutup penuh dgn kentang. Tuangkan separuh Bahan B tadi. Kemudian masukkan  semua Bahan A ke atas kentang2 yg disusun tadi. Tekan dengan sudu biar padat. kemudian susun kentang yg masih tinggal di atas Bahan A tadi hingga menutupi keseluruhan loyang. Susun kepingan sosej di atas kentang ini (boleh ganti dgn badam atau serbuk roti). Kemudian tuang Bahan B yang tinggal ke atas kentang ini. Bakar pada suhu 180 degree celcius selama 20 min. keluarkan sekejap dan tabur mozarella cheese ke atas mubattan kusha ni dan bakar lg selama 5 min. Tunggu sekejap dan siap di makan.

P/s: makan saja memang rasa nikmat!.. kalo dgn roti potong lg sedap..sebabkan melayu..nasik lah menjadi peneman utama.. kalo nk diet makan mubattan kusha saja pun okey sebab semua dh ada dlm nie. Memang marvelous! 


Selamat Mencuba! =)
Tambahan menu utk raya haji tahun ini..=D

Sunday, October 2, 2011

Pandan's Sponge Cake

Pandan's Sponge Cake =)

Asal: Resepi dr sahabat yg mempunyai hobi yg sama..Ija! Thanks to u! Rasa amat puas hati dan insyaAllah akan buat kelas masak2 lepas nie..hehehhee..jika diberi ruang dan peluang utk berkongsi ilmu Allah yg satu ini..amin..
Sempat juga beri kat Wa nab (mak sedara) dan Tok Yah (mak mertua kak not) =) 
p/s kpd kak not: nanti menantu makcik buatkan yer.. =) kataku kpd Tok Yah..hehhe

Lokasi: Mom's Kitchen.. 

Bahan2
4 biji telur
125g gula castor
10g ovallate
100g tepung naik sendiri (blue key kotak warna oren)
20g tepung jagung
1 sudu teh baking powder
40g air masak
60g minyak masak (corn oil)
1 sudu teh esen pandan
1 sudu teh paste pandan
sedikit pewarna hijau

Cara2
Pukul telur+gula (yg telah dimesin)+ovallate hingga kembang (gebu dan putih)-guna mixer dgn kelajuan tinggi
Masukkan (tepung naik sendiri+tepung jagung+baking powder-diayak 3 kali)-mixer dgn kelajuan rendah
Masukkan air sedikit semi sedikit hingga habis dan esen pandan.-mixer dgn kelajuan rendah
Masukkan minyak dengan kaedah kaub balik sehingga minyak sebati dgn adunan.(pastikan dibahagian bawah adunan, tiada minyak yg tidak bercampur dgn adunan)
Jika ingin mudah dikeluarkan kek dari loyang, gunting kertas turas or tracing paper mengikut saiz loyang dan sapu butter or marjerin dikeliling loyang.
Kemudian masukkan adunan ke dalam loyang.
Bakar adunan ini pada suhu 180 degree celcius selama 40min.
Setelah masak keluarkan dan terbalikkan kedalam talam or bekas.
Tunggu sedikit sejuk..kemudian baru dipotong. Baru sedap!

Selamat mencuba!
Make me smile all the day!