Kek Puding Karamel
Bahan-bahan
- Karamel
- 60g gula
- 1 sudu besar air
- 2 sudu besar air
- Puding
- 4 biji telur
- 500ml susu segar
- 70g gula
- sedikit esen vanila
- Kek span
- 70g tepung gandum
- 50g gula halus
- 2 biji telur
- 20g mentega- dicairkan
Cara-cara
- Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan.
- Sediakan karamel Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
- Sediakan puding. Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api.
- Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.
- Tapiskan no.4 ke dalam loyang karamel tadi.
- Sediakan kek span. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang.
- Pukul pula telur kuning dengan separuh gula lagi sehingga jadi bentuk krim.
- Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
- Ayak tepung ke dalam no.8 Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
- Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
- Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang puding tadi. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 45-60 minit atau sehingga masak. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
- Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang
P/S:Kurangkan gula pada kek (50g)..sebab puding pun dh manis..yg pasti sejukkan dulu seblm alih dalam dulang.
Selamat mencuba!