Ahlan Wasahlan Wa Bimarhabam Bikum!

Bismillah Hirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhuwah!

Selamat melayari laman blog "My Sweet Home" yang menempatkan perkongsian resepi-resepi dan hobi-hobi seorang yang bergelar Puteri @ Wanita! Laman ini dihasilkan bagi berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat kepada sahabat, kawan dan rakan..teristemewa kepada yg bergelar Puteri @ Wanita!

Diharapkan sahabat-sahabat dapat memberi komen2 dan idea2 yang baru bagi menambahbaikan blog ini dimasa depan..agar lebih menarik dan memupuk minat kita menjadi seorang Puteri @Wanita serba boleh disamping menjadi anak, isteri dan ibu yang solehah di masa depan..

Selamat Melayari "My Sweet Home" semoga hari-hari anda sentiasa indah bak bulan purnama dan sentiasa ceria bak sinar mentari pagi!


Saturday, August 27, 2011

Masalavadai@ Masalodeh

Asal Resepi: Kelas masak ERT SMKA(P) Kangar + Tips dari Ustaz Md Jusoh..my faveret ustaz!
Kuih nie amat suka..sedap! ala2 kuih india..kuih satu malaysia..buat sendiri baru puas hati..



Bahan2
1 Mangkuk Kacang Dal (kacang parpu)- rendam 4-5 jam
1 tangkal daun kari( dihiris halus2)
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
3 biji cabai kering (digunting serong2)
garam (secukup rasa)

Cara2
1)Bahagikan kacang dal yg telah direndam kepada 3 bahagian (1- bahagian(kisar halus) 2- bahagian(kisar sederhana halus))
2) Masukkan garam kedalam kacang yg telah dikisar ini..biar rasa sedikit masin. masukkan daun kari, bawang besar, cabai kering. gaul semua bahan ini sehingga sebati.
3) Bentuk bulat2 (guna sudu yg bulat).Bentuk semua adunan kemudian goreng dalam minyak yg banyak dan panas.
4) siap dimakan!

Selamat mrncuba!

Kek Sarang Tebuan

Asal Resepi: Kak not
Kak not paling suka kek nie..ni khas utk kak.. =)

Bahan2
2 cwn tepung gandum
8 bj telur
1 tin susu pekat manis
2 sudu besar marjerin
2 sudu teh soda bikarbonat
2 cwn gula + 2 cwn air (utk buat gula hangus)

Cara2
1) Masak gula hingga cair, kemudian masukkan air utk jadikan gula hangus.
2) Pukul susu dengan telur hingga kembang. masukkan marjerin kedlm adunan ini. (Adunan A)
3) Ayak tepung bersama dgn soda bikarbonat. masukkan tepung yg telah diayak ini kedalam adunan A.
4) Kacau hingga sebati. kemudian masukkan air gula hangus tadi. Perap selama 30 min sebelum dibakar.

Selamat mencuba!

Kek Lapis Masam Manis

Asal Resepi: Kawan UIA Kak Not
Menjadi faveret kek setiap kali raya..kalo rajin buat..renyah sikit nk buat kena rajin laaa.... =)

Kek Lapis, Kek Marble dan Kek Pisang

Bahan2
2 cawan gula (dikisar)
3 cawan biskut marie (dikisar halus)
250gm Butter (buttercup)
coklat/gula asam manis (yg 10 sen kat kedai runcit dulu2)
6 biji telur (gred A)

Cara2
1)Pukul butter hingga kembang.
2) masukkan gula pukul lg.
3) masukkan telur sebiji demi sebiji hingga kembang.
4) masukkan serbuk biskut marie kacau adunan perlahan2 hingga sebati
5) bahagikan kepada 2 warna (hijau,kuning/ hijau,merah/ kuning merah/ kuning, biru)ikut citarasa
6)kukus adunan selapis demi selapis berselang seli warnanya dan setiap lapis diletakkan kepingan asam manis diatasnya.

Gambar akan diupload nanti..
SELAMAT MENCUBA!

Friday, August 26, 2011

Fruits Tart

Asal Resepi : Ija (Bawak buah tangan berbuka puasa kat rumah..memang sedap!)
Lokasi: Guar Nangka


Bahan-bahanya:-

A) Bahan Pastry
250gm butter (biarkan pada suhu bilik)
500gm tepung gandum (ayak banyak kali)
100gm gula icing (kurangkan kepada 50gm sahaja sbb buah2an dah manis)
1 tsp esen vanilla
2 biji telur (biarkan pada suhu bilik)

Cara membuatnya:-

1. Ayak tepung bersama gula icing beberapa kali
2. Masukkan butter dan ramas sehingga jadi serbuk roti.
3. Masukkan esen vanilla dan gaul rata.
4. Pecahkan telur dalam bekas lain dan pukul mengunakan whisk tangan sehingga kembang
5. Masukkan telur kedalam bekas tepung dan gaul sehingga menjadi doh yang lembut.
6. Panaskan oven dengan kepanasan 180 c (bergantung pada oven anda) api atas bawah.
7. Ambil sedikit doh dan bentukkan dalam acuan tartlet sebelum dibakar selama 10-15 minit atau sehingga ianya perang (bergantung kepada oven anda)
8. Tart shell boleh dibuat terlebih dahulu dan disimpan dalam bekas kedap udara

P/S:
Tujuan tepung diayak berkali-kali bersama gula icing adalah untuk mendapatkan kulit tart yang cantik dan licin. Jika kulit tart nampak mengerutu....itu bermakna bancuhan doh anda tidak begitu menjadi.
- Pastikan butter dan telur berada dalam suhu bilik sebelum digunakan. Jangan terus guna butter atau telur yang dikeluarkan dari peti ais. Jika guna buttercup, sila masukkan sedikit garam dalam bancuhan. Jika guna butter jenama lain....tak perlu masukkan garam.


B) Custard

1 biji telur
200gm gula halus
2 sudu makan custard (pastikan ia bumbun)
1/2 kotak susu segar / 500ml susu segar

Cara-caranya:-

1. Pukul telur bersama gula sehingga kembang. pukul guna whisk tangan sahaja. Tak perlu sampai gebu....cukup sehingga kembang sahaja.
2. Masukkan custard dan kacau sehingga rata
3. Masukkan susu segar dan kacau rata
4. Masukkan bahan-bahan yang disatukan ini kedalam periuk dan masak atas api dengan api sederhana.
5. Kacau perlahan-lahan sehingga berkilat dan kelihatan pekat.
6. Angkat dan terus sudukan kedalam kulit tart dengan segera kerana custard cepat mengeras.
7. Susun buah-buahan hiasan diatasnya
P/S:Jika ingin berkilat, sapukan kunyaku jelly yang dicairkan atas buah-buahan (optional sahaja)

Hiasan:
Semua jenis buah-buahan dengan warna yang di sukai seperti strawberry, anggur, kiwi, nenas dan buah-buahan dalam tin seperti buah peach.
- Susun buah atas custard untuk hiasan

- Letakkan tart atas kertas cupcake


Hasil air tangan Sendiri  =)



Tuesday, August 23, 2011

Sosej Roll bersalut Oat

Asal Menu: tah suka-suka try..tak sangka menjadi pulak! =)
Juadah berbuka puasa..

Bahan2
Roti potong (high-5 or gardenia)
Sosej Ramli Salai (or apa2 sosej yg halal) =)
Sebuk instant oat
2 telur (pukul tak perlu kembang..biasa2 ja)+serbuk pasti sedap

Cara2
Rebus seketika sosej (5 min)
Gelek hingga nipis roti potong dgn botol atau kayu penggelek biskut.
amik sosej yg telah direbus celup dalam telur yg dipukul td, kemudian balut dgn roti yg telah dinipiskan td..di hujung roti gam dgn telur tadi supaya balutan roti tidak terbuka. celupkan roti yang siap dibalut td dgn telur sekali lagi kemudian golek2 kan dgn oat supaya roti disalut oat dgn sempurna. buat lah sehingga roti dan sosej habis.
panaskan minyak dan mula lah menggoreng sehingga kuning keemas seperti dlm gambar ini =)
Siap dihidangkan dgn sos thai atau apa2 jenis kuah (kuah kacang).
Selamat mencuba! rasa sekali mcm KFC..hehehe..



Thursday, August 11, 2011

Sambal Tempe

Asal Resepi: Makanan kegemaran waktu di Keris Mas UKM, Bangi.
Dah jadi org jawa lah pulak. =)

Bahan2 (digoreng)
1 keping tempe
1 magkuk kecil ikan bilis
3 biji kentang

Bahan sambal
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 labu kecil bawang besar
3 sudu besar cili mesin
3 sudu besar sos cili
2 susu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
1 sudu teh pasti sedap
1 sudu besar gula pasir
air sedikit

Cara2
tumis bawang putih+bawang merah (dihiris) dgn sedikit minyak. masukkan cili mesin, masak sebentar. masukkan sos cili, tomato dan sos tiram dan sedikit air. masak hingga pekat dan masukkan pasti sedap( garam) dan gula. masukkan bhn2 yg telah digoreng tadi dan akhir sekali masukkan bawang besar yg dihiris bulat2..Siap dihidang dgn nasi putih yg panas!

Selamat Mencuba! Resepi plg simple =) tapi meletup! ahaks!

Wednesday, August 10, 2011

Bubur Lambuk Puteri Mahsuri =)

Resepi: Majalah SAJI 12 tahun yg dulu (Resepi Era fazira punyer)
Asal: Menjadi kegemaran arwah abah dan semua ahli keluarga! every ramadhan menu ni memang plg terangkat!

Bahan2
1 cawan beras (masak jadikan bubur nasi (moi, org utara panggil)
masak bersama kentang dan carrot dipotong dadu + garam

Bahan2 menumis (ditumbuk halus)
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu teh lada hitam
1/2 sudu teh jintan manis
1 btg serai ( ditindik/ diketuk2 ja)

Bahan2 lain
1 kuib pati ayam knorr/maggi
1/2 mangkuk isi ayam yg dipotong kecil2/dadu
5 ketul mushroom sosej ayamas (dipotong dadu)

Bahan untuk hiasan
ikan bilis goreng
daun bawang
lobak masin
cabai kicap (letak kicap+cili potong+ asam limau sikit)

Cara2.
Tumis bahan2 yg ditumbuk tadi dan serai ditindik sehingga garing. Masukkan kuib pati ayam, isi ayam dan sosej, masak sebentar. kemudian masukkan 2 mangkuk air( ikut suka, kalau nk berkuah, letak lah lebih air). biarkan mendidih sekali, masukkan bubur nasik atau moi yg telah dimasak awal tadi. jika perlu letak garam lagi..letak lah sedikit. jika tak makan masin..rasanya dh cukup rasa masinnya.(ikut citarasa masing2). masak lah selama 15-20 min. setelah beberapa kali mendidih..tutup api. dan hidangkan dgn ikan bilis goreng, bawang goreng, daun sup dan daun bawang, lobak masin dan cabai kicap. mesti terangkat punyer!
Sedia dimakan. =) Mudahkan?!

Selamat Mencuba!