Ahlan Wasahlan Wa Bimarhabam Bikum!

Bismillah Hirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhuwah!

Selamat melayari laman blog "My Sweet Home" yang menempatkan perkongsian resepi-resepi dan hobi-hobi seorang yang bergelar Puteri @ Wanita! Laman ini dihasilkan bagi berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat kepada sahabat, kawan dan rakan..teristemewa kepada yg bergelar Puteri @ Wanita!

Diharapkan sahabat-sahabat dapat memberi komen2 dan idea2 yang baru bagi menambahbaikan blog ini dimasa depan..agar lebih menarik dan memupuk minat kita menjadi seorang Puteri @Wanita serba boleh disamping menjadi anak, isteri dan ibu yang solehah di masa depan..

Selamat Melayari "My Sweet Home" semoga hari-hari anda sentiasa indah bak bulan purnama dan sentiasa ceria bak sinar mentari pagi!


Monday, July 30, 2012

Mee Bandung Udang

Asal: Dah 10 hari kita berpuasa .. Nasi berlauk ja yang menjadi menu utama.. Jadi petang Isnin nie nak ubah selera sikit.. nak makan mee bandung.. ayam atau daging dah habis stok.. yang tinggal udang kering ja.. apa2 pun nak makan punya pasai.. apa yang ada modified ja =).

Lokasi: Mom's Kitchen

Bahan2
1/2 bungkus mee kuning
100g udang kering (udang isi yang dikeringkan)
kobis
carrot
daun sup/daun bawang
Bunga kobis
lobak/ sawi
( boleh ja letak apa2 sayur yang sesuailah)
fish cake/ fish ball
2 biji telur ayam

bahan2 menumis
2 ulas bawang putih
2 sudu besar cili mesin
1 sudu besar serbuk cili
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar kicap manis
2 sudu teh pasti sedap
1 sudu teh garam
3 sudu besar gula (ikut sedap)

Cara2
Tumis bawang putih sehingga wangi. masukkan cili mesin dan serbuk cili letakkan air sikit. masukkan udang kering yang telah ditumbuk sedikit. masukkan sos cili dan kicap masukkan air ikut sukatan sendiri (4-5 gelas sy letak).
Biarkan mendidih seketika. masukkan semua bahan perisa(gula+garam+ serbuk pasti sedap) mengikut citarasa. pastikan ia sedikit masin, manis dan masam. masukkan sayur2. mungkin carrot dan bunga kobis boleh diletak awal dan diakhiri dengan kobis dan lobak.
Seblm angkat pecahkan 2 biji telur yang dicampur lada sulah dan biar beberapa minit tanpa kacau kuahnya.
Rebus mee dlm periuk lain dan toskan. setelah siap semuanya sedia untuk dimakan.
Boleh dihias dgn bawang goreng daun sup/daun bawang, cili merah dan limau kasturi.

Tarra dah siap nie gambarnnya!
Selamat Mencuba!

Wednesday, July 25, 2012

Ayam Goreng Ala Melayu

Asal: Menu untuk berbuka puasa ptg nie adalah ayam goreng penyet ala melayu =) di modified sikit dr ayam penyet yang sebelum nie. Alhmdlh..menjadi jgk la.. adik ed kata macam beli kat kedai lah kak..ahaks! =))

Lokasi: Mom's Kitchen

Bahan2
4 ketul ayam (diletak garam kunyit)
sebuk pasti sedap/serbuk cukup rasa

bahan kisar/tumbuk
1 btg serai
2 biji bawang merah
3 buji bawang putih
4 biji cili hijau/ cabai melaka
1/2 inci halia
1 sudu kecil jintan manis

Cara2
Tumbuk atau kisar bahan2 kisar diatas. ayam diletak garam kunyit secukupnya. semua bahan ini dilumur kpd ayam yg telah dikelar. Perap utk 30min -1 jam. setelah diperap, ayam ini di masukkan kedalam periuk dan sedikit air (1/2 cwn air) dan ditutup. masak sehingga air sedikit kering.
tunggu biar ayam sejuk sedikit, letakkan tepung jagung+serbuk pasti sedap (selup/salut ayam tadi dgn tepung jagung) biar tepung melekat dengan sempurna kat ayam tersebut.
Kemudian, sedia utk digoreng dgn minyak kelapa sawit sehingga golden brown. seblm mkn potong2kan ayam2 ini..(isinya memang lembut). Ayamnya pun rangup. Sedia utk dimakan.

Selamat mencuba!
taraa! nie gambaqnya =)

Monday, July 9, 2012

Lontong

Asal: Terasa nk makan lontong .. baru2 nie kak rohaiza ada masakkan lontong waktu meeting..sedap! jadi mengambil inisiatif sendiri masak bersama bondaku.. =) Alhmdlh.. agak menjadi .nasul ambil dr my resepi dan modified sikit2..

Lokasi: Mom's kitchen

Bahan2
 
Bahan-bahan ( 10 orang )
Bahan yg dikisar halus * :-
  • *10 tangkai cili kering
  • *2 biji bawang besar  
  • *2 ulas bawang putih  
  • *1 jari kunyit hidup  
  • *1 hiris halia  
  • *2 sudu udang kering  
  • *2 sudu ikan bilis  
  • *sedikit belacan - jika suka  
  • *2 sk jintan kasar - sangar 
  •  
  • 2 batang serai - dititik
  •  4 helai daun salam  
  • 1/2 jari lengkuas - diketuk  
  • 200 g udang hidup yg dikupas kulit
  •  
  • Bahan sayur di potong kecil ikut cara masing2 :-
  •  
  • 1/2 biji kobis  
  • 8 batang kacang panjang  
  • 1 batang lobak merah  
  • 1 biji sengkuang kecil  
  • 1 biji terung panjang  
  • 1 keping tahu kering - rendam  
  • 4 biji kentang  
  • 4 keping tauhu - di potong kecil dan goreng  
  • 4 keping tempe - dipotong dan digoreng  
  • 2 ikat su'un - direndam  
  • lada merah dan hijau - dipotong serong  
  • 2 ltr santan pekat dan cair - drpd 3 biji kelapa  
  • air secukupnya  
  • garam secukup rasa  
  • 1/4 cawan minyak utk menumis 
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi.Masukkan udang dan tumis lagi dan masukkan santan,daun salam,lengkuas dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan sayur2an bermula dgn yg keras dulu dan tambah air secukupnya hingga sayur tenggelam. Bubuh garam secukup rasa dan masak lagi hingga mendidih dan sayur lembut.
   3.    Hidang sayur lodeh dgn lontong,ketupat atau nasi himpit dan juga sambal tumis dan serunding.
P/S:
Nasul buat utk 1/3 dr resepi nie ja.. pakai 1 biji kelapa ja. nasul lebihkan udang kering dan ikan bilis.
Cara2 dia pun senang sgt.. cuma prepare sendiri lah nasi impit tu.. nasul letak beras yg dh basuh dlm plastik dan seal pakai lilin. buat lubang kat plastik tu dgn garfu.. pastu masak dlm periuk dgn air yg agak banyak lah..boleh jugak pakai ketupat sate NONA.
Sambal tumis plak buat mcm sambal tumis ikan bilis makan dgn nasi lemak tu.. ikan bilis nasul tak campur..rangup lg sedap!
Taraa.. dh siap! =)