Ahlan Wasahlan Wa Bimarhabam Bikum!

Bismillah Hirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhuwah!

Selamat melayari laman blog "My Sweet Home" yang menempatkan perkongsian resepi-resepi dan hobi-hobi seorang yang bergelar Puteri @ Wanita! Laman ini dihasilkan bagi berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat kepada sahabat, kawan dan rakan..teristemewa kepada yg bergelar Puteri @ Wanita!

Diharapkan sahabat-sahabat dapat memberi komen2 dan idea2 yang baru bagi menambahbaikan blog ini dimasa depan..agar lebih menarik dan memupuk minat kita menjadi seorang Puteri @Wanita serba boleh disamping menjadi anak, isteri dan ibu yang solehah di masa depan..

Selamat Melayari "My Sweet Home" semoga hari-hari anda sentiasa indah bak bulan purnama dan sentiasa ceria bak sinar mentari pagi!


Wednesday, May 4, 2016

KUNCI

Assalamualaikum WBT,

Bismillahirrohmanirrohim..Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, seluruh kerabat baginda, sahabat-sahabat baginda dan semua muslimin dan muslimat.

ALHAMDULILLAH... kembali setelah lebih setahun tidak menulis di sini.. amat rindu untuk mencoret kisah-kisah kehidupan yang penuh dengan warna-warni bak pelangi selepas hujan.

KUNCI.. satu alat yang digunakan untuk membuka sesuatu tempat, pintu, pagar, alat, kotak, hati, kejayaan, keimanan dan seangkatan dengannya.. tapi sedar kah yang setiap tempat yang disebutkan tadi hanya terdapat kunci yang spesifik atau special sahaja??? Contohnya, KUNCI PINTU, pintu 1 dan pintu 2 mempunyai kunci yang berbeza, walau pun luarannya kita nampak sama. Apa yang membezakannya? gigi-gigi kunci tersebut.. apabila diamati betul-betul.. Ya memang tak sama dan serupa!

Begitu juga dengan kunci HATI dan kunci KEJAYAAN. Pernah dengar tak kata-kata cikgu kita zaman sekolah dulu-dulu.."USAHA adalah kunci KEJAYAAN", "KETAKWAAN adalah kunci KEIMANAN" dan "Kau kunci CINTAku di dalam HATImu" lagu Ramlah Ram dulu-dulu.. :D

Objek ini lah yang telah menjadikan kami Huru hara satu petang (6.00ptg-7.00ptg/ 03052016).
Walaupun 1 jam tu tak lah lama mana jika kita tengok crita korea atau hindustan, tapi 1 jam yang telah kami lalui ini telah menjadi panjang dan penuh tragis! hahahahaaa..

Kunci tertinggal dalam kedua-dua makmal tanpa sengaja.. hanya ada kunci kereta Lia (student PhD yang pada tarikh 03052016 adalah hari terakhir secara officialnya di makmal ini) dengan kami. Handphone pun terkunci didalam makmal dan ketika itu jam tangan menunjukkan pukul 6.00petang, pastinya semua pekerja di UiTM ni dah balik rumah.. Ini bukan main-main tapi betul2!!! Speechless!

Kepala ligat dok fikir siapa lagi ada kunci makmal ini, ting! yaa.. Dr Azlan meranggkap Sifu dan Penglipurlara kami.. panggilan akrab kami Che Lan.. Apa lagi stereng kereta Lia terus dipulas menuju ke Bangunan PJI, ofis che Lan.. Alhamdulillah, sign kat pintu masih OPEN..

Kami: Assalamuaalikum,... Kak Ana.. (PA Dr Azlan) Dr Azlan ada? Kereta kat bawah ada..
Kak Ana: uihhhss.. Terkejut!! ingatkan sapa tadi.. Waalaikumussalam.. Dr tak dak.. tapi rasanya tak balik lagi..
Kami: Pinjam Telefon Kak Ana..

Puan Rohana adalah menyelamat kami petang tu.. Malangnya, call che Lan tak angkat.. sms pun tak reply.. setahu km dia adalah org yg sentiasa alert dengan call dan sms.. SABAR... kepala ligat lg fikir.. yup! Izhan!.. Hello izhan kat mana? Giant!!! huhuhu.. ermmm.. ok tk apa.. sorang lg abg long kami.. Fauzi! hello fauzi dah balik ka??? dh ada kat rumah sekarg.. Kenapa??? ermmmm.. tak apa lah.. panjang cerita kalau nk cerita.. entah berapa ringgit dah credit kak ana yang kami dah guna.. terima kasih bnyk2 kak Ana.. JasaMU akan kami kenang dan mohon Allah murahkan rezeki kak Ana lagi.. amin..

Yang amat rasa bersalah sgt sebab Lia nak balik jauh.. Jitra.. Saya dekat ja.. 5 min ja rumah.. Jam ditangan dah tunjuk 10min lagi pukul 7.. waktu ni hanya boleh gelak.. tapi dlm hati menagis dan rasa bersalah sgt! huhuhuhu.. Alhamdulillah berkat USAHA dan SABAR muncul jugak Che Lan depan pintu ofis PJI..Rupa2nya Che Lan ada kelas tadi.. Berakhir juga kisah huru hara kami petang ni..

Moral of the story:

1. Duplicate lah kunci lebih dr satu.. letaklah kat tempat yg mudah untuk ambil..
2. Kalau boleh hafal lah no phone kwn2 kita yg penting dan rapat..
3. Angkatlah telepon walaupun no yang appear tu no yg kita tak kenal.. mungkin kawan kita dlm kesusahan..
4. Sentiasa berhati-hati dan beringat agar hidup tak huru hara..hahah
5. Bantulah sesiapa yg dalam kesusahan kemungkinan satu hari kita ditimpa musibah, pasti akan ada bantuan yang dihantar kepada kita drpdNya..
6. Abang long-abg long kami (Che Lan, fauzi dan izhan) memang THE BEST!
7. SABAR dan DOA sentiasa walaupun dalam keadaan yang amat sukar sebab Allah hanya akan uji hambaNya sesuai dengan kemampuan hambaNya sahaja..
8. Sentiasa berfikiran positif dan selawat Nabi banyak2 bila hidup kita jadi huru hara.. belajar untuk menjadi COOL..

Coretan kali ini khas untuk Nurlia buat kenangan manis terakhir di MAKMAL PENYELIDIKAN BAHAN API UITM PERLIS..

Didoakan semoga perjalanan yang seterusnya dipermudahkan, dimurahkan rezeki (DANA NURLIA) =), berjaya menempuh alam pekerjaan yang penuh dengan cabaran dan sentiasa SABAR dan SOLAT bila masalah berkunjung.. ingat, setiap masalah akan dapat diselesaikan selagi masa itu berjalan.. cuma perlu usaha, sabar dan bertawakkal..

InsyaAllah ada rezeki jumpa lagi.. kalau rindu org2 kat lab ni, dtg2 lah melawat kami.. 2 gambaq ni buat kenangan ya!
 Wassalam..






SELAMAT MAJU JAYA!!