Ahaks, cerita yg direka semata-mata.. :D. Nak share dgn semua kawan2 resepi yg diambil dari blog masam manis kak ita http://fromintankitchen.blogspot.com/search/label/APAM.. Suka sgt cuba resepi kak ita nie.. alhmdlh semuanya menjadi! tak percaya??? cuba lah sendiri ..hehehe
Lokasi: Mom's Kitchen
Bahan2
5 biji pisang emas ~ kalau pisang besar dlm 3 biji
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/4 sudu teh esen pisang
secubit garam
70 ml minyak masak
1/2 cawan gula perang
2 biji telur ~ gred A
1 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh ovelate
3 sudu besar coklat urai
Cara2
Panaskan kukusan
Balut tutup kukus dengan kain
Sediakan acuan kecil atau loyang
Oleskan acuan atau loyang dengan sedikit minyak masak
Blendkan pisang hinga halus, kemudian tambahkan esen pisang dan soda bikarbonat ~ ketepikan
Dalam bekas lain satukan tepung gandum, garam dan baking powder.
Kemudian ayak ~ ketepikan
Masukkan telur, ovelate, gula perang dan minyak ke dalam blender tadi.
blend adunan sehingga pekat dan berkerim
Masukkan dalam bekas.
Kemudian masukkan tepung+garam+baking powder kedalam bekas adunan pisang td.
Kacau sebati
Akhir sekali masukkan coklat urai, dan gaul sempurna
Tuangkan adunan ke dalam acuan atau loyang
Kukus adunan selama 20 ~ 25 minit jika menggunakan acuan kecil dan 45 minit jika menggunakan loyang
Keluarkan apam dari acuan setelah masak.
Bolehlah di makan bersama kelapa parut yang di gaulkan dengan sedikit garam
Enak juga di makan begitu sahaja
P/S: Makan dgn nyioq(kelapa) parut pun lg sedap!
Selamat mencuba!
Ini gambarnya =)