Ahlan Wasahlan Wa Bimarhabam Bikum!

Bismillah Hirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhuwah!

Selamat melayari laman blog "My Sweet Home" yang menempatkan perkongsian resepi-resepi dan hobi-hobi seorang yang bergelar Puteri @ Wanita! Laman ini dihasilkan bagi berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat kepada sahabat, kawan dan rakan..teristemewa kepada yg bergelar Puteri @ Wanita!

Diharapkan sahabat-sahabat dapat memberi komen2 dan idea2 yang baru bagi menambahbaikan blog ini dimasa depan..agar lebih menarik dan memupuk minat kita menjadi seorang Puteri @Wanita serba boleh disamping menjadi anak, isteri dan ibu yang solehah di masa depan..

Selamat Melayari "My Sweet Home" semoga hari-hari anda sentiasa indah bak bulan purnama dan sentiasa ceria bak sinar mentari pagi!


Sunday, January 15, 2012

Banana Chocolate Chip Cake

Asal Resepi: Weekend Activity.. apa lg buat lg new recipe! =) Buat dgn sokongan mak dan adik2ku.. kiranya diorg lah ketua chefnya.. komen okey ke tak... apa2 pun enjoy ja weekend nie dgn resepi baru dpt di link seperti berikut.. google.. ja  =)
BANANA CHOCOLATE RICE CAKE ..tapi dh diubah suai kepada chocolate chip =)) Buku Lovely Butter Cakes oleh Amy Wong & KS Lee

Lokasi: Mom's Kitchen
BANANA CHOCOLATE CHIP CAKE
Bahan A:-
150 gm butter cup
150 gm gula kastor
3 biji telur
100 gm susu segar
100 gm pisang ranum yang dilecek

Bahan B:-
200 gm tepung tepung naik sendiri (BLUE KEY kotak warna pink)
30 gm chocolate chip or rice 
1/4 sudu teh soda bikarbonat
Hiasan:-
chocolate rice
hirisan badam

Cara-Cara:-
Pukul marjerin (mentega) dan gula hingga nampak keputihan.
Masukkan telor satu per satu (*pukul telur hingga bercampur rata, baru dimasukkan yang berikutnya.) Pukul hingga sebati.
Secara berselang seli, masukkan bahan B dan susu, adun rata.
Perlahan-lahan masukkan pula pisang lecek dan gaul sebati dengan spatula.
Tuangkan ke dalam loyang saiz 8x3x3 inci yang telah digris dan dialas ATAU masukkan adunan ½ penuh kedlm paper cup cake mcm gambar dibawah.
Ratakan adunan dan susun hirisan pisang di atasnya. (akak tabur jugak hirisan badam). Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170°C selama 25 minit/hingga masak.

SELAMAT MENCUBA!

Wednesday, January 11, 2012

Potato Tart

Asal Resepi: google punya google..terjumpa lah resepi nie.. mai lah kongsi sama2.. pastinya sedap dan mengenyangkan =)


Lokasi: Bandar Baru Guar Nangka




Bahan-bahannya* 5 biji kentang dikupas basuh bersih dan diparut halus* 1 biji karot di kupas dibasuh dan diparut halus* 1/2 biji bawang besar juga dipotong dadu* sedikit potongan daun bawang dan daun sup* 5 sosej mushroom ayamas* 1/4 cawan susu* 3 biji telur* 1/2 cwn mozzarella cheese
* serbuk pasti sedap atau serbuk cukup rasa dan serbuk lada putih secukup rasa.



Cara2

1- Campurkan parutan kentang dan carrot  dalam satu bekas.Perah keluar airnya sebanyak yang boleh. masukkan bawang, lada sulah, daun sup dan daun bawang, sosej yg dipotong dadu.
2- Susu dipukul bersama telur dan serbuk perasa (pasti sedap atau cukup rasa) tuangkan ke dalam campuran kentang tadi.kacau rata.Masukkan cheese mozarela dan gaul sebati. rasa biar cukup masin nya.
3- Sapukan butter atau minyak masak sekeliling muffin pan.Masukkan sesudu besar adunan kedalam acuan dan letakkan sedikit cheese mozarella diatasnya.
4- Bakar dgn kepanasan 190C selama lebih kurang 20 minit atau sampai cheese bertukar keperangan.Sejukkan seketika sebelum dikeluarkan . 
5- Siap dihidang bersama sos pilihan atau makan begitu sahaja. makan ketika panas lg best! terasa mozarella cheese nya.. =)



Ini hasil kreativiti dan air tgnku.. =)





Tuesday, January 10, 2012

Cendawan Goreng Puteri Mahsuri

Asal Resepi: Weekend yg amat best! Siap boleh berkelah di belakang rumah =) Try and error punya resepi..Last2 menjadi jugak..Alhamdulillah =)
Lokasi: Dapur bonda =)
Bahan2
3 Sudu besar tepung naik sendiri
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu kfc soda baking powder
1 sudu Kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk lada sulah
2 sudu kecil pasti sedap atau cukup rasa.
Cendawan
Cara2
Satukan dan gaulkan semua bahan2 di atas kecuali cendawan. ayak semua campuran ini supaya sebati. Basuh dan toskan cendawan. kemudian carik2 kan cendawan ini menjadi sedikit kecil. Salutkan cendawan ini dengan tepung campuran ini dan sedia digoreng dgn minyak panas.
 Kemudian siap utuk dimakan..makan saja tanpa sos pun sedap! tambah2 ada sos!=)
Ini hasilnya..dptlah sepinggan cendawan goreng.

Mayonnaise Pancake

Asal Resepi: Setelah berpinar2 mata membaca jurnal2..nk refresh la mata nie..apa lg blog mat gebu menjadi pilihan =) Credit to blog masak2 mat gebu.
Lokasi: Mom's Kitchen

Bahan2
3/4 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
1/2 camca teh baking powder
1 biji telur gred "
A
"
1 1/2 camca besar gula halus
30 g buttercup, dicairkan
1 camca besar mayonnaise
1/2 cawan susu cair (susu sejat)
1/2 camca teh esen vanilla
Mentega, madu dan buah2 segar untuk dimakan bersama pancake
Letak banana & honey jer!
CARA MEMBUATNYA :-)
1.       Satukan tepung naik sendiri, baking powder dan garam halus, gaul rata dan ayak. Dalam satu bekas, masukkan telur, gula, mentega cair dan mayonnaise, kacau dengan whisk sehingga semua sebati dan rata.
2.       Masukkan susu, kacau dan tambah tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan rehatkan adunan 20 minit.
3.       Panaskan non-stick frying pan(mat guna saiz 4 inci) pada api sederhana. Lenser dengan sedikit minyak (mat sapu permukaan kuali tadi dengan paper towel bersih yang dicelup sedikit minyak). Sudukan anggaran 4 camca besar adunan tadi. Ratakan.
4.       Tutup pan tadi dengan tudung periuk sekejap. Bila permukaan pancake berbuih2 dan kelihatan agak kering, perlahan2 terbalikkan. Masak lagi untuk 1 minit atau hingga keperangan. Alih dalam bekas sesuai dan buat kaedah yang sama untuk baki adunan.
5.       Hidangkan bersama mentega, buah2an segar dan curahan madu
Ini hasil air tanganku ;)

SELAMAT MENCUBA!