Ahlan Wasahlan Wa Bimarhabam Bikum!

Bismillah Hirrahmanirrahim...

Assalamualaikum wbt dan Salam Ukhuwah!

Selamat melayari laman blog "My Sweet Home" yang menempatkan perkongsian resepi-resepi dan hobi-hobi seorang yang bergelar Puteri @ Wanita! Laman ini dihasilkan bagi berkongsi perkara-perkara yang bermanfaat kepada sahabat, kawan dan rakan..teristemewa kepada yg bergelar Puteri @ Wanita!

Diharapkan sahabat-sahabat dapat memberi komen2 dan idea2 yang baru bagi menambahbaikan blog ini dimasa depan..agar lebih menarik dan memupuk minat kita menjadi seorang Puteri @Wanita serba boleh disamping menjadi anak, isteri dan ibu yang solehah di masa depan..

Selamat Melayari "My Sweet Home" semoga hari-hari anda sentiasa indah bak bulan purnama dan sentiasa ceria bak sinar mentari pagi!


Saturday, December 10, 2011

Nasi Daging

Asal Recepi: Holidayyy!! so, apa lg mula kembali aktiviti cooking ku! Walaupun diri ini bukan Master Chef tapi cukuplah menjadi chef kpd adik2 dan mak ;).. Sebelum nie nasi Arab (ayam lauknya). Nak tukar selera pulak.. Senang crita..makan nasik saja pun dh kira sedap! ahaks! Tapi nk bg lagi urmmph tu makan dgn air asam (tomato+bawang besar) memang terangkat! Ini juga yg kak not suka buat dulu2...hhehe waktu single.. dia lah chef kami sekeluarga! sekrg my turn pulak..

Lokasi: My Sweet Home


Bahan2
3 pot beras@ cawan
1/2 kg daging lembu (potong sedang tidak terlalu kecil atau besar)
Bahan menumis
3 sudu besar minyak sapi
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
halia (sebesar ibu jari)
bunga lawang
kulit kayu manis
3 tangkai daun kari
2 sudu besar rempah kari (alagapas)
1 sudu besar serbuk perencah sup
1 sup bunjut
3 sudu besar sos cili @ 2 sudu besar tomato puri
1 cwn susu sejat
air utk merebus

Cara2
Tumbuk bawang+halia, kemudian tumis dgn minyak sapi sehingga wangi dan masukkan daun kari+bunga lawang dan kulit kayu manis.
Setelah agak kuning masukkan rempah kari+serbuk perencah sup dan sedikit air. Masak hingga naik minyak. Kemudian masukkan daging dan air. Rebus hingga daging empuk (20-30 min). Jika perlu ditambah air..sila tambah air.
Setelah agak empuk, masukkan garam dan sos (tomato puri).Anggaran kuah stok yg dapat (2 pot@cawan) Tutup api.

Basuh beras dan toskan. Masukkan dlm rice cooker. Asingkan daging dan kuah. masukkan daging dalam beras tadi dan sukat stok kuah tadi (2 cawan). masukkan 1 cawan susu sejatdan tambah 1 cawan air. Tekan lah rice cooker..tunggu hingga masak.

Siap utk dihidangkan dgn air asam (tomato+bawang), acar nenas dan timun, daging masak hitam dan jugak ayam panggang berlada! =)

p/s: Gunakan sukatan yg sama utk beras dan cecair. Lebihkan 1 sukatan cecair dgn beras.Contoh: (beras 3 cawan: cecair 4 cawan)

Selamat mencuba!